Mat bengang giler bila dia dapati cucur udang yang dibeli xde sekor udang pun kat dalamnyer...lalu dia pun pi balik ke gerai makcik jual kuih tuh... Dengan panas hati dia tanya kat makcik tuh..." makcik apsal cucur udang ni sekor udang pun takde?!" Makcik yang jual tu pun dengan selambernya menjawab..."abih tu yang ko beli cucur badak ada ke badak kat dalamnya?! "... Mat rasa nak bunuh diri dengan jwp makcik tu...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Soalan Maths
Satu hari dalam dewan kuliah...
"Hei, kamu yang berdiri di belakang," tegur pensyarah "Cuba sebutkan individu yang terlibat dalam Perjanjian Kemerdekaan!"
"Maaf, saya tidak tahu.. encik"
"Apa? tidak tahu? Baiklah, kalau begitu sebutkan saja tahun berapa perjanjian itu ditandatangani? "
"Maaf, saya tidak tahu juga, encik.."
"tidak tahu sama sekali? Maklumat itu kan sudah saya berikan untuk dibaca minggu lalu. Jadi untuk apa kamu datang ke sini kalau tidak tahu?"
"Mahu memeriksa kabel lampu ini, encik.. Saya petugas TNB"
~ Penjual Jam ~
Di sebuah kota kecil hiduplah seorang pemuda Arab yang bekerja sebagai penjual jam. Di depan kedai beliau tertulis "JAM 3000, DIJAMIN TIDAK ROSAK" Kemudian ada seorang mak cik membeli jam tersebut, dan baru beberapa minit tiba-tiba jam tersebut mati.Lalu mak cik itu kembali kedai tersebut dengan hati yang panas."Hey... Jamnya rosaklah.. kata dijamin tidak rosak".Lalu Pemuda itu menjawab dengan slamba,"Aiks!...Orang Arab kan membacanya dari kanan". ( Rosak Tidak Dijamin )
No comments:
Post a Comment