Pages
▼
Wednesday, November 18, 2009
~ khasiat limau ~
Limau nipis bukan buah yang asing bagi kita. Dulu ketika masih kanak-kanak, kita mungkin biasa minum perahan limau nipis yang dicampur dengan kicap dan sedikit garam untuk menyembuhkan batuk. Memang rasanya masam tapi batuk beransur-ansur sembuh bukan?
Atau jika hari panas, air limau nipis sejuk menjadi penawar dahaga. Air limau nipis kononnya dapat menyeimbangkan makanan berlemak. Sebenarnya masih banyak kegunaan limau nipis ini, dari menghilangkan sembelit hingga menghindarkan kedut-kedut pada wajah.
Limau nipis atau nama botani nya citrus aurantifolia. Kalau di barat dipanggil lime, bangsa Sepanyol mengenalinya sebagai lima, sementara orang Arab menyebutnya sebagai limah.
Pohon limau nipis boleh mencapai ketinggian hingga 4 meter, lebih pendek dari saudaranya limau purut. Buahnya berbetuk bulat sebesar bola pingpong dengan kulit luar berwarna hijau, setelah tua menjadi kuning. Seperti buahnya yang kecil, bunganya pun berukuran kecil-kecil berwarna putih.
Rasa masam pada limau nipis dan pada semua jenis limau lainnya, berperanan pembuang toksin terbesar dibandingkan buah-buah lain. Rasa masam dan unsur pectin yang terkandung di dalamnya membantu menghilangkan racun-racun dalam tubuh.
Jika ingin melakukan pembuangan toksid, anda boleh minum segelas besar air yang ditambah dengan perahan limau nipis setiap pagi kemudian diikuti dengan segelas air putih setiap jam berikutnya. Jika tidak tahan dengan rasa masamnya, limau nipis boleh digantikan dengan limau biasa.
Kadang-kadang proses pembuangan toksin diikuti dengan keluarnya gejala seperti kulit kering atau sakit kepala. Gejala ini berjalan seiring dengan keluarnya racun dari tubuh dan keadaan itu adalah wajar.
Namun jika tidak yakin, anda mesti mendapatkan nasihat doktor. Selain itu, disarankan agar tidak memakan limau nipis untuk membuang toksid ketika tubuh tidak sihat kerana keadaan ini boleh memburukkan lagi kesihatan anda.
ANEKA KEGUNAAN LIMAU NIPIS
TINGKAT DAYA TAHAN TUBUH
Menurut buku FOOD THAT HARM FOOD THAT HEAL, meminum air limau ini sebiji sehari akan meningkatkan daya tahan tubuh dari serangan virus. Vitamin C yang tinggi dari buah ini akan menyediakan anti oksidan untuk menjinakkan radikal bebas dalam tubuh. Sementara sejumlah mineral, potasium didalamnya bermanfaat untuk membantu mengatur tekanan darah dan fungsi jantung, serta vital untuk memelihara kelenturan otot dan melancarkan sistem saraf.
Selagi tidak disebabkan oleh jangkitan di tekak atau jangkitan paru yang parah, limau nipis berkesan untuk menghilangkan batuk. Ini kerana beberapa kandungan mineral yang penting pada limau nipis seperti kalsium, pospor, potasium dan besi. Seperti di ketahui, besi adalah suatu anti oksida. Potasium menyeimbangkan tekanan darah menguatkan fungsi jantung. Adapun pospor memperbaiki metabolisme tubuh.
Kombinasi vitamin C dan beberapa mineral tersebut sudah tentu berkesan untuk mengatasi gangguan ringan pada tubuh, seperti masuk angin, yang menyebabkan batuk. Secara tradisional, penggunaan limau nipis sebagai ubat batuk adalah cukup dengan membelah sebiji limau nipis dan dituangkan dengan sedikit kicap di atas hirisan limau tersebut, lali diperah ke dalam mulut.
Penggunaan kicap itu sendiri tidak jelas tujuannya. Mungkin kicap digunakan untuk menseimbangkan rasa masam yang sangat kuat dari limau nipis. Kicap dipilih kerana rasa manis yang ditimbulkan juga tidak setajam rasa manis pada gula yang boleh merangsang munculnya batuk. Kombinasi semacam ini umumnya dijumpai pada ubat-ubat yang dijual dikedai-kedai ubat Cina.
DEMAM
Petiklah 2 - 4 genggam daun limau nipis. Rebus dengan 2 - 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam. Caranya dengan membasuh kain pada air rebusan dan diperah, lalu ditempelkan pada dahi pesakit.
BATUK
Ambil air limau nipis satu sudu teh. Campur dengan kicap manis. Minumlah 3 kali sehari. Cara lain untuk mengubati batuk ialah dengan memanggang limau nipis sebentar diatas api. Biarkan sebentar hingga menjadi suam-suam kuku, belah buah limau nipis tersebut, lalu langsung perah kedalam mulut hingga mengalir ke tekak. Resepi ini baik juga untuk menyembuhkan selsema.
MENGHENTIKAN KEBIASAAN MEROKOK
Hisaplah sehiris limau nipis. Rasanya yang masam segar membuat anda terangsang untuk meminum air putih. Lakukan beberapa kali sehari. Cara ini selain mengurangi keinginan untuk merokok, juga membantu membersihkan nikotin yang sudah terdapat pada gigi dan mulut.
BAU KETIAK YANG TIDAK SEDAP
Siapkan limau nipis yang dicampur kapur sireh. Setelah mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh. Lakukan pagi dan petang.
No comments:
Post a Comment