Gambar : ehsan google
Petang tadi aku dijamu putu kacang, katanya Hanis belanja. Boleh tahan gak rasanya, sedap... Tetiba aku teringat arwah Wan aku yg suka wat putu kacang... Tp aku dh tak bape ingat resepinya...lebih kurang cam ni la. Bahan-bahannya tidak banyak, cuma kacang hijau dan gula halus sahaja. Mula-mula asingkan kacang hijau daripada bahan asing seperti batu, kulit luar dan sebagainya. Kemudian basuh bersih dan sangai (goreng tanpa minyak) hingga garing tapi jangan sampai hitam. Selepas itu giling semasa masih panas dengan batu giling yang di bawahnya dilapik dengan guni bersih bagi menanggalkan kulit hijau kacang itu. Kacang yang digiling tadi perlu ditampi bagi membuang kulitnya. Lepas itu baru ditumbuk menggunakan lesung kayu bagi mengisar halus kacang hingga menjadi tepung.
Untuk dua mangkuk tepung kacang hijau perlu dicampurkan dengan satu mangkuk gula halus dan diuli sambil direnjis-renjis dengan air suam. Kerja menguli ini pun mengambil masa selama dua jam supaya tepung dapat diuli rata.
Sebaik-baiknya embunkan tepung yang diuli itu semalaman tetapi jika tidak mahu diembunkan, lebihkan air renjisan. Tepung tersebut hendaklah dipastikan boleh dikepal dan kemudian ditekan-tekan di dalam acuan hingga padat. Potong lebihan tepung menggunakan pisau dan sapu permukaan yang dipotong tadi dengan tepung kacang hijau yang tidak bercampur gula. Pastikan tepung yang ditekan tadi betul-betul padat dan ketuk putu keluar. Susun dalam dulang hingga penuh dan jemur. Putu kacang ini walaupun tidak dibakar tetapi boleh tahan lama.

No comments:
Post a Comment