Pages

Thursday, February 18, 2010

Suburkan hati budi dengan nilai-nilai murni

Pada asasnya, nilai murni adalah nilai bersifat universal yang memprojekkan kepada adab yang terpuji, peradaban dan tatasusila individu dalam kerangka perhubungannya dengan tuhan, manusia dan alam.
Perbincangan nilai murni cenderung membahaskan domain-domain nilai substantif seperti agama, rohaniah, moral dan estetika yang mencetuskan stimulasi yang positif seperti ketenangan emosi, kedamaian pemikiran, jiwa yang bersih dan keluhuran akal budi manusia. Nilai murni juga merangkumi set-set nilai yang terdiri daripada nilai instrumental, nilai mutakhir dan nilai integratif. Berdasarkan kepada penjelasan ini, dapatlah difahami bahawa unsur-unsur alam dan benda yang lain diluar kategori manusia dianggap tidak mempunyai nilai murni.

Jiwa manusia yang tenang dan tenteram disebabkan hatinya sentiasa dibajai dengan cahaya keimanan dan lidahnya sentiasa dibasahi dengan zikrullah. Sebaliknya manusia yang keluh kesah jiwanya disebabkan hatinya disaluti dengan dosa-dosa yang dilakukankanya. Fikiran mereka kusut dan berkecamuk dan sentiasa memikirkan yang negatif. Oleh yang demikian, ingatlah manusia sesungguhnya penawar rohani yang mujarab untuk merawat penyakit rohani manusia ialah banyak berzikir kepada Allah S.W.T dan banyak memohon keampunan dari-Nya. - Abu Rushd.

No comments:

Post a Comment