Idea datang nak ambil gambar burung sebab di kotak fikiran kita burung adalah makhluk Allah yang bisa terbang bebas kemana sahaja, menggapai awan biru di langit yang terbuka. Tak terlanggar pokok,kereta, mahupun tersadung dek batu2 kecil di jalanan. Begitulah lumrah seekor burung.
Tanpa sebarang tali yang mengikat mereka, tanpa sebarang alat kawalan yang menggerakkan mereka terbang sedemikian rupa. Namun mereka hanya terikat di tali Cinta Allah. Hanya Allah yang mengetahui dan berkuasa atas ciptaan Nya. Sesungguhnya sebaik-baik cara untuk mengenal Allah dan melihat tanda kekuasaan Nya adalah dengan melihat segala ciptaan Nya, alam semesta, langit dan bumi, bulan dan bintang, haiwan2, diri kita yang sempurna tanpa cacat cela ini, dan macam2 lagi. Terpulang pada kita untuk membuka mata dan hati. Adakah kita sudah cukup beriman dengan Nya atau adakah kita pernah bersyukur dengan segala nikmat kurniaan Nya? Soalan yang diri kita sendiri punya jawapannya. Semoga kita tergolong dalam golongan yang sentiasa berada di bawah payung rahmatnya. InsyaAllah. Ameen~
No comments:
Post a Comment