Pages

Thursday, May 13, 2010

Belajar Sifir 9

Anda selalu melayan anak anda bermain?? Apa kata anda mengajak anak anda bermain sambil belajar?? Hanya dengan menggunakan jari, anda boleh mengajar anak anda cara mudah menghafal sifir 9. Selain mengeratkan hubungan antara abah ummi dengan anak, anda juga menjadi guru secara tidak langsung.

Anda arahkan anak anda mengangkat kedua² belah tangannya dan tunjukkan kesemua jari.
9 x 1 = 9 Mula² anda suruh anak anda tutup ibu jari sambil menerangkan bahawa 9 didarab dengan 1 jawapannya ialah 9.
9 x 2 = 18

Seterusnya suruh pula anak menutup jari telunjuk sambil memberitahu 9 darab 2 bersamaan dengan 18.

9 x 3 = 27

Kemudian, anda suruh pula anak menutup jari hantu dengan mengatakan bahawa 9 darab 3 berjumlah 27.

Anda ulangi kesemua teknik sifir 9 dengan menggunakan jari ini sehingga 9 darab 10. Lakukan permainan ini beberapa kali dengan anak anda sehingga mereka benar² faham dan dapat menguasai sifir 9 dengan baik. Ada sesetengah budak lebih cepat faham cara praktikal berbanding teori. Guru anak anda mungkin sudah mengajar teknik ini di sekolah tetapi tiada salahnya jika anda menjadikannya sebagai satu ulangkaji. Bukan Rejoice sahaja guna jari pun boleh, matematik begitu juga.

No comments:

Post a Comment