Sunday, March 28, 2010

Kursus Haji

28 Mac ~ Hari ni hadiri Kursus Haji di Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah, Kuantan. Ceramah disampaikan oleh Ustaz Zawai Mamat. Tajuk hari ni Niat, Pakaian Ihram dan Wukuf.

Apabila memperkatakan mengenai ibadat haji, hari Wukuf dianggap hari-hari paling mencabar bagi menguji daya ketahanan para jemaah sama ada dari segi mental, fizikal atau spritual.

Nabi Muhammad SAW bersabda, ‘‘Haji itu adalah wukuf.” Hal ini memperlihatkan betapa pentingnya hari wukuf.
Di Arafah, tempat berdoa paling mustajab dan di situlah Nabi Muhammad mengambil masa lama untuk berdoa.


Wukuf di padang Arafah juga adalah untuk mengingati kembali peristiwa di mana Nabi Adam dan Hawa telah diturunkan ke bumi dari syurga atas sebab mengingkari perintah Allah dan terpedaya oleh tipu daya Iblis.

Nabi Adam dan Hawa telah dipisahkan di dunia ini dan mengambil masa 40 tahun untuk bertemu kembali. Tempat pertemuan mereka adalah di Padang Arafah iaitu di Jabar Rahmah. Di sinilah bertahun-tahun mereka memohon ampun daripada Allah. Akhirnya permohonan mereka diterima Allah SWT.

Friday, March 26, 2010

Burung

Idea datang nak ambil gambar burung sebab di kotak fikiran kita burung adalah makhluk Allah yang bisa terbang bebas kemana sahaja, menggapai awan biru di langit yang terbuka. Tak terlanggar pokok,kereta, mahupun tersadung dek batu2 kecil di jalanan. Begitulah lumrah seekor burung.
Tanpa sebarang tali yang mengikat mereka, tanpa sebarang alat kawalan yang menggerakkan mereka terbang sedemikian rupa. Namun mereka hanya terikat di tali Cinta Allah. Hanya Allah yang mengetahui dan berkuasa atas ciptaan Nya. Sesungguhnya sebaik-baik cara untuk mengenal Allah dan melihat tanda kekuasaan Nya adalah dengan melihat segala ciptaan Nya, alam semesta, langit dan bumi, bulan dan bintang, haiwan2, diri kita yang sempurna tanpa cacat cela ini, dan macam2 lagi. Terpulang pada kita untuk membuka mata dan hati. Adakah kita sudah cukup beriman dengan Nya atau adakah kita pernah bersyukur dengan segala nikmat kurniaan Nya? Soalan yang diri kita sendiri punya jawapannya. Semoga kita tergolong dalam golongan yang sentiasa berada di bawah payung rahmatnya. InsyaAllah. Ameen~

Thursday, March 25, 2010

Selagi Bergelar Manusia

Manusia suka harta tetapi lupa pada amalan...
Manusia suka rumah tetapi lupa pada kubur...
Manusia suka bercinta tetapi lupa pada neraka...
Manusia suka berbalah tetapi lupa pada syurga...
Manusia suka manusia tetapi lupa pada Pencipta...

Walau apa pun yang kita suka, jangan lupa tentang akibatnya yang sedang menanti. Ingatlah, malaikat tidak pernah berhenti mencatat!!!

Tuesday, March 23, 2010

Ole2 dari Melaka

Hubby ada bisnes trip ke Melaka...belajar2 nk bisnes ...

ole2 dr Melaka la nih ~ cakar ayam, belacan, ikan masin, dodol, pisang salai & sagun
yang ini pulak, produk import ekspot...macam2 idea hb ni
mudah2an...ada rezeki tuh

Monday, March 22, 2010

Sunday, March 21, 2010

Relax sekejap

"Ani : "Mengapa engkau menulis surat dengan kertas berwarna Hijau?"
Ena : "Surat warna Hijau itu bererti "Aku Cinta Padamu"
Ani : "Kalau kertas itu berwarna Biru Muda apa ertinya?"

Ena : "itu melambangkan Suasana Pilu"
Ani : "Kalau kertasnya berwarna Merah?"
Ena : "Asmara Yang Membara"
Ani : "Kalau kertasnya warna Putih?"
Ena: "Suci, Bersih dan Jujur "
Ani : "Kalau kertasnya Kuning?"
Ena: "Melambangkan Hati Yang Gersang"
Ani : "Kalau Merah Jambu?"
Ena: "Sedang Jatuh Cinta"
Ani : "Kalau kelabu?"
Ena : "Melambangkan Hati Yang Sedang sedih"
Ani : "Kalau kertasnya Hitam?"
Ena : "Itu namanya kertas karbon.. bodoh! "

Saturday, March 20, 2010

Penawar keletihan...

Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya.

Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata : "Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."

Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu.

Baginda s.a.w. berkata:"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar! ) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."

Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua.S aidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s. a.w. ini. Katanya "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku."

Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali) dan 'Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata.

Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , InsyaAllah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman. "Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar

LOve u always...


Cenderahati dr hubby...terima kasih sayang...

Panduan menjadi penulis blog berjaya

# Alamat blog senang diingat dan difahami, tetapi unik.
# Tajuk blog mestilah hebat.
# Tajuk entri menarik.
# Isi entri setimpal dan bagus.
# Elakkan mengeja perkataan dengan ejaan pasar.
# Kosa kata yang luas atau dalam kata lain search engine (SEO).
# Letakkan gambar yang menarik.
# Pelbagaikan topik dibincangkan di blog.
# Tema yang menarik , 'Simple but nice, cliche but true'.

Friday, March 19, 2010

Aku keciwaaa....

Hari ini aku ingin berbicara denganmu,
kerana aku sudah tidak punya upaya,
fikiranku buntu dan serabut...
Aku sungguh sedih, sedih kerana merasakan diriku ini tidak dihargai.
Mahu saja aku meraung sekuat hati,meluahkan apa yang terbuku di hati,tetapi oleh kerana aku masih ada perasaan malu,aku pendam dan simpan sahaja dalam hati...
Patutkah aku merasa kecewa dan hampa, bila merasakan diri ini tidak dihargai?Ini bukan sekali, tapi sudah berkali-kali
Patutkah aku meluahkan apa yang terbuku di hati???
Atau simpan sahaja perasaan kecewa dan hampa itu, sambil berserah sahaja pada Allah dan berdoa, moga-moga hatiku menjadi tenang,dan moga-moga hatiku bisa memberi kata maaf,agar sengketa di hati tidak berpanjangan...
Tentang dia...??? Pedulikan dia...
Aku doakan moga-moga dia sedar akan perbuatannya...
Ya Allah, ampunkanlah dosaku dan berikanlah aku petunjuk, agar aku mampu membuat keputusan yang wajar dan terbaik buatku dan buat kami semua...
Sebagai manusia, aku pasrah... huuuuuuu

Thursday, March 18, 2010

Episod Senja

Harini balik lewat dari biasa...dh hampir senja...sempat snap gambar awan dari dlm kete. Cantiknya awan...putih bersih...bebas... indah...tenang jer...kadang2 berarak perlahan kadang2 laju..kadang2 menjelma pelbagai bentuk....Seronoknya menjadi kepulan awan....

Senja mula melabuhkan tirainya...mentari mahu bersembunyi lagaknya.... masyaAllah.... segalanya indah ciptaan Yang Maha Esa....

Oni's rabbit

cutenya rabbit dik oni, ada anak ayam lagi...

Wednesday, March 17, 2010

Model of d Year

Oopppsss....majalah2 ni tiada dalam pasaran yer... sengaja direka untuk santapan mata tuan rumah, ahai.... Seronok sangat tengok bunga2 yang kembang mekar mewangi di taman syurga ku... ahaks