Friday, April 30, 2010

Potato chips








Don't quit

When things go wrong, as they sometimes will,
when the road you’re trudging seems all uphill,
When the funds are low and the debts are high,
And you want to smile, but you have to sigh,
When care is pressing you down a bit,
Rest, if you must, but do not quit.

Life is queer with its twists and turns,
As every one of us sometimes learns,
And many a failure turns about,
When he might have won had he stuck it out;
Don’t give up though the pace seems slow—
You may succeed with another blow.

Often the goal is nearer than,
It seems to a faint and faltering man,
Often the struggler has given up,
When he might have captured the victor’s cup,
And he learned too late when the night slipped down,
How close he was to the golden crown.

Success is failure turned inside out—
The silver tint of the clouds of doubt,
And you never can tell how close you are,
It may be near when it seems so far,
So stick to the fight when you’re hardest hit—
It’s when things seem worst that you must not quit
~red rainbow

6 Perkara


Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara
timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.
'Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'
Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepadaAllah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud.
'Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai,namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranyamereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, danmereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayangbermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmuitu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.

'Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkankepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?'

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikansyurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...

'Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurgaMa'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrailas dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan duasayapnya dia boleh men empuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglahmalaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah danakhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujudkepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atausepertiganya, atau seperempatnya?

'Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamudapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatankepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang sepertiyang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluhdari beberapa perpuluhan yang telah ku berikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ..'

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan.... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :
* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Perjalanan


p/s : Terlalu sedikit masa kita dalam sehari ditumpukan pada memikirkan kan hal2 akhirat, sebaliknya sebahagian besar masa kita dipenuhi dengan hal ehwal keduniaa.
Semoga kita sama2 dapat menginsafi & bermuhasabah diri.

Thursday, April 29, 2010

Hitam Putih kehidupan..........

Lihatlah sekitar alam
Dunia luas terbentang
Langit tinggi kebiruan
Pohon-pohon kehijauan
Hembusan bayu yang menyegarkan
Dengarkan di sana-sini
Beburung riang menyanyi
Berbunga aneka warna
Sumber kedamaian jiwa
Mensyukuri nikmat Maha Esa
Begitu berharga kehidupan ini
Bagi mereka yang tahu menghargai
Mengapa terdorong oleh perasaan
Kalau turutkan hati diri menjadi korban
Tiada yang dapat lari dari masalah diri
Hadapi lah dengan tenang
Tiap cabaran yang datang
Atasinya dengan keimanan
Sekadar buat renungan
Untukmu teman tersayang
Hitam putih masa depan
Sendirian menentukan
Hidup ini usah persiakan

Doa hindar dari mudharat

Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti sabda Rasulullah s.a.w seperti berikut:

Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali diwaktu pagi dan tiga kali diwaktu petang akan terhindar lah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Maksud hadis tersebut adalah seperti berikut:

Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidaklah seorang hamba berdoa disetiap pagi dan petang "Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi juga di langit dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui" baca tiga kali, maka tidak akan ada yang memudaratkannya, (Hadis riwayat Tirmizi)

Wednesday, April 28, 2010

Legaaaa....

Syukur Alhamdulillah...hari2 yang memenatkan dan menegangkan kini sudah berlalu...yeay !!! boleh tidur lena

Layannnn....

Good morning...

Selamat pagi semua...hari ini hari persijilan 5S...doakan kami berjaya...Aminnnnn. Pagi ini sarapan nasi goreng bodo jer...


pinjam gambar cik google

amboiiii....!! seleranya kengkawan ku ini...

Tuesday, April 27, 2010

bos belanja

hari ini bos belanja nasi kukus....best!!

sibuk bebenor...



uuuuuuuiiiii....seminggu dua ni sibuk bebenor sampai tak sempat nak berkarya...nak update blog pun tak sempat... letih punya pasal idea pun kontang jer... sori ek...!!

Saturday, April 24, 2010

Taugeh


Tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat.
Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.
Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.
Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.
Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis)
Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.
Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus.
Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka.
Saponi dalam tauge, menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.
Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.
Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.
Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih
Jadi apalagi, JOM kita ramai-ramai makan tauge hari-hari!kanser.

cute nyer...

Thursday, April 22, 2010

~~~tips tension

Kita memerlukan sesuatu yang boleh menjadi daya pendorong atau motivasi untuk melakukan sesuatu pekerjaan. Kalau pelajar yang ingin berjaya tentu memerlukan motivasi diri untuk mencapai kejayaan.
Bagi seorang pekerja pula, tentu memerlukan motivasi untuk melakukan pekerjaan dengan baik…tambahan pula perlu melakukan kerja yang sama setiap hari. Tentu bosan akan muncul jua di dalam hati.
Di bawah ni ada beberapa tips yang boleh kita praktikkan untuk motivasi diri...

1. Rancang dahulu apa yang perlu dibuat dan tetapkan matlamat.

2. Senyumlah selalu..senyuman boleh menenangkan jiwa dan juga sebagai sedekah.

3. Dapatkan rehat dan tidur yang berkualiti.

4. Jangan membahayakan diri sendiri atau menzalimi diri.

5. Binalah persahabatan yang erat dan saling menyayangi.

6. Sesekali hiburkanlah hati sendiri dengan melakukan apa yang diminati.


7. Tonjolkan penampilan diri yang menarik dan kemas. Sesekali bergaya, apa salahnya.


8. Kawal berat badan anda dan jangan terlebih makan..takut jadi obes pula.


10. Lakukan pemeriksaan kesihatan menyeluruh bagi mengetahui tahap kesihatan diri.


11. Tenangkan fikiran dan relaks sekejap.


12. Mandi setiap hari… jangan malas mandi tau !


13. Jadilah diri sendiri (bukan orang lain) dan berbanggalah dengan kemampuan diri.


14. Jangan menunjuk-nunjuk atau alim-alim kucing.

15. Yang paling penting, sentiasalah berdoa kepada Allah.

Wednesday, April 21, 2010

eQa @ KMC

Sudah 3 hari eQa @ KMC... YaAllah ampunkan dosa kami YaAllah...Kau sembuhkan lah sakit anakku ini... Kau berikanlah kekuatan kepada kami untuk menghadapi segala ujian ini YaAllah...

Friday, April 16, 2010

musibah lagi...

Ya Allah... sekali lagi aku terima dugaanMu...anakku demam panas dan muntah2...aku bergegas ke KMC untuk mendapatkan rawatan dengan harapan eQa dimasukkan wad dan segera terima rawatan... malangnya aku diberitahu kesemua bilik KMC (wad) telah penuh dan aku hanya boleh mendapatkan rawatan pesakit luar... aku kembali ke rumah selepas dibekalkan ubat demam dan anitibiotik... sepanjang malam aku terpaksa berjaga'sponging' seluruh badan eQa kerana temperaturenya terlalu tinggi 40 darjah c. Kasihan badannya mengggigil2 ...
Paginya aku terus membawa eQa ke KSH pula untuk segera mendapatkan rawatan ...sekali lagi malang bagi aku, doktor yg sepatutnya merawat eQa ada mesyuarat pula dan terpaksa menunggu sehingga ke petang... sementara itu, eQa menjalani ujian x-ray dan diambil sample tisu di tekaknya... kasihan sungguh anakku eQa...dia nampak lemah longlai...kelopak matanya nampak begitu berat sekali hingga hampir2 menutupi matanya yg bundar itu...amat terharu melihatnya...
Lebih kurang jam 12.30 tengahari, keputusan pun keluar dan... Ya Allah ya Tuhanku... seluruh anggotaku lemah longlai...menggigil tangan dan kakiku... gelap duniaku seketika... air mataku bercucuran.... anakku positif H1N1..." hubby!!!!!!! balik lah segera, anak sakit ni..." tak tertahan airmataku... aku memeluk eQa seeratnya...
Aku diminta membawa anak ke HTAA untuk rawatan lanjut... aku kebingungan... tak berdaya...aku tersangat lemah...lemah seluruh anggotaku, lemah semangatku, lemah...lemah dan lemah.... namun aku gagahi juga demi mendapatkan rawatan untuk anak kecilku... aku hubungi rakan sepejabat minta hantarkan aku ke hospital... terketar2 aku mendukung eQa sambil membawa x-ray dan keputusan rawatan di tangan... sesampai di hospital, aku diminta menunggu di bilik rawatan khas di Unit Kecemasan HTAA... dap dup dap dup...berdebar2 jantungku...terasa senak dadaku menahan degupan seolah2 dihentak seketul batu besar... kuusap rerambut eQa sambil kukucup dahinya... dia merenungku dengan matanya yg redup itu... airmataku tertumpah lagi... ohhh anak... Ya Allah ampuni dosaku...YaAllah kau sembuhkanlah anakku...YaAllah kau berikanlah petunjuk dan hidayahMu agar aku tabah menghadapi apa jua ujianMu....hanya padaMu aku berserah YaAllah....
Tiba2 aku dikejutkan apabila nama Nurin Afiqah dipanggil... doktor memeriksa eQa dan membelek2 laporan perubatan dan x-ray yg aku bawa dari KSh tadi... lama juga dibeleknya... aku berdebar2... beberapa soalan diajukan padaku tentang tahap kesihatan eQa... aku hanya mampu menjawab ya dan tidak... terasa halkum ku sempit sekali.... selepas beberapa ketika... doktor pun berkata...
"saya rasa paru2 anak puan ni ok, dia demam sebab tonsil bengkak bukan sebab jangkitan paru2, saya akan bagi ubat demam dan antibiotik dan puan boleh bawa dia balik rumah..."
"haaaa...anak saya tak perlu masuk wad ke?? tapi doktor KSH kata anak saya positif h1N1? "
Doktor muda itu menambah lagi...
"macam ni puan, kalau anak puan ada didapati sesak nafas atau demam bertambah kuat, puan bawa semula dia ke sini, sementara itu puan berilah dia ubat2 ni dulu ya..."aku tak tahu...aku bingung... namun aku bersyukur.... anakku masih selamat.... aku kembali ke rumah... aku hubungi hubby... YaAllah hanya engkau yang Maha Mengetahui....

Thursday, April 15, 2010

eQa demam

eQa demam, jangkitan pd tonsil bengkak...malam tadi berkejar ke KMC sebab demam panas sangat tapi bilik dh penuh....sepanjang malam sponging eQa...kesian dia menggigil