Thursday, September 30, 2010

Kalaulah Kalau ~ Puteh Hashim

Kalaulah aku pohon merimbun
akan kupayungi insan kerdil
dari panas, hujan dan embun

Kalaulah aku pohon berbuah lebat
akan kugugurkan buah manis dan lazat
untuk insan kerdil yang memang berhajat

Kalaulah aku air mengalir tiada putusnya
akan kubiarkan insan kerdil kehausan
meneguk daku sepuas-puasanya
dan
kalaulah aku hailintar ganas
akan kulibas semua insan
kejam yang selama ini menindas
agar hancur berkecai ditelan bumi

Alangkah bahagianya kehidupan
kalau semuanya saling bergandingan
tiada penindasan
tiada pertelingkahan
tiada penipuan

Kalaulah keamanan dan keadilan
dapat ditegakkan
nescaya bersinarlah cahaya kedamaian

Puteh Hashim
Kajang, 1 Mac 1998

Tuesday, September 28, 2010

Kek oren kuda belang

Almaklumlah oven baru...!! macam2 projek la buat masa tengah rajin ni... hari ni buat kek oren pulak...resepi dari internet... hehehe...

adunannyasudah masak...alamak merekah sikit...hee...ok la tu, macam kuda belang
sedapppp...
dibawa ke jamuan raya kat ofis..ahaks

Monday, September 27, 2010

Yes...!! sukses story

Yahoo...seronoknya hari ini bila berjaya membuat roti sendiri. Percubaan pertama tak berjaya sebab tak study manual..(ooppsss...baru beli bread maker...), tak puas hati... Buat lagi sekali dan hasilnya sangat memuaskan.... bangga nya aku dan terima kasih kepada En Mat Gebu atas sumbangan resepinya....hehehe... Tengok la sendiri...
proses pengembangan sedang berlaku... dah siap...gebusss n tembonnnnnn....waaa....sodap tu...

Sunday, September 19, 2010

Layan anak2 ~ versi raya

ahai...bangganya dapat buat piza sendiri
inilah bahan2 nak buat piza...
topping nya...
topping seafood tau...hehe
ini pulak my 1st roti jala...ahaks...untuk anak2 ok la...
sedapnya...

Gemilang syaWaL

yuhu....ratu chanteq laaalama tak jumpa wehhhh...
ecah tembon... syameL ngok nget...anak cucu cicit...nenda yang dikasihi... bakal al-hafiz dh besor korang ek...
4 dara pingitan...ahaks
ahai...dik oni malu ke...?

macam2 gaye ada...

Saturday, September 18, 2010

SyawaL nan indah

Keluargaku syurgaku...ehem...my dear hubbybersama bonda mertua yg dikasihi
ahai...anak dara emakputera puteri tersayang...

Wednesday, September 8, 2010

Juadah 29 Ramadhan

yuhu...menu hari ni...spesel untuk anak2...waaa....pegedil pun ada...zassss...soto ku yg enak...

Tuesday, September 7, 2010

Pizza seafood

Bahan doh :
125ml air suam
1/2 sudu gula
1/2 sudu kecil garam
2 sudu butter
250 gm tepung roti
1/2 sudu kecil bread softner
1/2 sudu kecil bread improver

Caranya:
~Gaulkn tepung roti dgn semua bhn yg lain, uli sebati, biarkn ia naik seketika.
~ canai dlm dulang yg dikehendaki, biarkn ia naik lagi
~bila sudah kembang, tekan sedikit doh (guna hujung jari), sapu sos
~tabur bhn2 topping dan keju parut
~bakar dengan suhu 200 C selama 20 min
~sedia dihidang

Bahan sos :
25gm campuran rempah piza }
30 gm gula } campur, gaul sebati & perap 4-5 jam
200 gm paste tomato }
(dlm tin eg:Leggos~ada kat Giant)
atau (kalau xde rempah pizza boleh buat sendiri cam gini...)
1 1/2 sudu minyak zaiton
1 biji bwg putih
1 biji bwg besar
200 gm tomato paste
1/2 sudu gula
garam secukunya
1 sudu kecil oregano
3 helai daun bay

Bahn topping:)
1 sudu minyak zaiton
1 ulas bwg putih - cincng
5 ekor isi udang
sedikit lada sulah

~ panaskn minyak tumis bwg putih, udang, lada sulah
2 batang sosej - potong kecil
100 gm nenas kiub
5 biji cendawan butang - ptg nipis
4 biji buah zaiton - sda
Lada benggala hijau & merah - potong memanjang
2 btg crab stick - potong nipis
100 gm keju mozarella - parut

Ban Sosej & Sayuran

1 biji telur
260 ml air
110 gm gula
60 gm mentega
1 sudu kecil garam
480 gm tepung roti (hi-protein)
120 gm tepung gandum
2 sudu makan susu tepung (kalau guna butter tak perlu susu)
11 gm yis segera (mauripan) @ 2 sudu mkn rata

Sosej ayam
Mayonis
Sayur campuran
Sos tomato

Caranya :-
~ uli doh roti sehingga kental & sebati atau uli sehigga lembut dan licin
~ bahagi doh 30 bahagian
~ masukkan sosej di tengah doh dan lipatkan, potong seperti sikat
~ putarkan ke kiri dan kanan, biarkn ia naik sekali ganda
~ sapu telur, bubuh sayur campur dan paipkn sos tomato & mayonis
~ bakar 160 C selama 20 minit
~ selepas membakar, paipkn sekali lagi mayonis dan sos tomato
~ siap untuk dihidang
*kalau uli dengan tgn, campurkn semua jenis tepung, garam, yis (campur air), cecair masukkn di tengah

Salam Aidil Fitri

Salam Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin dari kami sekeluarga. Moga mendapat keberkatan dan keredhaan Allah jua.