Friday, December 31, 2010

Juadah di ambang 2011

Hari ini projek membuat roti inti epal pulak...tapi terlupa snap gambar inti tadi...tak mengapalah...yang penting roti ada gambar kan...? Lihatlah roti2ku ini berposing....

seperti biasa model cilik memberi pose istimewa...

sebelum di dalam oven...

hoyay..!! memang gebus....
resepi encik mat gebu ni... terima kasih chef

Thursday, December 30, 2010

Ayam kampong Rumpun Timur

Waaah....seleranya tengok gambar ayam kampong black pepper nih... memang enak!! Resepi cincai ajer makan malam hari ini...

dan pembuka seleranya ikan sepat berlado....
perghhhh !! cakap pon tak guna... bery2 delicious...
Anyway...terima kasih tokeh ayamnya Encik PiL, delivery lagi...

Sunday, December 26, 2010

Lalalalalalala......

Gud morning...!! Menu rajin pagi ini agak specil sikit ~ nasi goreng kitar semula (nasi briyani semalam daa.. jangan membazir.....), sosej roll dan pau kacang merah....yawww!! memang enak sekali...Sosej roll tu dapat idea dari rumah izanmann... apalagi jom kita teropong...
menu rajin...
saya gunakan mushroom frankfutter untuk sosej rolldan mayonis... dh siap dibakar....yummy!!

Oh ya...minta izin ye tepek resepi kat sini... Terima kasih laa...

Bahan:-

10 batang sosej
10 keping puff pastry
Mayonis
Cili sos
Kuning telur + 1 camca teh susu cair = kacau rata
Sedikit serbuk lada hitam yang baru dikisar

CARA MEMBUATNYA :-)
1. Sosej ayam dicelur sekejap, toskan dan biar sejuk. Belah 2 tapi jangan putus untuk setiap batang sosej. Ketepikan.
2. Ambil 1 keping kulit puff pastry (biar pada suhu bilik). Letak 1 batang sosej dan sapu sedikit sos cili dan mayonnaise antara dua belahan tadi, kemudian gulung puff pastry tadi dan kemas kan. Buat hingga siap dan susun dalam dulang pembakar.
3. Sapu dengan kuning telur tadi dan tabur serbuk lada hitam atasnya. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 20 minit atau hingga kuning keemasan.

wish 2011

Apa azam tahun baru 2011 yer..? Hmmmm....

1) nak kurangkan 'obes' ? heeeee.... boleh ke?
2) nak hafal Juz Amma...mampu ke?
Moga dipermudahkan jalan oleh Allah SWT... aminn

Saturday, December 25, 2010

Cincai lunch

Salam semua. Marilah tengok percubaan pertamaku membuat nasi briyani...alahai kelakornya, takat makan sendiri jer...hehehe
Yuhu..!! nasi briyani ku yg cincai...
Sedap ke eQa..?
Huh..!! selamat dah...

Rajin tahap gaban

Bersarapan bersama:-
♥♥
encik hubby
+
anak2
+
ayah bonda
+
bonda mertua
=
sukee nyer :)




Friday, December 24, 2010

Tanda Hati Mati

Menurut seorang ahli sufi terkenal Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah :

1. Mengaku kenal Allah swt, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya
2. Mengaku cinta kepada Rasulullah saw, tetapi mengabaikan sunnah baginda.
3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.
4. Memakan nikmat-nikmat Allah swt, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.
5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya
6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
7. Mengaku adanya siksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.
8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.
9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.
10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.

Semoga dengan tips yang ringkas tapi sangat besar ertinya ini dapat memberi peringatan dan pengajaran buat kita meneruskan kehidupan dengan rasa nikmat kebahgaiaan

Renungan Jumaat


KISAH SEEKOR ULAT DENGAN NABI DAUD A.S

Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud a.s sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab az-Zabur, dengan tiba- tiba dia terpandang seekor ulat merah pada debu. Lalu Nabi Daud a.s. berkata pada dirinya, “Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?”

Sebaik sahaja Nabi Daud selesai berkata begitu, maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata. Lalu ulat merah itu pun mula berkata-kata kepada Nabi Daud a.s. “Wahai Nabi Allah! Allah s.w.t telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca ‘Subhanallahu walhamdulillahi wala ilaha illallahu wallahu akbar’ setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah mengilhamkan kepadaku supaya membaca ‘Allahumma solli ala Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim’ setiap malam sebanyak 1000 kali.

Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud a.s. “Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah darimu?” Akhirnya Nabi Daud menyedari akan kesilapannya kerana memandang remeh akan ulat tersebut, dan dia sangat takut kepada Allah s.w.t. maka Nabi Daud a.s. pun bertaubat dan menyerah diri kepada Allah s.w.t. Begitulah sikap para Nabi a.s. apabila mereka menyedari kesilapan yang telah dilakukan maka dengan segera mereka akan bertaubat dan menyerah diri kepada Allah s.w.t. Kisah-kisah yang berlaku pada zaman para nabi bukanlah untuk kita ingat sebagai bahan sejarah, tetapi hendaklah kita jadikan sebagai teladan supaya kita tidak memandang rendah kepada apa sahaja makhluk Allah yang berada di bumi yang sama-sama kita tumpangi ini.

Wednesday, December 22, 2010

Jeli jula juli

Mmmmm....tetiba teringin pulak nak makan agar-agar. Yuhu...dah siap pun agar-agar nescafe yang diberi nafas baru nama baru Jeli Jula Juli..hehe..dappp.....!!

Monday, December 20, 2010

ronda2 @ Penang

Sempena cuti sekolah akhir tahun dan kebetulan ALong ada game di Penang Turf Club, kami 4 beranak pun makan angin ke Pulau Mutiara 15-17 Dis. Kesian AliF tak dapat ikut sama sebab dia tak bercuti... InsyaAllah ada rezeki nanti kita makan angin sama2 yea...
kami menginap di sini, Tune Hotels.com...tak sah kalau ke Penang tak singgah Komtar kan...?
@ Gelanggang equestrian PTC
hehehe...jangan jeles ek...
Padang KOta Lama
Monumen Sir Francis Light
hehehe...amboiii....bergayanya haaa...tembak kang..!!
ini Kaya, kuda ALongAhai, tersenyum simpul...
sempat meronda di Pesta Bunga... dan Taman Rama-rama cantik kan..??Penang special popiah..sedappp!!

Penang Turf Club Horse Show 2010

Pertama kali datang menyaksikan anakanda masuk gelanggang ekuestrian... Seawal 6.45 pagi kami sudah berada di gelanggang Penang Turf Club. Gambar2 ini dari Lensa farah razali sepupuku yang turut serta percutian kami, thanks farah...

Amirul Asyraf, young equine rider...
amanat dr ayahanda...

masuk gelanggang acara 'dressage'

dan jadi juara...yeay..!! acara 'show jumping'... syabas Kaya..fuyoooo...
nice shotgo go go Kaya...
jurukamera amatur... ahai awatnya masam muka....


Sunday, December 12, 2010

Melangkah ke sekolah

Sedar tak sedar tahun 2011 ni eQa dah nak masuk sekolah... rasanya baru lagi eQa lahir 020205... dh besar rupanya si mulut murai nih...tengok la tu bergaya dengan pakaian sekolahnya...

amboiii...tak sabar nak ke sekolah baru yer...?piisssss..!! tahun depan saya 6 tahun... saya nak masuk sekolah AIIS
(AQFA Integrated Islamic School)
HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015