Pages

Sunday, February 27, 2011

Nasi lemak sambal telor


Nasi lemak buah bidara,
sayang selasih hamba lurutkan
Tinggal emak tinggal saudara,
Kerana kasih hamba turutkan...

Berpantun pulak pagi2 minggu ni...hehehe. Ok jom jengok dapor akak hari ini...ada nasi lemak, sambal tumis telur, ayam goreng berempah, timun dan popadam. Pergh..!! sakan sarapan kami hari ini....makin montel lah akak nampaknya.... Akak nak kongsi resepi sambal tumis telur.
Bahan:
3 biji telor rebus
1 senduk cili giling
1 biji bawang besar - kisar
1 biji bawang besar - potong bulat
Asam jawa
Garam
Gula
Minyak

Cara:
Mula2 goreng telor rebus sehingga kekuningan. Kupas kulit dulu yer...jangan goreng kulit pulak. Angkat dan ketepikan. Tumis cili giling dan bawang besar yang dikisar hingga agak garing. masukkan garam, air asam jawa dan gula dan sedikit air. Biarkan mendidih seketika dan masukkan telur yang digoreng tadi serta bawang besar yang dipotong bulat. Apabila sudah naik minyak bolehlah diangkat dan sedia untuk dihidangkan. Sedap dimakan dengan nasi dan apa sahaja yang digemari.

No comments:

Post a Comment