Pages

Tuesday, March 22, 2011

Kuih bakar labu

Labu..oh..labu... Memang sedap kuih bakar labu tau...lembut dan lemak rasanya....ermmm yummy!!! Macam2 boleh buat dengan si labu ni kuah lemak ke, bingka ke, apam ke, roti pun boleh dan macam2 lagi...semuanya sedap....

Jom layan resepinya...
BAHAN-BAHANNYA :

5 biji telur
500 ml santan
(atau 200 ml santan kotak + 300 ml air)
200 g tepung gandum
180 g gula halus
1/2 camca teh garam
1 camca teh esen vanilla
450 g labu manis, kukus dan lecek
Sedikit bijan untuk hiasan
Cara-caranya:

Masukkan semua bahan tepung, telur dan santan ke dlm blender dan blend halus. Kemudian satukan dengan labu yg telah dikisar tadi. Kacau sebati. Masukkan dalam acuan yg telah digris dengan minyak dan taburkan bijan. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160-180C 50 mint atau sehingga masak.

No comments:

Post a Comment