Pages

Friday, April 15, 2011

Terung belado

Sudah makan malam ke? waaah...mesti sedap menu malam ni...dah telentang memasing...sah 3 pinggan tu...air tangan ibu lah katakan... Apa rahsia air tangan yer? Apakah air tangan seorang ibu itu mempunyai enzim khas yang dapat menambah kelazatan makanan? Apa yang pasti, setiap kali ibu memasak, masakan itu disulami dengan kasih sayang, ketika si ibu memotong daging, menyiang ikan, menumis bawang, mengalir air kasih sayang seorang ibu terhadap setiap makanan yang dimasaknya, setiap masakan yang dimasak  akan dipastikan bersih, secukup rasa dan akan dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan penuh rasa cinta demi untuk memberi ahli keluarganya makan. Itulah rahsia keenakan masakan seorang ibu, cinta dan keinginan untuk berbakti, tiada ramuan rahsia, hanya sekeping hati yang penuh rasa cinta dan kasih sayang.

Jom layan resepi air tangan malam ni... Terung Belado... i like!!

Bahan-bahan :-
1 batang terung panjang, dihiris
garam dan gula secukup rasa
Sos tiram

Bahan ksiar
5-7 biji cili merah
1 labu bawang besar
Sedikit ikan bilis
Cara-cara :-
1. Panaskan minyak dan goreng terung sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
2. Tuang lebihan minyak dan tinggal bakinya utk menumis.
3. Tumis bahan kisar sehingga masak dan pecah minyak.
4. Apabila sudah masak, perasakan dengan garam dan sedikit gula. Tuang sos tiram dan gaul lagi. Letak sedikit sahaja air jika perlu.
5. Masukkan terung yang telah digoreng dan balik-balikkan sekejap sahaja kerana terung akan cepat lembik. Angkat dan boleh dihidangkan.

No comments:

Post a Comment