Pages

Friday, May 27, 2011

Agar2 kacang hijo

Salam Jumaat semua... nak share fadhilat Jumaat sebagaimana yg diriwayatkan di dlm hadis bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: Siapa membaca pada pagi Jumaat sebelum solat Subuh, Astagh Firullahalladzi la ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilahi’ tiga kali, nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di laut...


Ok kita cerita pulak kisah n3 hari ini....agar2 kacang hijo.... ermmmm nyamannya lalu kat tekak...sejuk manis dan yummy!!!  semalam tayang kat fb tapi tak sempat nak post ke blog sebabnya mengantuk sangat, tak sedar tertidur depan tv sampai pkl 11.  Ops tak sangka pulak fren kat fb dh tanya resipi...ahaks terliur ke?

Jom salin resipi nya.

Agar2 kacang Hijau

1 cawan kacang hijau - direbus dan toskan airnya
10 gm agar2 serbuk
1 cawan gula
1 cawan santan
1/2 cawan gula merah
1 litre air
2 biji telur -
Daun pandan

Caranya :)
1. Masukkan agar2, daun pandan dan air ke dalam periuk dan didihkan. 
2. Kemudian masukkan gula, gula merah dan kacang hijau. 
3. Di satu mangkuk yg lain satukan santan dan telur.
4. Curah ke dalam periuk agar2 tadi.
5. Kacau rata dan biarkan menggelegak, tutup api.
6. Curah ke dalam loyang atau acuan yang disukai dan biarkan sejuk.

No comments:

Post a Comment