Panasnya hari ini.... nak ke kedai pun bercinta.... badan pulak letih lepas membaja pokok2 orkid di taman... so masak ala kadar aje lah... hehe
Menu harini sup ayam biasa2 saje... gu dengan ikan masin dan sambal hijau terung pipit... ahh !! 3 pinggan juga...
Sup ayam
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam - dipotong kecil
air secukupnya
4 biji ubi kentang - dibelah 4
1 batang karot - dipotong kecil/bulat
2cm halia - dihiris
1 paket sup bunjut
1 tangkat daun sup/daun bawang - diracik/hiris
bawang goreng
minyak untuk menumis
buah tomato (jika suka)
Bahan2 tumbuk/kisar:
5 ulas bawang kecil
1 inci halia
2 ulas bawang putih
cara:
1.panaskan periuk dan masukkan sedikit minyak.
2. tumis bahan2 ditumbuk sehingga garing dan naik bau.
3. masukkan ayam dan gaul rata seketika.
4. masukkan air secukupnya bersama2 sup bunjut.
5.didihkan dengan api sederhana
6.bila air sudah mula mendidih masukkan ubi kentang dan karot
7.masak sehingga ayam dan ubi kentang empuk.
8.apabila semuanya sudah masak, masukkan tomato yg dipotong empat.
9. taburkan daun sup dan bawang goreng.
10.siap untuk dihidangkan
No comments:
Post a Comment