Pages

Sunday, May 8, 2011

Popia kentang sos nenas

Panasnya cuaca sekarang ini...lebih2 lagi waktu tengahari kan? sehari 3,4 kali mandi...minum air pun dah bergantang...rasa kering jer tekak ni... ini baru panas dunia kita sudah tak tahan apahal lah nanti panas di sana...

Wahai Tuhan ku tak layak ke Syurga-Mu
Namun Aku tidak sanggup ke neraka-Mu
Terimalah taubatku dan ampuni segala dosaku
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar

Ok, berbalik ke menu panas petang ini Popia Kentang Sos Nenas...ummppp mamamia...!! Panas2 pun kepala otak ni ligat jer memikir soal makanan...hahahaha....i like!! Resipi popia kentang ni akak tengok di sini...dah lama berhajat nak buat baru hari ini tertunai...


POPIA KENTANG

Sumber : MummyJam
Rujukan :  rinnchan.fotopages
Bahan-bahan inti :

5 biji ubi kentang, direbus empuk, dibuang kulit dan dilecek
1 biji bawang besar, dicincang
2 biji bawang putih, dicincang
1/2 tsp serbuk lada putih
Secubit serbuk lada hitam kasar
5 tbs daging cincang
1/2 cwn bawang goreng
Sepokok daun saderi, dicincang
Sepokok daun bawang, dicincang
Garam secukup rasa
Sedikit minyak masak utk menumis
Kulit popia secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga layu. Masukkan lada putih dan lada hitam. Kacau seketika.
2. Masukkan daging cincang. Masak sehingga air daging kering. Perasakan dengan sedikit garam.
3. Masukkan kentang lecek. Kecilkan api. Gaul rata semua dan tutup api.
4. Akhir sekali masukkan bawang goreng, daun saderi dan daun bawang. Gaul rata. Sejukkan seketika.
5. Sediakan kulit popia, isikan inti, gulung dan goreng. Boleh dimakan begitu sahaja atau dicicah bersama sos cili pilihan. (Akak cicah sos nanas yg dibeli semasa pameran MIHAS baru2 ini...)

No comments:

Post a Comment