Pages

Sunday, May 22, 2011

Tilapia bakar tempoyak...pergh!!

Assalamualaikum... juadah apa makan malam hari ini? selera nampak..? sebenarnya malam ini akak cuma buat nasi goreng aje...menu ikan tilapia bakar tempoyak ni juadah hari Jumaat ituhari tak sempat nak posting sebab terus balik kampung...

Selera sungguh makan ikan bakar tempoyak ni cicah pulak dengan air asam...pergh!! sampai nak pecah perut dibuatnya...hehe... jom tengok resepinya yuk...

Ikan Tilapia Bakar Tempoyak

3 ekor ikan tilapia - bersihkan
1/2 cawan tempoyak
5 biji cili padi
1 inci kunyit hidup
1 helai daun kuiyit muda ~mayang halus
3 helai daun kunyit
garam
gula


Cara :
1. Tumbuk lumat kunyit hidup dan cili padi. Tambahkan sedikit garam dan gula.
2. Campurkan ke dalam tempoyak.  masukkan daun kunyit muda yang dimayang halus dan gaul rata
3. Lumurkan bancuhan tempoyak ini ke atas ikan tilapia tadi.
4. Balutkan ikan dengan daun kunyit dan bakar.
5. Ikan bakar ini sedap dimakan / dicicah dengan air asam.

No comments:

Post a Comment