Pages

Monday, June 13, 2011

Back to school

Selamat pagi Isnin semua dan selamat kembali ke sekolah kepada anak2 sekalian.  Belajar rajin2 yer dan semoga tercapai cita-cita dan impian, insyaAllah...Kepada anak2 ku yg baru kembali dari Bengkel Intensif kaedah MOKHDAR, didoakan semoga kalian mendapat manafaat dr program ini dan berusahalah untuk kejayaan kalian...emak dan ayah sentiasa mendokan.

Sudah sarapan ke? menu sandwich goreng ni sarapan 2 hari lepas masa akak balik kampung...nak bergegas ke KL so roti goreng jer sempat sediakan, lagipun guna bahan yg ada kat rumah mak jer... ubahsuai sikit roti goreng ni ala2 sandwich... di dalamnya ada inti telor scramble dan di luarnya akak goreng dengan tepung rangup berperisa pedas...

 Kalau suka jom tengok resipi sandwich goreng akak ni...

Bahan A:)
Roti
Telor

Bahan B :
2 sudu tepung gandum
2 sudu tepung jagung
Sedikit marjerin
Sedkit ikan bilis )  kisar
2 ulas bawang putih ) kisar
2 biji cili padi ) kisar
Garam
Air

Cara penyediaan :)

Campurkan semua bahan B dan gaul rata. Bancuhan seperti tepung goreng pisang.  Roti dipotong dan isikan inti telur scramble di tengahnya.  Celup dengan bancuhan tepung pedas dan goreng hingga kekuningan.  Angkat, toskan dan bolehlah dihidang.

No comments:

Post a Comment