Pages

Friday, June 10, 2011

Masak lemak ayam wif keladi lambuk

Kenal tak keladi lambuk? No no no... tak ada kena mengena dengan bubur lambuk tauu.... Biasanya keladi lambuk ni ada dijual di pasar tani... cik adik oiiiii !!! jangan memandai pulak nak makan keladi yg tumbuh merata di tepi bukit ke hutan ke...nanti tak pasal2 gatai mengenyam pulak tekak tuh... keladi lambuk ni boleh dibuat ulam mentah, tidak gatal sedangkan keladi biasa perlu dimasak/celur dahulu untuk menghilangkan rasa gatalnya. Ada juga yg memanggilnya keladi kemumu...
 
Masak lomak ni memang lauk pav i .... heeee suke sangat, tambah pulak ada ikan masin dan sambal tempoyak...selera sungguh makan berdua wif hb...malam Jumaat pulak tu... ahai


Masak lemak ayam wif keladi lambuk

Bahan2: )
1/2 ekor ayam - bersihkan dan potong kecil 
1 ikat keladi lambuk (akak beli di pasar tani)
1 inci kunyit hidup  > kisar
3 biji bawang merah > kisar
1 inci lengkuas > kisar
5 biji cili padi merah  > kisar
4 biji belimbing buluh (atau boleh diganti dengan asam gelugor)
1 batang serai - dititik
santan secukupnya
Garam secukup rasa

Cara : )
1. Tumis bahan yg dikisar sampai naik bau.
2. masukkan ayam dan biar seketika. 
3. masukkan santan, serai yg sudah di titik dan belimbing . Biar mendidih dalam 5 minit.
4. Masukkan keladi lambuk, gaul rata dan boleh tambah garam atau gula jika kurang, kemudian jika rasanya dah ok, boleh tutup api.

No comments:

Post a Comment