Pages

Thursday, June 16, 2011

Paprik sutun

Assalamualaikum... sudah makan tengahari ke? alahai...diet la pulak... baru nak pelawa makan nasi paprik sutun... akak makan sorang ajelah nampak gayanya...

Senang kan buat paprik ni...boleh bubuh ayam, daging, udang, sotong...janji kena dengan tekak... mak mertua akak memang tak bertegur sapa dengan si sutun ni sebab dia kata geli dengan janggut sutun yg berjurai2 tu tak gamak nak makan...hmmm rugilah sedap sebenarnya sotong ni kan... kalau dapat sotong celup tepung...pergh!!  Akak ni kalau cerita bab makan laju jer... buruk lantaks...hehehe 


Paprik sotong

Bahan-bahan:

4 ekor sotong saiz sederhana
halia
serai
daun limau purut
bawang putih
bawang besar
bunga kobis
kacang panjang/buncis
sos tiram
sos cili
sos tomato
cili kering / cili padi
garam
sedikit tepung jagung - bancuh dengan air

Cara-cara:
Bersihkan sotong, buang kulit, hiris bulat, cuci, toskan.tumis bawang putih dan halia yg ditumbuk kasar.
Masukkan bawang besar (hiris kasar), tumis-tumis kejap.
Masukkan cili, kacau...kacau...kacau...masukkan serai (ketuk),
masukan sos tiram, sos tomato, sos cili dan kacau rata.
Masukkan air sedikit, kacau hingga mendidih.
Masukkan sayur-sayuran..biar hingga layu. Kacau.
Masukkan masukkan sotong,daun limau purut, kacau rata.
Masukkan garam secukup rasa.
Akhir sekali, curah air tepung jagung. kacau 2-3 minit, angkat dan hidang.

No comments:

Post a Comment