Pages

Friday, November 4, 2011

Bingka roti berjagung


Salam Jumaat semua... apa jua yang kita lakukan semoga mendapat keberkatan dari Yg Maha Esa... lebih-lebih lagi di bulan Zulhijjah yg sangat banyak fadhilatnya...

"Tiada sesuatu hari yang mana orang beramal soleh di dalamnya yang lebih disukai Allah daripada hari-hari ini (yakni permulaan Zulhijjah dari 1 hingga 10). Sahabat bertanya: Walaupun jihad fisabiliLlah ya Rasulullah? Jawab Rasulullah SAW.; Walaupun jihad fisabiliLlah kecuali seorang keluar dengan membawa semua hartanya dan tidak kembali sama sekali (yakni habis hartanya dan mati)." Tahniah... kepada yg berpuasa...


Jom jengok ke dapur... Pemanis mulut hari ini bingka roti berjagung... (hehehe....alangkah comotnya bingka ku ini.... heee terlembek laaa....).  Sebenarnya dah ramai yg buat kuih ni, nampak sedap dan cantek sekali.  Jom layan resepinya... minta halal yer tuan punya resepi nak share di sini pulak... terima kasih...

BINGKA ROTI JAGUNG
Sumber : Qistina

Bahan-bahannya:


3 biji telur gred A
150gm gula castor
100gm mentega, dicair dan sejukkan (cik mat guna 70gm je)
1/2 camca teh garam
300gm roti putih, didadu kecil
200gm tepung gandum
1 liter santan (hana campur susu segar)
1 camca teh esen vanilla
200gm jagung krim dalam tin

Cara:
Dalam satu bekas, satukan telur, esen vanilla dan gula, kacau hingga larut. Tambah mentega cair dan masukkan tepung dan garam, kacau rata. Tuang santan dan kacau hingga sebati.

Masukkan roti tadi dan biar terendam selama 15-20 minit. Masukkan jagung krim, kacau hingga rata dan tuang dalam acuan kuih bingka yang telah disapu mentega dan alas dasarnya dengan aluminium foil, sapu juga aluminium tadi dengan mentega.

Bakar dalam oven pada suhu 180C, selama 1 jam atau pun hingga masak. Biarkan kuih betul2 sejuk sebelum dikeluarkan dari tin dan dipotong.

9 comments:

  1. MIL ayu dah dapat 7 hari berpuasa...
    esok pun kalau ada keizinan dia akan teruskan.
    ayu dapat cuti besor.. maka, rugi sangat..

    kak gee

    aduhhhhhhhhhhhhh.. sangat mencairkan air liur ayu..
    mana nak cari nie...

    ReplyDelete
  2. Salam ziarah gee...Liza mmg suka benda2 berjagung cmni...peberet giler tu....hihihi

    ReplyDelete
  3. Kak gee..mieza suka dengan bingka..belum pernah try letak jagung..len kali kalo ada roti lebih leh la cuba :)

    ReplyDelete
  4. salam Kak Gee, sedapnyer ..Tun belum pernah try lagi ni..mesti best

    ReplyDelete
  5. salam Kak Gee, sedapnyer ..Tun belum pernah try lagi ni..mesti best

    ReplyDelete
  6. slm adiladha k'gee...emm, sedapnyer bingka roti ni, ada jagung lg tu..lg la sedap ni

    ReplyDelete
  7. As'salam Gee

    ct nak makan kerak2 bingka roti tu dulu, baru makan isi yang lain...hehehe

    Selamat Hari Raya Aidiladha buat Gee sekluarga :)

    ReplyDelete
  8. kenapa asik nampak bingka roti aje lately ni? semua musim nak buat bingka roti la kot....tak tahan godaan betol la...kalau ada jagung mesti lagi sedap tu..wangi2 aje baunya...

    ReplyDelete
  9. bingka roti berjagung... nampak sedap.. diana x perna lagi buat.. menarik ler resipi nie akak...

    ReplyDelete