Pages

Saturday, December 3, 2011

Kari ikan tongkol


Salam pagi Sabtu semua.... apa menu sarapan hari ini yer? Mesti hidang juadah yang sedap-sedap untuk keluarga kan... musim cuti sekolah inilah peluang untuk masak2 yg istimewa untuk anak2 dan keluarga... seronok dapat makan beramai-ramai.... cuma yg tak tahan tu bab nak berkemas .... hisyyy paling tension.... tapi sudah jadi tanggungjawab... tension pun kena buat juga kan.... yg penting kita ikhlas ....


Kari ikan tongkol ini juadah makan malam semalam... kami sekeluarga memang fav kalau kari ni... selalunya kalau ada baki kari esoknya cicah dengan roti canai pulak.... sedap....


KARI IKAN TONGKOL

1 ekor ikan tongkol

1 biji bawang besar } tumbuk
3 bawang putih }  tumbuk
1 inci halia } tumbuk
4 - 5 helai daun kari
5 biji bendi / terung
2 sdb rempah kari
2 sdb cili giling
2 sdb air asam jawa
1 mangkuk santan 
garam

Cara-cara 1.panaskan minyak lalu tumiskan bawang besar, bawang putih & halia yg ditumbuk dan masukkan daun kari. 2.setelah naik bau tambahkan campuran paste rempah kari ikan & cili giling hingga pecah minyak. 3.masukkan ikan tongkol dan sedikit air. 4.biarkan mendidih seketika. selepas 5 minit, tambahkan bendi/terung, air asam jawa, santan dan garam. 5.setelah sayur empuk tutup api. Siap di hidang.

3 comments:

  1. Salam Gee,gulai ikan tongkol makan dgn nasi dagang.Buat kak ros teringat kpg.

    ReplyDelete
  2. betul macm kata kak ros tu kak gee, teringat nasi dagang. memang sedap makan dengan gulai ni...

    ReplyDelete
  3. salam gee...perggghhh bkn setakat nasi dagang jer, nasi berlauk pun ok gak ni....hihihii

    ReplyDelete