Pages

Friday, December 23, 2011

Lapis keladi... yang fail


Assalammualaikum...salam Jumaat semua... Jumaat yang penuh rahmat... marilah kita mengambil keberkatan hari Jumaat ini utk lebih muhasabah diri.. dekatkan diri dgn Allah Ta'ala...semoga kita lebih dimurahkan rezeki dan berada di kalangan orang2 yang terbaik...…..selamat menjalani Penghulu Hari yang diberkati…..




Resepi kuih lapis keladi dari Chef hanieliza... tapi yang kak gee buat ini terlembek sikit... itu yg fail tu... masa nak potong tak susah tapi masa nak snap gambar nampak comot... mungkin kak gee guna loyang kecil jadi lapisannya tinggi sangat dan kuih tu tak nak berdiri tegak asyik nak tumbang aje... so untuk memudahkan kak gee ambil gambar kak gee terpaksa try 2 alternatif... satu baringkan dia... dan satu cara lagi asingkan jadi dua tingkat saja... yg sebenarnya ada 6 tingkat... hehehe


KUIH LAPIS KELADI

Resipi : Chef Hanieliza

Bahan A:

2 cawan tepung gandum
2 s/b tepung beras
2 s/b tepung jagung
1/2 cawan gula
2 cawan santan
1 s/k garam

Bahan B

1/4 cawan air
1 s/b pes keladi
pewarna purple

Bahan C

1/2 cawan keladi parut
1/2 cawan air

Cara:

1. Gaulkan semua bahan A dan tapiskan.
2. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
3. Masukkan bahan B dalam 1 bahagian.
4. Masukkan bahan C dalam 1 bahagian.
5. Panaskan kukusan dan lapikkan plastik dalam loyang 8 x 8 inci yg akan digunakan.
6. Masukkan 1 cawan adunan bahan B dan kukus selama 5 minit.
7. Lapiskan 1 cawan adunan bahan C dan kukus semula selama 15 minit.
8. Lapiskan adunan bahan B dan adunan bahan C berselang seli sehingga adunan habis.
9. Sejukkan selama 4 - 5 jam dan potong untuk dihidangkan.


hehehe.... rumah pangsa


4 comments:

  1. waalikumusalam kak gee

    aduhhhhhhhhh
    tak ada yang failnya pun kak.. kalau lembik lagi ayu suka..
    mai sini.. ayu nakkkkkkk sepiring..

    wahhhhhhhhhhh cantik2 pulak tu

    ReplyDelete
  2. As'salam Gee

    Apa yang fail nya cun dah tu. sedapnya kalau dapat makan sama2 denag Gee ni. mintak lah 2 ketul tu, seketul memnag tak cukup nanti..hehehe

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Kak Gee...Mana yang failnya kak...ok je nampaknya..sedap tak..? mestikan..Haaaa kalau dah sedap tu kiranya menjadilah tu...Lapis dia pun cantik, sama jeeeeee

    ReplyDelete
  4. Kak gee,
    Kalau ada lebih hantar sini, confirm habis punya...

    ReplyDelete