Tuesday, May 31, 2011

Jering oh jering...

Salam semua... tak tahu kenapa tak boleh nak post comment... google ada problem kot... dah cuba 2,3 kali asyik keluar menu yg sama... adoyaiii.... huh..!! layan jering aje laaa....


Sambal Jering Semai

Bahan-bahan:)

15-20 keping jering semai
300 gram cili padi ( ditumbuk lumat)
300 gram ikan bilis
4 ulas bawang merah (tumbuk bersama cili padi)
1 biji bawang besar (mayang bulat)
garam, gula
asam keping 
minyak untuk menumis

Cara-cara 1.bersihkan jering semai dan hiris nipis 2.Panaskan minyak dan tumis bahan yg ditumbuk.  3.Masukan jering, ikan bilis garam,gula serta asam keping. 4.tambahkan air dan masak hingga jering empuk 5. akhir sekali masukan bawang besar yang telah dimayang tadi. 5.kacau sehingga kuahnya sedikit kering dan bolehlah diangkat dan sedia untuk dihidang bersama nasi panas dan ikan pekasam....

Masak tempoyak patin Temerloh

Salam siaran... ingat lagi tak kes makan ikan patin Temerloh smpai RM13 ribu itu hari....? haa...memang terkejut semua orang dibuatnya... tapi dengar cerita orang Temerloh, memang patut la harga tu sebab mereka tu ramai dan mereka2 tu makan macam2 lauk bukan ikan patin semata... loorr.... patut la sampai 13 ribu punnnnn.....

Ok lah...kita tengok pulak menu akak hari ni yer...Masak tempoyak patih Temerloh.... yang ini taklah rm13 ribu cuma rm13 jer se kg... akak beli di Pasar Tani Temerloh baru2 ini... kebetulan balik dari kampong ituhari terus singgah pasar tani Temerloh.  Seronok tengok pasar tani di sini, ramai orang2 kampong berniaga di sepanjang Sg. Pahang.  Ada macam2 sayur kampong dijual di sini...sempat la akak beli jering semai, pisang berangan, terung telunjuk dan bantal kekabu pun akak beli jugak...hehehe


Jom kita intai2 resipinya...

Masak tempoyak patin Temerloh

Bahan-Bahan utama:

Satu ekor ikin patin (patin sangkar)
2 ulas kunyit hidup (ditumbuk halus)
20 biji cili api (ditumbuk halus)
2 senduk tempoyak (agak2, nak pekat letak lebih lagi)
1 biji timun cina (dipotong dadu)
2 ikat daun kesum
3 cawan air (ikut kepekatan)
garam (ikut rasa)
gula (kalau agak terlalu pedas)

Cara:

ikan dibersihkan dan diperapkan dengan air limau nipis untuk menghilangkan bau hanyir. kunyit hidup, dan cili api ditumbuk halus dan digaulkan dengan tempoyak tadi masukkan kedalam periuk yang diletakkan air gaul sehingga rata masukkan juga asam keping, letak atas api dan biar 3 minit baru masukkan ikan yang terlebih dahulu dibersihkan, masukan daun kesum dan timun cina tadi, sambil itu masukakn garam, jangan terlampau masin, kalau agak2 pedas sangat masukkan gula sikit.


Sunday, May 29, 2011

Sambal kentang ikan bilis

Malam ini malas nak memasak...buat sambal kentang ikan bilis saje makan sorang2 ... anak2 ikut hb pergi kenduri...

Jom layan resepi mudah ini....

Sambal kentang ikan bilis

3 biji kentang
5 biji cili padi - ditumbuk
1 biji bawang besar - ditumbuk
1 sudu sos tiram
Segenggam ikan bilis
Garam
Minyak

1. Kupas kentang dan potong kecil.  Kemudian goreng.  Ikan bilis juga digoreng garing. 
2. Tumis bahan2 ditumbuk hingga garing.  masukkan garam dan sos tiram.
3. Masukkan kentang & bilis yg digoreng ke dlm bahan tumisan dan gaul rata.
4. Angkat dan hidangkan.


Jemput laa...

Assalamualaikum... apa khabar semua? tentu seronok bila cuti sekolah begini anak2 berlonggok di rumah... terhibur dengan senda gurau dan hiruk pikuk mereka...cuma kekadang tu terasa letih dek kerana tak kering tangan dibuatnya dengan sinki dapor yg sentiasa penuh... huuuu

Petang tadi sempat buat jemput2 pisang untuk anak2... hajat hati beli pisang ni nak buat banana choc bottom cake yg tengah pemes sekarang ni di blog2 tukang masak... tapi tak kesempatan lagi sibuk bebenor dengan kain baju yang budak2 bawa balik dari asrama... rasanya 3,4 hari ni washing machine tu tak berehat laaa....nasib ko la mesinnnn

Jemput2 pisang

10 biji pisang emas
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung kek/self raising flour
1 sudu gula
minyak masak

Cara :) hancurkan pisang dan masukkan kedua2 tepung dan gula.  Gaul rata.  panaskan minyak 
dan sudukan adunan, goreng hingga garing dan berwarna kecoklatan. Angkat dan boleh dihidangkan.

Saturday, May 28, 2011

Friday, May 27, 2011

Jom colek jom cuti...

Assalamualaikum... Selamat datang cuti sekolah penggal kedua...musim cuti sekolah sinonim dengan musim walimatul urus... oiiiit... 5,6 jemputan kahwin hujung minggu ni...esok pun nak ke KL majlis sambut menantu anak sedara hb... tahniah la pengantin sekalian dan selamat melayari bahtera rumahtangga lah yer...

Ops...ada satu lagi musim laaa... musim buah mangga atau buah mempelam atau buah pauh... adik beradik la tu...
Jom layan colek sos pencicah mak bee...  

Nasi goreng hot

Sarapan pagi hari ini nasi goreng lada hitam dengan keropok.  Biasalah nasi goreng memang hidangan sepanjaang zaman...Ringkas dan mudah kan...? tapi resepi ini teramat lah podehhh... tak tahu la tekak ni kalau makan tak podeh macam tak sah aje... berpeluh nak perabih satu mangkuk... pergh...hot hot !!

Macam dalam pantang pulak makan lada hitam... ituhari ada rakan sepejabat buat nasi goreng cam ini, sedap sangat.. itu yg buat pulak... anyway thanks azie...

Nasi Goreng Lada Hitam

1 mangkuk nasi sejuk
2 sudu minyak masak
1 biji telur

Bahan ditumbuk :) 
5 biji cili padi
5 ulas bawang merah
1 sudu lada hitam
sedikit belacan
segenggam ikan bilis

Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 yg ditumbuk.  Biarkan garing sedikit, kemudain masukkan telur sambil dikacau-kacau. Masukkan nasi serta sedikit garam gaulkan rata-rata.  Bila telah masak angkat dan bolehlah dihidangkan. Semasa menghidang.

Agar2 kacang hijo

Salam Jumaat semua... nak share fadhilat Jumaat sebagaimana yg diriwayatkan di dlm hadis bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: Siapa membaca pada pagi Jumaat sebelum solat Subuh, Astagh Firullahalladzi la ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilahi’ tiga kali, nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di laut...


Ok kita cerita pulak kisah n3 hari ini....agar2 kacang hijo.... ermmmm nyamannya lalu kat tekak...sejuk manis dan yummy!!!  semalam tayang kat fb tapi tak sempat nak post ke blog sebabnya mengantuk sangat, tak sedar tertidur depan tv sampai pkl 11.  Ops tak sangka pulak fren kat fb dh tanya resipi...ahaks terliur ke?

Jom salin resipi nya.

Agar2 kacang Hijau

1 cawan kacang hijau - direbus dan toskan airnya
10 gm agar2 serbuk
1 cawan gula
1 cawan santan
1/2 cawan gula merah
1 litre air
2 biji telur -
Daun pandan

Caranya :)
1. Masukkan agar2, daun pandan dan air ke dalam periuk dan didihkan. 
2. Kemudian masukkan gula, gula merah dan kacang hijau. 
3. Di satu mangkuk yg lain satukan santan dan telur.
4. Curah ke dalam periuk agar2 tadi.
5. Kacau rata dan biarkan menggelegak, tutup api.
6. Curah ke dalam loyang atau acuan yang disukai dan biarkan sejuk.

Thursday, May 26, 2011

Cencaru goreng massala

Adehhh....nak masak apa yer malam ini? Selongkar dalam peti es hanya ada ikan jaket aje...ohoo ikan jaket nama timangan ikan cencaru masa kat kolej dulu...time tu kalau menu ikan jaket sure masing2 ikat perut rela tak makan...kononnya ikan jaket tawar la keras la tak sedap la hape laa.... tup2 sekarang ikan ini juga jadi pujaan hati....

Makan ala kadar aje lah malam ini....Ikan cencaru goreng massala...bedal aje lumur ikan tu dengan rempah massala ...sedap jugak

Cencaru Goreng Massala

2 ekor ikan cencaru
3 ulas bawang putih
1 cm kunyit hidup
1 cm halia
2 sudu rempah massala
garam

Cara:) Ikan dibersihkan.  Bawang putih, halia dan kunyit hidup ditumbuk halus, tambahkan garam. gaul /lumurkan bahan2 tumbuk ke atas ikan bersama rempah massala. Goreng hingga garing.  Sedap dicicah dengan sambal kicap atau air asam.  

Sambal udang bunga ros

Jom layan sambal udang bunga ros... alahai bunga2 lagi... ini menu makan malam kami semalam...bunga ros tu saje jer buat hiasan..puas fikir macamana nak hias, tangan tak seni nak gubah2....nasib baik ada buah tomato sebiji... kupas kulit dan pulas2 jer smpai jadi bunga ros.... tara!! ok tak? 

Resepi Sambal Udang

1/2 kg udang kertas
5 ulas bawang merah
1 biji bawang besar
Sedikit belacan
6-7 sudu besar cili kering mesin
Sedikit asam jawa
Garam, gula
Cara-cara 1.Tumbuk bawang & belacan hingga lumat. Campurkan dgn cili mesin. Panaskan minyak & tumis sehingga betul2 garing & wangi. 2.Masukkan udang, bawang besar, garam & gula secukup rasa. Kacau sehingga layu sedikit. Masukkan air asam jawa. Biar sebentar sehingga pekat.  3.Hidangkan dgn nasi panas. Akak minat makan dengan ikan goreng sekali. Fiuh... meleleh air liur....

Wednesday, May 25, 2011

Cekodok penyek

Selamat petang semua...petang2 begini dengan cuaca yg panas dan perut yg sudah kenyang...ahhhh mengantuknya.... nak buat kerja pun malas bebenor... jom layan menu minum petang kelmarin... cucur jagung @ cekodok penyek... bukan ayam penyet taw!!

Ini jagung mutiara beli di pasar malam, dah dekat seminggu dok menyorok dlm peti ais. Nak buat bubur sikit sangat... godek2 buat cekodok cicah dengan sos cili thai, errmmm sedap....



Cucur jagung @ Cekodok Penyek

Bahan-bahan :


8 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung goreng pisang Adabi
1 tongkol jagung (diambil isinya)
1 biji cili merah (dihiris)
daun kucai
2-3 biji bawang merah
garam secukup rasa
sedikit serbuk kunyit
air secukupnya
minyak masak secukupnya untuk menggoreng

Caranya :
Panaskan minyak di dalam kuali.
Sementara itu campurkan kesemua bahan2 kecuali minyak ke dalam mangkuk (air dimasukkan sedikit demi sedikit sehingga cukup kepekatannya untuk cekodok). Sudukan (jemput guna tangan lagi best) dan goreng sehingga kekuningan. Apabila sudah masak, bolehlah dinikmati bersama sos cili.


Huwaaaa.....dapor tak berasap

Huuuuu...sudah 2 hari tak ada air....macamana nak masak ni...? kedai makan pun banyak yg bertutup dek kerana masalah air ni.  harap2 petang ini settle lah masalah air... rimas betul laa....

Hepp...!! jangan fikir yang bukan2 pulak tau... lauk ketam ni bukan masak semalam tau... ini menu minggu lepas...sengaja tak posting sebab gmbar tak memuaskan lagipun lauk biasa2 aje tapi dek kerana nak update jugak blog harini...so hantam la labuu....heeee sori ek peminat... kot2 ada peminat laaa


Ketam Masak Lomak

Bahan-bahan:)
4 ekor ketam
1/2 labu bawang besar dibelah 3
1 batang serai dititik
10 - 15 biji cili padi ditumbuk halus
1 keping asam gelugor
2 sudu kecil serbuk kunyit
1 paket santan 
garam secukup rasa
Air secukupnya

Cara-cara :) 
1.Masukkan ke dalam periuk - ketam, cili padi, asam keping, serai, kunyit, bawang besar dan sedikit garam. Masukkan air, cukup untuk pastikan ketam tenggelam. Nyalakan api, biarkan mendidih, kacau sekali sekala hingga semua ketam bertukar warna menjadi merah. Masukkan sebuk santan, kacau hinga larut. Kacau berterusan selama 5 - 10 minit. Tambah garam secukup rasa. Sedia utk di hidang.

Tuesday, May 24, 2011

Meh makan munger...

Hehehe...ada ke orang makan munger? Adaa.... munger kantan laaa... sambal bunga kantan, sedap woooo!! sampai berapi telinga keluar asap...podehhhh tapi syedappp...!!

Ini menu makan malam semalam... sambal bunga kantan dengan ayam masak kicap dan ikan pekasam...erk!! alhamdulillah...kenyang banget....

Kalau sesiapa teringin nak buat, boleh semak resipinya di sini yer... klik jer

Bun pandan kaya


Salam semua...mmmm teringin nak makan roti la pulak... bread maker pun dah lama relax aje....jom kita operasi exercisekan si bm tu...


BUN PANDAN KAYA
Sumber c&p: Hasue

BAHAN-BAHANNYA :-)

350 g tepung roti (high protein flour)
200 ml air sejuk (dari peti sejuk)
50 g gula halus
1/2 camca teh garam halus
3 camca teh instant yeast
1 camca teh bread improver
20 g serbuk santan
1 camca besar susu tepung
1 biji telur kecil (mat guna telur biasa, kacau sedikit dan timbang 40g)
30 g mentega
1 camca teh pandan paste


BAHAN HIAS :-)

Kelapa kering secukupnya
Seri kaya secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)

UNTUK DOH :- Satukan semua bahan2 diatas kecuali mentega dan bahan hias ke dalam mangkuk adunan. Gunakan hook dan putar pada kelajuan sederhana hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus memutar hingga mendapat doh yang kenyal dan elastik (doh memang agak lembut), tutup dengan plastik cling dan biarkan 1 jam. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 diatas kecuali bahan hias ke dalam Bread Maker dan pilih setting untuk doh, tekan "on" dan tunggu hingga siap...

Tumbuk dok untuk membuang udara. Bahagikan kan doh kepada 16 bahagian yang sama besar, bulat2kan doh dan susun dalam loyang (mat guna loyang bersaiz 11 x 11 x 2 inci). Tutup dengan kitchen towel bersih dan biar naik selama 45 minit - 1 jam.

Spray sedikit air atas permukaan roti, tabur kelapa kering dan paipkan serikaya (masukkan seri kaya dalam plastik bersih, dan gunting sedikit muncungnya) atas roti tadi...ikut lah style memasing yeaa...

Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 20 - 25 minit (mat bakar 30 minit)...Bila masak, keluar dari tin dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan....