Thursday, June 30, 2011

Karipap pusing ~ air tangan bonda

Assalamualaikum dan salam ceria semua...mari kita senyum sama-sama..

Senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri

Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum... kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum... membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah
Ikatan... 

 Cuba tengok karipap pun pandai senyum....heeeee....macam kerang bucuk dia menyeringai kat situ...

Ok menu sarapan kami pagi ini karipap pusing air tangan bonda... memang karipap ni fav bonda akak tapi dia fav bab buat aje yg bab makan tu fav anak dia...heeee akak laaa.....kikkikkik....  Bonda akak memang terer buat karipap pusing2 ni, rangup dan garing...  akak tolong buatkan inti jer semalam...  letih sangat badan terlelap awai... z z z z z z


Karipap Pusing

Bahan-bahan

Doh A
marjerin
150 gm
300 gm tepung gandum

Doh B
700 gm tepung gandum
satu sudu kecil garam
air (ikut lembut doh)

Inti
1 kilo ubi kentang - potong dadu
4 ketul isi ayam - potong dadu
2 biji bawang besar - potong dadu
4 ulas bawang putih
2 sudu rempah kari - bancuh dengan sedikit air
1 sudu cili mesin
Garam dan gula
Minyak
Daun sup & daun bawang

Cara membuat inti:
*Tumiskan bawang putih yg ditumbuk bersama sedikit udang kering. 
*Masukkan bancuhan rempah kari dan cili mesin.  masukkan pula yam yg didadu.  Biarkan seketika.  kemudian masukkan kentang dan bawang dan kacau sebati. 
*Tambahkan sedikit air dan biarkan sehingga kentang empuk. 
*Campurkan garam dan gula.  Masak sehingga agak kering dan masukkan daun sup & daun bawang yg dimayang halus.  Gaul sebati dan bolehlah diangkat.  Sejukkan.

Cara-cara membuat kulit karipap:
 1. Satuka bahan A dan uli sehingga sebati.  Bentukkan bulat, jadikan 6 doh kecil
2. Satukan Bahan B dan uli hingga sebati dan licin dan bhgkan kpd 6 doh kecil.
3. Ambil doh biasa canaikan sedikit jgn besar sgt dan letakkan doh Adi atasnya dan balut semula menjadi doh yg besar. Buat sehingga habis keenam-enam doh itu. 
4.  Ambil doh yg telah di jadikan satu tersebut dan terap/canai hingga nipis.  Bonda akak gunakan mesin membuat mee untuk mencanai doh ini.  Biarkan ia menjadi lonjong
5.  Ulangi sekali lagi menggulung seperti tikar.  Buat sehingga habis. 
6. Selepas itu, potong kepada beberapa bahagian yg kecil mengikut saiz karipap yang dikehendakki dan canai nipis. 
7.  Letakkan inti karipap dan kelim tepinya. 
8.  Goreng dalam minyak yg penuh dengan api perlahan.

Wednesday, June 29, 2011

Asam pedas ikan bernenas

Hmmmm...malam tadi akak makan nenas lagi....asam pedas ikan kembong bernenas... Siangnya makan colek nenas malam asam pedas nenas pulak...boleh gitu? Ada akak terbaca petua orang dulu2, nenas boleh menghilangkan kelemumur...caranya parut dan ambil airnya dan lumurkan atas kepala, biarkan seketika dan kemudian cuci...insyaallah hilang kelemumur.... Satu lagi petua, nenas juga boleh melembutkan daging... caranya kupas kulit nenas dan parut bersama empulurnya sekali... gaulkan bersama daging yg hendak dimasak lebih kurang 10-15 minit...lembutlah daging...cubalah...

Ok mari kita tengok resipi pulak yer...

Asam Pedas Ikan bernenas
Bahan-bahan

1 biji nenas sederhana besar, seelok2nya yg masak dan manis
3 ekor ikan kembong, dibersihkan.
3 sudu cili kisar
3 ulas bawang putih*
6 biji bawang merah kecil*
1/2 cm halia *
1/2 inci kunyit hidup*
Belacan sebesar ibu jari
1/2 camca teh garam
1 camca besar asam jawa, dibancuh dgn 1 cawan air
Daun kesom
Sedikit gula
Minyak untuk menumis

Cara-cara :)

1.Nenas dikupas kulitnya dan belah 4. Kemudian dipotong kecil2.  Buang empulurnya. Ketepikan 2.Panaskan minyak dalam periuk.  Tumis bahan2 tumbuk hingga wangi. Masukkan cili kisar dan terus menumis hingga terbit minyak. 3.Masukkan nenas dan kacau goreng dalam rempah2 tadi sebentar. Tuangkan sedikit air. Biarkan mendidih dan masukkan ikan. 4.Perlahankan api dan masukkan jus asam jawa, dan daun kesom dan biar mendidih. Rasa kuahnya. Jika kurang garam boleh lah ditambah dgn sedikit lagi garam. Masukkan sedikit gula dan serbuk perasa jika suka. 5.Biarkan mendidih 5 minit lagi dan boleh lah dimatikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan ulam2 sampingan.

Tuesday, June 28, 2011

Nenas colek

 Sekali sekala layan colek ni sodap juga kan...?

 Nenas + kicap + gula + cili merah .....dan sedia di ngap!!

Lalalalala.....

Siapa nak kena bom...??


Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa

Haaa...apahal lak senyum semacam jer tuh... owww kutuk kuih bom akak ni yer? tak baik tau... tak tidur malam akak mengebom semalam... mood rajin....


Sambil senyum2 tu mari tengok resipi  yer...layannnn

Kuih Bom Keledek
Sumber : MaDiHa 
Ubahsuai : gee-hut

Bahan Doh
1 cawan keledek rebus yg dilecek
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung pulut
air secukupnya
Sedikit garam
bijan secukupnya (akak guna bijan putih dn hitam)

Cara2

Bancuh keledek lecek bersama tepung hingga rata. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga rata. hingga dpt doh yg lembut. Ambil doh sebesar bola pimpong dan leperkan. Masukkan inti dan tutup lalu dibulat2kan. Salut dengan bijan dan kepal2 supaya bijan elok melekat. Goreng dlm minyak yang panas

Bahan Inti
1 biji kelapa parut yang muda
gula merah secukupnya (ikut manis yg anda mau) ~ masak dlm periuk dengan 2 cawan air kemudian ditapis habuknya.
2 sudu tepung pulut untuk melikatkan inti (akak guna tepung gandum)
2 helai daun pandan

Cara2 memasak

1. Tuangkan air gula merah ke dalam kuali dan masak.
2. Campurkan terus kelapa parut & daun pandan.
3. Masak hingga air agak kering.. taburkan tepung pulut ke atas inti rata2 dan gaulkan rata sambil dikacau2.
4. Rasakan inti.. jika kurang manis.. boleh tambah gula pasir hingga dpt manis yg anda suka.
5. Biarkan inti agak kering dan bolehlah digunakan.

Bila malas-malasan...

Malam ni mood kurang elok laa... entah mengapa angin malas datang pulak.... mungkin penyakit orang pompuan yg tiap bulan tu kot... ops!! syyyyy

So dinner malam ni menu cepat dimasak sedap dimakan....hahahaha...tu dia!! cekodok kentang cicah sambal sardin.  Meh nengok resipi...


Cekodok kentang

2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung self raising
1 biji kentang - potong dadu
1 biji bawang - hiris nipis
1 batang daun bawang - potong kecil
1 biji cili merah - hiris nipis
1 cawan ikan bilis - tumbuk halus
Air
Garam
Minyak

Masukkan semua bahan di dalam mangkuk dan gaul hingga sebati.  Panaskan minyak dan masukkan cekodok bulat2. Masak hingga kekuningan dan garing.  Angkat dan toskan.  Sedap dimakan bersama sos cili atau sambal sardin atau sambal kicap... cubalah.

Monday, June 27, 2011

Kuih keria @ kuih gelang

Alahai...jeles tengok donut pisang dik izah yg montoks dan gebu tu...hish..!! tak tahan betol la bila bw pepagi mesti telan air lioq punya... pastu mulalah berangan balik kerja nanti nak masak bagai2... sampai ada orang tanya hari2 masak dan ambil gambar tak letih ke...? hehehe...kalau kita buat perkara yg kita suka memang tak rasa letih pon malah sangat suka lebih2 lagi bila tengok kuih / menu yg kita masak tu elok menjadinya... tambah kalau kena puji... perghhh!! kembang semacam jer ***tot....  hehehe

Ini kuih keria menu minum petang semalam... keledek kaler oren... cantik kaler oren tu sampai ada orang tanya keledek perisa oren ke...? no lah... kaler jer oren rasa tetap keledek juga... Kalau buat kuih keria ni yg paling akak tension masa nk buat sira gula tu...tak pandai2... at last guna gula halus ala donut aje lah...Ok jom layan resipi pulak yer...


KUIH KERIA @ KUIH GELANG

 500 gm keledek- dikupas kulit dan potong kecil
1 cawan tepung gandum

Cara membuat doh:
1. Rebus keledek dalam air yang banyak sehingga empuk. Toskan dan terus lecek masa keledek panas hingga hancur.  Sejukkan 5 minit.

2. Masukkan keledek lecek tadi ke dalam mangkuk. Campurkan tepung sedikit demi sedikit dan uli hingga tidak melekat lagi di tangan.  jangan masukkan tepung banyak sangat nanti keras dan kurang rasa keledeknya.

3.  Bentukkan bulat2, leperkan sedikit & buat lubang di tengahnya.  Buat hingga habis semua doh.

4.  Goreng di dalam minyak yg penuh dengan api yg sederhana sehingga masak dan kekuningan.

Cara membuat sira gula:

1/4 cawan gula pasir dicampur 1/4 cawan air. Masukkan dalam kuali dan kacau hingga mendidih. Gunakan api sederhana. Kacau sentiasa hingga air gula agak pekat. Perlahankan api tapi pastikan air gula sentiasa mendidih. Masukkan semua kuih keria dan terus mengacau hingga menjadi sira. Tutup api. dan sejukkan kuih.

Jom sandwich

Salam Isnin semua... harap semuanya sihat-sihat belaka... wah-wah seronok yer bercuti hujung minggu dengan famili & shopping lagi...shopping baju raya dah? Ok lah tu, nanti bulan puasa tak perlu lagi nak berebut-rebut beli baju raya...boleh lah buat amalan bulan Ramadhan tu lebih sikit, ye tak...lagipun letih nk berjalan bulan puasa maklumlah cuaca panas jalan sesak sampai kering tekak dibuatnya... silap2 dapor tak berasap alamat shopping di bazaar ramadhan jer laaa.....


Ok lah hari ini kita sarapan sandwich telur dan sardin... senang dan cepat disediakan.  Jom layan....


Sandwic Telor
 6 keping roti
2 butir telur - rebus
1 sudu kecil mayonis
Garam / serbuk lada hitam
Timun/ tomato ( dihiris )
Mentega untuk disapu pd roti

Cara-cara 1.Hancurkan telur. Perasakan dengan garam atau serbuk lada hitam. 2.Campurkan dengan mayonis dan kacau rata. 3.Sapukan roti dengan mentega dan ratakan adunan telur di atas roti. 4.Aturkan hirisan timun atau tomato. Lapik dengan sekeping roti lagi. 5.Potong mengikut bentuk yang disukai


Sandwich Sardin

1 tin kecil sardin

6 keping roti
1 biji bawang besar (dhiris)
2 biji cili padi
Garam
Timun & tomato yg dihiris nipis
Cara-cara 1.Panaskan minyak dlm bekas kuali 2.Masukkan bwg2 n cili dan gaul rata. 3.Kemudian masukkan sardin yg tlh dhancurkan tadi dan sebatikn dgn bwg2. 4.Gaul rata & masukkan bhn perasa sckpnya. 5.Tutup api. 6.Ambil 2 keping roti tadi dan letakkn sedkit sardin yg telah dmsk ke ats roti n ratakan. 7.Kemudian, masuk timun n kobis (mcm buat burger) 8.Lapiskan sekeping lagi roti ke atasnya dan siap untuk dimakan....

Sunday, June 26, 2011

Pulut sambal

Hari ini akak breakfast pulut tanak dengan sambal bilis.  Ini menu layan si kecik eQa tu ler... ikutkan hati malas nak makan pulut sebab orang kata makan pulut mengantuk... ye ke ? nak tahu kenapa? makanan yg tinggi karbohidrat seperti pulut, nasi dan ubi menggunakann banyak tenaga untuk proses penghadaman sebab itulah badan jadi letih dan mata mengantuk... oic faham sudah...

Tapi satu kelebihan pulut ni boleh melembut dan mencantikkan kulit... kalau tak percaya ce tengok mek2 siam tu gebus jer kulit muka diorang kan.... haaa makan beras pulut la tuh....


Pulut Sambal Bilis

1 cawan beras pulut - bersihkan dan masukkan dalm periuk.  Isikan air dan masak seperti masak nasi. 

Sambal Bilis
1 cawan ikan bilis - dibersihakan dan goreng garing

Bahan dikisar
4-5 ulas bawang merah
1 mangkuk cili kering
Garam, gula
Sedikit sos tiram
minyak

Panaskan kuali dan masukkan minyak.  Tumis bahan yg dikisar sehingga naik baunya.  masukkan garam, gula dan sedikit sos tiram.  Biarkan sehingga garing dan naik minyak.  Masukkan ikan bilis yag sudah digoreng garing tadi.  Angkat dan boleh dihidangkan bersama pulut tanak.

Saturday, June 25, 2011

Talam cendol

Mari mari makan talam cendol... akak belanja...horay!! seronok kan dapat makan dengan kawan2 tambah pulak free...bertambah2 sedapnya... Sebenarnya dah lama teringin nak buat kuih ni, dok belek2 sajian kat dapor ayu singapore tu, berkenan sangat... kalau ikutkan hati semua yg dipandang semua terliur... huh!! pening dibuatnya....macam mana nak diet camni asyik layan tekak aje kan...

 Talam cendol yg diskodeng di dapor ayu tu ada tambah jagung manis, akak tak letak...sengaja nak rasa keenakan cendol 100%... kalau tambah jagung nanti bimbang tak cukup seloyang sedap punyer pasal... 


Tumpang letak resepi di sini yer Ayu...thanks

Talam Cendol
Sumber : Ayu Singapore

Bahan-bahan


80gm cendol
100gm jagung manis dalam tin (akak tak letak)

Bahan Lapisan Bawah
60gm tepung beras
30gm tepung hoen kwe
100gm gula halus-(Ayu gunakan 80g)
1/4 sudu teh garam
300ml santan pekat KARA
200ml air

Bahan Lapisan Atas
30gm tepung beras
10gm tepung jagung
200ml santan pekat KARA
100ml sirap gula melaka (1/2 ketul gula melaka dimasak dgn 50ml air)

Cara-cara

1. Satukan bahan lapisan bawah, tapis dan masak di dalam periuk non stick hingga mula pekat kemudian masukkan cendol dan jagung manis, kacau rata. Angkat dari api dan segera dituangkan kedalam loyang 8" yang telah disapu dengan sedikit minyak. Ratakan permukaan adunan dan kukus selama 15 minit.

2. Satukan bahan lapisan atas, tapis dan tuangkan ke atas lapisan bawah tadi. Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 30 minit sehingga lapisan nampak kental. Angkat dan sejukkan dahulu sebelum dipotong

Nasi dagang 1st trial

Selamat pagi semua... Sarapan istimewa apa yer pagi sabtu ni? Ohoo...akak masak nasi dagang tau hasil berguru dengan mak cha member ofis akak yg pakar nasi dagang tuh...... ahai pertama kali buat nasi dagang dapat 2 star jer hubby kata...huuuuu

Nasi dagang ni kalau dibungkus dengan daun pisang lagi sedap tau, wangi jer... tapi tak ada stok daun pisang la pulak...

Jom layan resepi nasi dagang

NASI DAGANG

NASI
# 3 cawan beras biasa + 1 cawan beras pulut
#  cawan santan
# garam dan gula
# 1 sudu besar halba
# bawang dan halia ~ hiris
# air

Cara-cara :
Campurkan kedua2 beras, basuh dan rendam 1 malam. Masukkan beras dalam pengukus dan kukus sehingga wap naik. Biarkan seketika selama 5-10 minit. Angkat dan pindahkan ke dalam bekas yang besar. Masukkan air atau santan cair sehingga beras tersebut kembang dan garam secukup nya. Kukus buat kali kedua. Masukkan nasi ke dalam pengukus dan kukus sehingga naik wap. Masukkan halba, bawang dan halia. Biarkan seketika. Setelah itu, angkat dan pindahkan ke dlm bekas. masukkan gula dan santan yg dibancuh dengan sedikit air.

GULAI IKAN TONGKOL
* 1 ekor ikan tongkol
* 1 cawan santan pekat
* 1 biji bawang besar
* 3 ulas bawang putih
* 2 cm halia
* cili kisar
* 3 keping asam keping
* garam dan gula
* 5-6 biji cili padi

Ikan direbus bersama asam keping dan sedikit air sehingga masak dgn api yg perlahan. Masukkan santan ke dalam periuk yang berasingan. Santan tersebut hendaklah dibancuh terlebih dahulu dgn 1 liter air. Masak santan tersebut dgn api yg perlahan selama 30-40 minit. Kacau sekali- sekala supaya santan tidak berketul. kemudian masukkan bhn2 yg di blend ke dalam santan. cili kering di blend dan di tumis dgn minyak di dalam kuali. Bila dah agak garing, masukkan rempah.tumis sehingga naik minyak. Bhn tumis dimasukkan ke dalam santan. Masukkan gula, garam dan asam keping. Tunggu sehingga mendidih dan naik minyak barulah masuk ikan tongkol yg direbus. Air rebusan ikan tongkol turut dimasukkan. Masukkan cili padi.

ACAR
* 2 batang timun
* 1 batang lobak merah
* sepotong nenas
* 1/2 biji bawang besar
* 1 biji lada besar
* cuka, garam, gula

Timun, nenas dan lobak dihiris nipis dan panjang2. Bawang dan lada dimayang. Campur ke semua bhn2 tersebut ke dalam bekas. Masukkan cuka, garam dan gula. 

Friday, June 24, 2011

Roti gulung bercheese

Ahai...malam ni menu versi malas-malasan...roti gulung cheese... nak mengarang pon rasa malas so jom kita layan resipi yer... khas untuk 2 orang sahabatku yg dah terliur menu istimewa akak ini... hihihi


Roti Gulung Bercheese
Bahan-bahan ( 4 orang )

• 4 keping roti gardenia - dibuang tepinya
• 4 biji mushroom frankfutter - rebus sekejap
• 4 keping keju cheesedale
• 1 biji telur - dipukul sedikit
• secubit garam
• sedikit serbuk lada sulah
• serbuk roti- secukupnya
• minyak untuk menggoreng

Cara-cara
1. Gelek roti hingga nipis/leper
2. Letakkan keju dan sosej di atasnya.  gulungkan
3. Masukan garam & serbuk lada sulah dlm telur. Celup gulungan roti td ke dalam telur
4. Salut @ golek2kan roti yg dh dcelup dgn telur ke dlm serbuk roti..
5. Goreng gulungan roti td ke dalam minyak yg panas hingga kuning keemasan
6. Dh siap..enak dmkn bercicah sos & mayonis

Kek coconut pandan

Salam Jumaat semua.  Tenang rasa dapat menghirup udara segar di pagi Jumaat yg baraqah ini.  Apa menu sarapan hari ini yer...? syukur alhamdulillah kita masih dikurniakan nikmat dan rezeki dari Yg Maha Esa...bersyukurlah

 Semalam terpanggil nak mencuba kek kelapa pandan kak ummi  yg menghijau tuh ...nampak segar... walaupn badan belum segar masih letih dan mengantuk selepas balik dr kursus dua hari tapi hati melonjak2 nak membaking... sedap kek ni lembut, gebu dan wangi, ada iras kuih bahulu pulak sebab akak tukar susu segar dengan santan kotak...terima kasih ummi dan CMG dengan resipi yg mabeles ni... izinkan tepek resipi di sini yer...


KEK KELAPA PANDAN
Resepi: Cocopandan Cake @ Mat Gebu
Dirujuk : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan A:-
1 cawan susu segar*
1/2 cawan kelapa kering*(*rendam 1 jam) - (akak guna kelapa muda parut dan tak rendampun)
125 gm. mentega
1/2 cawan gula halus (gula kastor)
2 kuning telur (gunakan telur gred A)
1 3/4 cawan self raising flour (tepung berserbuk penaik), diayak
1 camca teh pandan paste

Bahan B:-
2 putih telur
1/2 camca teh cream of tartar
1/4 cawan gula halus

Cara membuatnya:-
Pukul mentega dan gula hingga putih, masukkan kuning telur satu persatu sambil terus memukul hingga gebu. Masukkan pandan paste dan terus memukul. Perlahankan speed dan masukkan tepung selang-seli dengan kelapa tadi hingga habis. Kacau rata.

Dalam mangkuk lain, pukul putih telur dengan cream of tartar hingga kembang, masukkan gula dan terus memukul hingga putih telur bertanduk.

Gaul putih telur ke dalam adunan kek secara kaup balik, gaul hingga rata. Tuang dalam acuan berukuran 14 cm x 21 cm. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 160C, selama 55 minit hingga 1 jam.

Thursday, June 23, 2011

Ikan goreng taucu...menu bidan terjun

Salam semua... rindu 2 hari tak bersiaran & 2 hari juga dapur tak berasap... hubby layan masakan kedai aje laa, kasihan hb...

Menu ikan goreng taucu ini sempat masak sebelum out station ituhari... nak menggulai bimbang tak sempat jadi masak yg mudah dan cepat... seperti biasa podeh jadi tajuk utama... akak masukkan 5 biji cili padi dan 5 biji cili hijau dengan 2 ekor ikan pelaling goreng garing.  Meh kita layan resipi taucu ni...


Ikan Goreng Taucu

Bahan-bahan:)


2 ekor ikan pelaling
1 biji bawang besar, hiris bulat
3 ulas bawang putih, diketuk
1/2 inci halia, diketuk
5 biji cili padi, ditumbuk pecah
5 biji cili hijau
1/2 cawan air asam jawa 
2 camca besar taucu
1 cawan air
Garam dan gula

CARA MEMBUATNYA :-)

Ikan dibersihan dan goreng garing.  Angkat dan ketepikan.
Pansakan kuali dan tumis bawang putih, halia dan cili padi yg ditumbuk kasar.  Masukkan cili hijau dan juga taucu. Kacau rata dan masak hingga terbit minyak.
Masukkan air asam jawa, gram dan gula. Bila mendidih, masukkan ikan. Masak perlahan hingga kuah pekat sedikit.  Angkat dan hidangkan segera.
HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015