Monday, October 31, 2011

Kek gulung kasih


Redup cuaca pagi ini... gemersik alunan nasyid dan ayat2 suci alQuran yg berkumandang di corong radio IKIM terasa menusuk ke kalbu... sesekali meruntun jiwa.. tak dapat menahan airmata mengalir... Ya Allah berilah kami kekuatan, ketabahan dan kesabaran menempuh dugaan yg mendatang... semoga kami menjadi hambaMu yg beriman....
Maaflah yer pepagi lagi k.gee dah emo... Kadang2 bila diuji dengan sedikit kesusahan, kita selalu tertekan... hanya Allah tempat kita mengadu... Insyallah semoga dipermudahkan segala urusan...


Oklah... hari ini kita jamu mata dengan Kek Gulung Kasih pulak yer... ermmmmm yummy sangat...!! anak dara k.gee si eQa tu yg request kek gulung bila dia tengok dalam buku resepi... tapi resepi tu guna banyak telur tak cukup pulak stok yg ada kat rumah... bila belek2 resepi kek DayangJack ni nampak simple, cantik dan bahan2 pun mudah, k.gee terus buat... lepas tu k.gee sapukan dengan coklat nutella... nasib baik eQa suka... siap aje gulung terus dia nak makan... 3,4 ketul dia ngap... hb pon ngap sama... ermmm sedap!!


Terima kasih sesangat pada yg empunya resepi Dayang jack... Kak gee minta izin kongsikan di sini pulak yer...

Kek Gulung Kasih

Sumber : DayangJack

Bahan-bahan :

70 g tepung gandum (diayak)
1 sudu besar susu tepung
3 biji telur A
60 g gula kastor
60 ml minyak masak sayuran/minyak jagung
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu kecil ovalette
Pewarna merah, hijau dan kuning

cara-cara :

Panaskan oven 170-180C. Seperti biasa, sediakan loyang swiss roll. Alaskan dengan baking paper. Sapukan dengan sedikit mentega.

Satukan kesemua bahan di atas (kecuali minyak dan pewarna) di dalam mangkuk adunan, kemudian putar hingga gebu.

Setelah itu, tuangkan minyak masak/minyak jagung sedikit demi sedikit dan kacau sebati dengan senduk kayu atau rubber spatula.

Ambil 4 sudu besar untuk setiap adunan yang diwarnakan merah, kuning dan hijau.

Tuangkan adunan yang kosong di dalam loyang pembakar dan ratakan. Kemudian, tompok-tompokkan adunan merah, hijau dan kuning di atasnya (rujuk gambar di bawah). Tak perlu ditekan atau diratakan. Tetapi kalau hendak buat corak pun boleh juga.

Kemudian bakarlah hingga keperangan selama lebih kurang 20 minit. (DJ guna suhu 180C dan bakar kek selama 17 minit sahaja). Kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing.

Setelah masak, keluarkan terus dari oven dan terbalikkan kek dan sejukkan sebentar.

Kemudian sapukan dengan jem/krim mengikut citarasa sendiri. (Akak sapukan coklat nutella... )

Gulung kek dengan kemas. Bolehlah dipotong dan dihidangkan.
 

Sangat-sangat sedap... tak rugi mencuba...

Sunday, October 30, 2011

Alahai....burger ke?


Tetiba bangun pagi ni teringatkan kedua orang tua di kampong... sihat ke mereka? apa agaknya juadah mereka bersarapan hari ini...? bimbang juga hati ini tentang kesihatan mereka berdua... Bila terdengar suara mereka di hujung talian... "emak sihat2 aje cuma ayah batuk & selsema... " ermmm lega rasa dihati... semoga Allah lindungi mereka berdua...ameen


Sarapan pagi minggu yang ringkas saja... Burger Malaysia... janji kenyang kan...? Bila perut sudah kenyang, kerja rumah sudah beres, hati pon berbunga-bunga lah.... time ni baru boleh mengadap lappy... heee... Jom makan burger....


BURGER MALAYSIA (gaya gee-hut)
Rujukan : Dapur Suzi

Bahan-bahan ( 8 biji )

*200g tepung gandum- saya guna tepung roti
*140ml susu/ air
*2 sudu besar butter/margerin- guna minyak masak
*2 1/2 sudu besar gula halus
*1/2 sudu kecil garam
*2 sudu kecil dry yeast
minyak untuk menggoreng

- sambal ikan bilis
- timun- ganti dgn salad


Cara-cara

Masukkan ke dalam mangkuk bahan-bahan (*). Uli sehingga tak melekat kat tangan. Buat bulat besar. Biarkan kembang 2 kali ganda.(saya masukkan dlm BM...masukkan bahan2 ikut arahan BM...tekan utk doh dan On..tunggu siap...)

Lepas tu , tumbuk-tumbuh doh roti tadi untuk keluarkan angin. Kemudian bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat.

Biarkan naik 2 kali ganda lagi. Kemudian goreng dalam minyak yang sederhana panas sehingga kekuningan.

Belah 2 roti yang dah masak tapi jangan sampai terputus. Isikan dengan sambal bilis dan juga timun yang dihiris nipis-nipis

Friday, October 28, 2011

Asam pedas ikan parang


Sementara kaum Adam bersolat Jumaat ni, mari kita godek2 menu untuk lunch hari ini... kebetulan semalam ada peraih ikan di Kuala Pahang sedekahkan kami ikan parang sampai 4 ekor tau.... hb kata sedap buat masak asam pedas... so apalagi.... jom asam pedas.....


 Taraaa.... dah siap pon.... mulakan dengan bismillah


Tapi... hati-hati yer.... ikan parang ni banyak tulang tau....
takut tercekik nanti.... siapa yg susah? akak jugak....hehehe


Asam Pedas Ikan Parang


Bahan-bahannya

1 ekor Ikan Parang - potong 2 atau 3
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
1 inci belacan
2 sudu besar asam jawa tambah 1 cawan air
6 batang sayur bendi (jika suka)
Secekak Daun Kesom - dibuang batang
20 tangkai cili keing + 1 cawan air dan blender.
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis
1 - 2 mangkuk air. (kalau suka kuah banyak, tambah lagi airnya)

Cara-caranya

Tumbuk kunyit hidup, bawang merah, putih dan halia bersama garam hingga halus. Atau boleh blendkan kesemuanya.  Tambahkan belacan dan tumbuk lumat.

Panaskan minyak lalu masukan 5 - 6 sudu minyak, tumiskan bahan yang kita tumbuk hingga naik bau dan naik minyaknya, masukan pula cili gilling kacau lagi hingga garing.
Masukkan ikan dan kacau rata. kemudian masukan air asam, garam dan gula. Kacau lagi hingga sebati, tunggu hingga mengelegak sedikit. kemudian masukan air dan biarkan menggelegak sekejap. Kemudian masukan daun kesom dan tunggu hingga kuah pekat sedikit. Masukan pula bendir dan kacau rata.

Tutup api dan bolehlah dihidang.

Thursday, October 27, 2011

Donut ball


Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut ...

Bila dengar lagu Hujan nyanyian Allahyarham Sudirman... mengimbau nostalgia indah zaman muda2 dulu.... ahai... indahnya zaman persekolahan dan cinta monyet tu... hujan panas semua rela diredah... janji dapat bertemu kekasih hati... aaaarggghh...!!! syukur alhamdulillah.... kekasih hati si cinta monyet tu rupanya menjadi buah hati akak hingga sekarang ini.... terima kasih sayang.... ilebiu!!


Sebenarnya k.gee tak ada idea lah hari ini... agaknya hujan2 ni 'mesin' tak aktif kot... lembap jer... nak ke dapor pon malas... kalau boleh nak mengulit mimpi jer... haish... Apapon kuih bulat-bulat ni sempat k.gee buat semalam untuk juadah minum petang... petang baru merajinkan diri ke dapor... inilah hasilnya... Donut ball ihsan resepi dari Dayang Jack.... sedap dan lembut gitu... cubalah...


Donut Ball (Resepi II)
Resepi : Dayang Jack

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum atau tepung high protein
2 1/2 sudu besar gula
1 sudu besar susu tepung
1/2 sudu besar yis mauripan + 1/4 cawan air suam (direndam hingga berbuih)
1 sudu kecil ovallette
1/2 sudu kecil garam
1 biji telur
1 sudu besar marjerin
1/3 cawan air / susu segar (-/+)
gula saduran
**(jika menggunakan susu segar, tidak perlu letak susu tepung)

Cara-cara :

Kisar semua bahan (kecuali tepung, ovallette, yis dan gula saduran) hingga sebati.

Di dalam bekas yang agak besar, ayakkan tepung dan buatkan lubang di tengah-tengahnya. Tuangkan bahan-bahan yang sudah dikisar tadi, yis dan ovallete. Uli hingga menjadi doh. Jika adunan terlebih lembik, bolehlah ditambahkan sedikit tepung.

Bahagikan doh kepada 20-22 bahagian dan bentukkan seperti bebola. Gunakan sedikit tepung untuk membentuknya (sekiranya doh melekat di tangan). Susunkan di atas dulang yang disapu dengan sedikit minyak atau ditaburkan tepung. Rehatkan sebentar selama 10 minit atau ikut suka.

Sediakan minyak untuk menggoreng. Apabila sudah cukup panas, gorenglah donut tadi hingga keperangan. Toskan.

Sadurkan dengan gula icing/gula halus atau hiaskan dengan topping kesukaan.

Tuesday, October 25, 2011

Lompang Jakarta


Salam siaran semua... masih mood bercuti ke ? Ada ramai yg mengambil peluang bercuti bersama keluarga di tempat2 peranginan, tak kurang juga yg mengambil kesempatan pulang ke kampung halaman sambil menjengok kedua orang tua dan sanak saudara... Hmmm... kak gee bersama keluarga di rumah saja... cuma eQa makan angin ke Langkawi bersama rombongan sekolahnya... tak sangka kecik2 pon dia berani ikut rombongan tanpa keluarga... cikgu dia kata dia berani dan pandai jaga diri sendiri... hish anak k.gee yg sorang tu memang berdikari orangnya... abang2 dan kakak dia kecik2 dulu tak berani ikut rombongan sekolah, dah darjah 6 baru join... tak tahulah ikut perangai siapa.... ayah dia kot?? ahaks.... 
 

Oklah, mari kita ronda-ronda kat dapor pulak... menu sarapan hari ini Lompang Jakarta... betul ke orang seberang tu suka makan kuih lompang ni? Wallahualam... tak sempat lagi nak buat kaji selidik pasal kuih ni... mungkin asal usul dari Jakarta gamaknya... kalau ada sesiapa yg tahu sejarah kuih ni bolehlah hantar comment nanti yer...


Sebenarnya dah lama teringin nak buat kuih lompang ni...tapi ituhari asyik kemaruk dengan apam polka dot aje itu yg tertunda hajat di hati...  Buat semalam pon tak banyak, setengah adunan dapat 12 butir jer... Resepinya k.gee pinjam dari dapor Izah Muffin Lover... terima kasih kepada izah dan penyumbang resepi kuih ni...  Kak gee kongsikan di sini pulak yer... senang sok anak cucu nak rujuk kot2 deme berhajat nak membuatnya...


LOMPANG JAKARTA

Rujukan : Izah Muffin Lover
sumber: kak Fida@myR

Bahan-bahan ( lebih kurang 20-25 keping )

125 g tepung beras
2 sb tepung sagu/ubi
200 ml santan pekat (100ml sntn KARA + air)
1/2 sk air kapur
200 ml air*
125 g gula pasir* *saya ganti gula melaka
1 sk pandan pes + pewarna hijau *saya skip ganti 1 helai daun pandan

Topping Dadih :-
160 ml santan pekat (100ml sntn KARA + air)
1/4 cawan tepung beras
1/4 sk garam

Cara-cara

Masak bahan bertanda* dgn sehelai daun pandan,jadikan air gula dan sejukkan.
Campurkan air gula dgn tepung2,santan pekat,air kapur,pandan pes dan pewarna hijau,kacau dan tapis.Ketepikan.
Satukan bahan2 dadih,kacau,tapis dan ketepikan.
Sapu acuan lompang dgn sedikit minyak dan panaskan di dalam kukusan.
Tuang adunan hijau 3/4 paras acuan lompang dan kukus selama 10 min.
Tuang pula topping dadih ke atas lapisan hijau dan kukus lagi selama 10 min atau hingga masak.
Sejukkan kuih dan keluarkan dr acuan dan hidangkan

Monday, October 24, 2011

Dirgahayu Darul Makmur


Ya Allah Yang Masa Kuasa,
Lanjutkan Usia Duli Yang Maha Mulia,
Dirgahayu, Darul Makmur,
Aman dan Bahagia Sentiasa,
Ya Allah Selamatkan Duli Tuanku Raja Kami


Hari ini Negeri Pahang bercuti sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah  Al-Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar ke-80.  Semoga baginda Sultan sentiasa sejahtera dan di beri perlindungan oleh Allah swt serta dapat menaungi rakyat dan Negeri Pahang Darul Makmur yang damai dan sejahtera ini. 


Pagi ini hujan turun mencurah-curah membasahi bumi yg bertuah ini... seakan-akan memberi isyarat musim tengkujuh sudah tiba... apapon bersyukurlah....segalanya dari Allah jua dan Dia maha mengetahui segala sesuatu yg terjadi...  Jadinya hujan-hujan begini sesuai kot makan nasi hujan panas ni....


Sebenarnya ini nasi ayam biasa2 aje berlaukkan ayam kampong goreng, sup, kuah lada dan ulam-ulaman.... cuma nasi tu kak gee olahkan sikit jadi berwarna warni biar nampak ceria sikit.... biasalah.... layan anak2 yg sedang bercuti ni... tak gitu?


Nasi Ayam Hujan Panas
Resepi olahan : gee-hut

1 kg beras
200 gm lemak ayam
200 gm bawang merah - dimayang
100 gm bawang putih - diketuk
2 inici hali - diketuk
3 helai daun pandan
1 ½ liter stok ayam
Sedikit garam
3 sudu minyak / marjerin
Rempah penumis
Pewarna (jika suka)

CARA2NYA

1. Basuh beras dan sejat.
2. Cairkan marjerin/minyak. Tumis bawang yang dimayang halus, bawang putih dan halia bersama rempah penumis.
3. Masukkan daun pandan dan beras. Gaul rata dan masukkan juga air rebusan ayam serta garam.
4. Biarkan nasi masak, bila hampir kering lebih kurang tunggu 10 min baru buka tudung, titiskan 3 perwarna di tempat berlainan. 
5.Guna chopstick untuk gaulkan pewarna tu dalam nasi dengan perlahan.
6. Bila dah masak, gembur-gemburkan nasi tu.
7. Bolehlah diangkat dan hidang.

Sunday, October 23, 2011

Choc oreo brownies


Selamat pagi minggu semua...sarapan apa yer pagi ni? mulanya plan nak pegi berjogging dengan en hb tapi hari hujan pulak... urrrmmmm jogging depan TV ajelah sambil exercise mulut dengan chocolate oreo brownies yg sedap nih.... jom layannnn


Masa anak2 cuti ini lah nak masakkan menu fav diorang kan... biasalah...coklat memang kegemaran anak2... kebetulan ada lagi oreo baki buat cookies hari raya ituhari.... godek2 la brownies ni... resipi akak tengok di majalah Sedap.... cuma akak olah sikit dr pisang ke oreo... ermmm memang sedap!!


Brownies ni lebih ringkas dan mudah nak sediakan berbanding dengan kek... tak perlu nk putar lama2 cuma godek2 aje...cepat dan senang kan? Jom kita tengok resipinya....


CHOC OREO BROWNIES
Resepi : Majalah SEDAP vol.4 2011

Bahan :
75 gm marjerin/butter
200 gm coklat masakan - dipotong2
100 gm pisang emas - kisar (akak tak buh tukar dgn oreo kisar)
2 biji telur
100 gm gula pasir
50 gm tepung gandum
20 gm serbuk koko
1/4 sudu teh serbuk penaik
50 gm kacang gajus cincang
75 gm cip coklat
15 gm hirisan badam untuk hiasan

Cara membuatnya :
1. Panaskan marjerin.  Matikan api.  Maukkan potongan coklat masakan.  Kacau hingga larut.  Masukkan pisang (oreo kisar) , kacau rata. Ketepikan.

2. Campurkan telur, gula, campuran coklat, tepung gandum, serbuk koko dan serbuk penaik yg telah diayak.  Pukul perlahan.  Masukkan kacang gajus dan cip coklat.  Kacau rata.

3. Tuan ke dalam loyang 30x10x4 cm yg disapu marjerin dan dialas kertas minyak.  Tabur hirisan badam.

4. Bakar selama 40 min dengan api bawah suhu ketuhar 180`c sehingga masak.  Sejukkan.

nyam...nyam..!!

Saturday, October 22, 2011

Ubi kayu teh o panas


Ubi kayu memang sinonim dengan musim hujan kan... sambil duduk bersantai petang-petang begini mari kita layan minum petang ubi kayu goreng dengan teh-o panas..... ermmmm tekak orang kampong lah katakan....


Kalau dapat ubi yang empuk dan gebu tu, waaa sedap betul....lemak jer bila makan... kalau suka boleh juga cicahkan dengan gula merah... sedapppp akak sukaaa  


Sambil-sambil makan tu, teringat satu lagi resepi ubi kayu yang sedap... ubi getuk... sedap juga buat sarapan pagi esok tu...

 jom minum petang sama-sama... !!

Friday, October 21, 2011

Menu koboi...aci tak?


Salam Jumaat semua... Apa yer juadah sarapan pagi Jumaat yg baraqah ini..? Mesti masak yang hebat2 kan... maklumlah dah gaji kan... Itulah...kadang2 rasa tak ada idea nak masak apa.... nak selongkar dapor orang tiap masa, malu juga....asyik tiru orang jer... Huh!! hantam la labuuuu.... menu cincai sudah... koboi style... heeeeee


Aci tak meehoon makan dengan kentang goreng sosej...? Tak matching langsung ? Haaaa....tu la pasal.... puas perah otak memikir nak masak ape... mulanya nak buat hasbrown potato....dah usya2 resipi semalam tapi pagi ni tetiba teringin nak makan sosej pulak macam yg Diana buat...sosej mayo tu... Puh kiri...puh kanan... buat meehoon goreng lepas tu goreng pulak kentang campur dengan sosej.... tumbuk cili padi 2, 3 ulas dan potong2 bawang... campak2 godek2.... taraaaaaa...... !! menu koboi !! kira aci lah kan....  


Kentang goreng sosej

3 biji ubi kentang ~ potong berbaji macam wedges
10 ketul sosej/frankfutter  - rebus dan hiris2
1 biji teur
5-6 biji cili padi - tumbuk
1 butir bawang besar - potong bulat
Garam
Sos tiram

Kentang direbus seketika dan goreng hingga empuk. Tumis cili padi hingga bangkit baunya.  Masukkan sos tiram dan garam.  Bila sudah garing masukkan bawang potong, kentang dan sosej yg dihiris tadi.  Pecahkan telor dan gaul rata.  Kalau suka taburkan daun bawang di atasnya. Siap.

Sudi-sudikanlah...


Thursday, October 20, 2011

Spagheti goreng ala kampong


Alahai...2,3 hari ini rakan pejabat asyik bercerita pasal western food aje... lasagna cheese la, chicken pie laa, blognese laa, beefsteak la, chicken blackpepper laa... hish!! buat terlior orang jer... kak gee ni bukan tak suka western food tapi maklumlah tekak orang kampong yg suka makan pedas ni kekadang tak boleh terima western yang bercheese tu... rasa muak... hehehe jangan marah yer penggemar western...ya amponn!!


Tapi dek kerana terliorkan spaghetti goreng seafood kat dapor Yat Maria tu, kak gee pon godek2 la ikut citarasa tekak sendiri... ada pulak orang komen macam mee goreng... ahaks... memang gitulah orang kampong bila nk western tu nampak janggal aje... hehehe ... btw resipi ni memang ngam dengan selera tekak akak... thanks yat & izinkan kak gee share resipi kat sini pulak yer ...


Spaghetti goreng Seafood
Chef Sofiyan Sarkawi
Sumber : Yat Maria


Bahan2:
1/2 kg mi laksa (aku tukar spagheti)
4 biji bawang besar - kisar
6 ulas bawang putih - kisar
10 ulas bawang kecil - kisar
3 sentimeter halia - kisar (akak tak letak)
20 helai daun selasih - petik daunnya
20 helai daun kesum- pun petik gak
20 helai daun kucai - potong 5cm
sawi - potong 5 cm
4 T sos tiram
6 T lada kisar
3 T sos tomato
2 biji hirisan lada merah
1 senduk minyak
Garam secukup rasa
Makanan laut
Sotong
Udang
Kerang - tak der stock
Hirisan daging - memang tak tersenarai, ada belen aku bubuh jer :)

Cara:
Tumis bahan kisar hingga kekuningan
Masukkan lada kisar, sos tomato & sos tiram. Kacau hingga garing
Masukkan seafood & daging derhaka tu..
Masukkan garam & Gaul sumer bahan secukup rasa & rata
Dah rata masukkan sawi & spag
Dah setengah masak, masukkan kucai & daun2 lain& gaul rata sampai masak
Kalo rajin pi ukir tomato & hidangkan panas2..
Nota : Daun2 tu sumer aku tak letak except sawi...


Sesekali tukar angin ke western ni  ok juga... bak kata P.Ramlee tekak antarabangsa...

come on babeh... let's western....

Pekena sup tulang


Bila sejuk2 begini dapat hirup sup sedap juga yer... terasa hangat sikit badan...


Sup tulang bersama pegedil daging dan sambal kicap...  mmm sedap!!


SUP TULANG
Sumber : MyResipi

Bahan-bahan ( 4 orang )


500g tulang lembu
1 sup bunjut adabi
2 kiub ayam
2 1/2 liter air.
3-4 ulas bawang putih
1 cm halia
minyak untuk menumis
daun sup/ daun bawang
bawang goreng
cili padi -kalo nak pedas :)
limau nipis- kalo suka masam2 sket..
2 ketul ubi kentang
1/2 batang lobak merah

Cara-cara 1.Mula-mula cucilah tulang temulang. 2.Kupas bawang putih. Pastu bersihkan. 3.Ketuk-ketuk bawang putih dengan pisau. Pastu cincang-cincanglah biar jadi halus. 4.Hiris pula halia nipis-nipis. Tapi kalo sape ada lesung tu boleh tumbuk halia sekali dengan bawang putih. 5.Panaskan minyak. Tumislah bawang putih dan halia ni sehingga bawang putih jadi kuning.. kalo hangus sket tu takpe.. 6.Dah tu masuklah air dengan tulang-temulang. Rebuslah sehingga tulang empuk. 7.Bila dah empuk tu, masuklah pula ubi kentang dengan lobak merah.. Kalo tak nak letak pun takpe.. 8.Masuk pula rempah sup bunjut dan juga kiub ayam. Biarkan sehingga ubi kentang empuk. 9.Masukkan pula sedikit gula. Pastu bolehlah rasa. Kalo tak rasa masin lagi bolehlah tambah garam. Tak cukup manis tambahlah gula. 10.Bila nak makan tu bolehlah letak bawang goreng, daun sup, daun bawang, cili padi. Kalo suka masam perhlah sedikit limau nipis.


jom slrupppp.....!!

Wednesday, October 19, 2011

Opor


Masa bertugas di Pameran HALFEST baru2 ni, sempat juga ronda2 melihat produk keluaran usahawan Bumiputera.... banyak sebenarnya produk2 orang Melayu yang boleh diketengahkan dan ada potensi menembusi pasaran ekspot, cuma satu yg menjadi kelemahan usahawan kita ni adalah masalah komunikasi dan marketing skills sangat lemah... apapon tahniah kepada usahawan2 yg sangat gigih dan kuat semangat membangunkan perniagaan masing-masing...


Opor Pahang ni antara rempah keluaran usahawan Pahang yang k.gee beli di Halfest tu... siap beli 3 bungkus lagi... Ayam opor ni masak untuk besday mak semalam, makan dengan pulut... ermmm sedap!!  Memandangkan opor ni rempah segera, senang saje menyediakannya... cuma tambahkan ayam atau daging, santan dan garam.  Renihkan 20-25 minit... siap.  Kalau suka boleh taburkan daun kunyit yg dimayang halus.
Mmmmm memang berbaloi....

Tuesday, October 18, 2011

Selamat Hari Lahir Mak


Selamat hari lahir buat mak yang ke 64 tahun.... semoga mak diberi kesihatan yg baik dan bahagia selalu dan semoga sentiasa di dalam perlindungan Allah swt... terima kasih atas penat lelah, jasa bakti dan kasih sayang mak kepada kami yg tak mungkin dapat kami membalasnya.... serta amponkan dosa2 kami samada yg kami sedari atau tak disedari.... kami semua sayang mak...


Mak memang sukakan kek buah jadi akak buatkan kek buah berkeju ini khas untuk harijadi mak hari ini... sedap tau... rasanya taklah manis sangat dan texturenya sangat lembut... lemak2 lagi rasa cream cheese tu... memang sedaplah... Jutaan terima kasih buat CMG dengan resipi yang sangat sedap ini... minta izin yer dari bang mat kongsikan resipi di sini pulak yer... tenkiu


Kek buah bercheese
sumber : Mat Gebu

Bahan-Bahannya:-

240 g tepung gandum*
1 1/2 camca teh serbuk penaik*(*digaul dan ayak)
250 g cawan gula halus
250 g cawan mentega
230 g cream cheese
4 biji telur gred A (berat kurang lebih 60 g sebiji)
1 1/2 camca teh esen vanilla
140 g tepung gandum*
300 g buah2an campuran (mix fruit)*
50 g kacang walnut, cincang kasar*(*disatukan dan gaul hingga rata)

Cara membuatnya:-

1.Panaskan oven pada suhu 170C. Lenser tin berukuran ( 10 x 10 x 3 ) inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.

2.Dalam mixing bowl, satukan mentega dan cream cheese, pukul hingga rata. Masukkan gula dan esen vanilla. Pukul hingga putih, masukkan telur satu persatu sambil terus memukul hingga kembang dan gebu.

3.Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dan akhir sekali masukkan buah2an yg telah digaul dengan tepung, hingga habis. Gaul rata.

4.Tuang adunan ke dalam tin kek dan ratakan. Bakar 50 - 55 minit. Periksan dengan kaedah mencucuk lidi satu ke bahagian tengah kek dan jika keluar bersih, bermakna kek telah masak.

5.Keluarkan kek dan sejukkan 10 minit sebelum diterbalikkan ke atas jaringan. Sejukkan kek sepenuhnya sebelum dipotong...


 jemputlah..!!