Tuesday, November 29, 2011

Muffin pandan


Fuhhhhh....fuhhhhh.... fuhhhh.... tiup habuk.... dah bersawang rupanya dapor akak nih.... hampir seminggu gantung periuk beb.... pergi rewang kata orang Johor... hehehe... musim cuti sekolah memang sinonim dengan rewang-rewang ek...? cer tanya orang Johor rewang tu apa yer?

Minggu lepas pergi rewang di Kota Tinggi Johor... majlis perkahwinan anak saudara hb... minggu ini sambutan menyambut menantu pulak di Felda Lurah Bilut.... itu pasal gantung periuk... tapi sempat juga menggodek muffin pandan ni bawa balik kampong.... kudap-kudapan di bangsal tukang masak.... sedap dan wangi bau pandannya... sesekali rasa macam bangkit santan....  urmmmm..... 


Resepi muffin pandan ini hasil skodeng di SINI.... dan akak nak kongsikan resepi nya di sini pulak yer... terima kasih tuan tanah....

MUFFIN PANDAN
Sumber : waheedeana77
Rujukan : K.Nor secubit garam

Bahan-bahan:

200gm tepung gandum
1 1/2 tsp baking powder
1/2 tsp soda bikabonat
1/2 tsp garam halus
120gm gula castor
200ml santan kelapa (dalam kotak)
100ml minyak jagung
2 biji telur
1 tsp pandan essance
1 tsp pandan paste - ikut suka sendiri nk dpt kaler hijau

Bahan topping ikut suka - Almond slices, kismis, ceri etc.

Cara-cara:

1. Panaskan oven pada suhu 190 darj cel. Sediakan loyang muffin dan paperliners.
2. Ayak tepung, baking powder, soda bikabonat dan garam halus. Masukkan ke dalam sebuah mangkuk besar. Campurkan gula halus dan kacau rata menggunakan whisker.
3. Campurkan ke semua bahan basah ke bahan kering. Kaup balikkan sekadar kesemua bahan bercampur. Adunan akan kelihatan seakan berketul2 (lumpy).
4. Isikan adunan ke dalam paperliners dan taburkan kepingan almond di atasnya.
5. Bakar selama 20minit.

Let's enjoy....!!


Thursday, November 24, 2011

Sajian musim hujan



Jom layan sajian zaman Jepun ni... Ubi getuk


Musim-musim hujan begini memang sinonim dengan ubi kayu kan...? Makan panas-panas sambil hirup air kopi ... sedap gitu... kalau suka boleh cicah dengan nyiur muda campur gula merah... atau sambal kicap orang Johor...pergh!! punyalah sedap sampai ibu mertua lalu pon tak sedar... hehehe


Ubi getuk

2 ketul ubi kayu - rebus dan lenyek
1 cawan kelapa parut muda
3 sudu gula
Sedikit garam

Batter mix :
2 sudu tepung beras
2 sudu tepung gandum
2 sudu tepung jagung
Secubit garam
air secukupnyer ( bancuh macam nk goreng pisang )


Cara-cara:-


1. Campurkan semua bahan dan gaul hingga sebati.
2. Kepal bulat-bulat anggaran seperti bola pingpong or bola golf... hehehe
3. Panaskan kuali, celup dalam tepung yg dibancuh. goreng hingga kuning.


montoks dan gebusss....aww!!

Ok...sedia untuk di ngap!! silalah....

Wednesday, November 23, 2011

Red velvet cupcake


Lama tak bersiaran... rindunya rasa di hati... kalau ikutkan, memang meronta-ronta nak mengadap lappy tapi apakan daya kesibukan yang teramat sangat tak sempat nak beriadah... musim2 hujan begini asyik sibuk menguruskan kain baju yg tak kering-kering... tangan pun tak kering-kering jugak...maklumlah dok melayan anak2 yg macam anak burung asik menganga jer molotnya... lapor la mak...!!!


Apa kata kita layan kek yang sangat sedap nih.... Kek red velvet... pertama kali tengok pon memang k.gee sudah teruja... mulanya pelik jugak bila semak resepinya ada letak cuka tapi dek kerana rupa parasnya dan warna merah mengancam tu terus simpan dendam nak buat kek nih... aww!!! pertama kali buat dan pertama kali makan.... pergh!! memang conpem sedap.... 5 bintang you!!


Siapa setuju dengan kak gee sila angkat tangan.... haaaa..... betul kan.... sedap sangat!!  Ok jom kita semak resepinya ... 

Resepi Red Velvet Cake
Rujuk :  Wana, Sumber : Citarasawan


Bahan A (di ayak bersama)

375gm tepung gandum
20gm serbuk koko
1 tsp baking soda (soda bikabonat)

Bahan B

170gm mentega (suhu bilik)
350gm gula kaster
2 tsp esen vanila
3 biji telur grade A

Bahan C

350ml UHT whiping cream/Yogurt
1 Tbsp cuka/jus lemon
2 1/2 Tbsp pewarna merah
(Satukan semua, biarkan selama 10 minit)

Topping Cream Cheese

250gm cream cheese (suhu bilik)
80gm gula aising
1 tsp esen vanila
180ml UHT whipping cream

Menghasilkan satu biji kek bersaiz 9" atau 30 biji cupcakes bersaiz sedang

Cara-cara :

1. Panaskan oven pada suhu 180C. Sediakan loyang/cawan kertas.
2. Satukan bahan A, ketepikan.
3. Pukul bahan B hingga kembang, masukkan telur satu persatu di ikuti bahan A dan bahan C berselang seli. Pukul hingga sebati.
4. Sudukan 2/3 adunan ke dalam cawan kertas dan bakar selama 20-25 minit. Sejukkan dahulu. 5. Cream Cheese : Pukul cream cheese bersama gula hingga lembut, masukkan esen vanila dan whipping cream sedikit demi sedikit, pukul hingga bergaul rata dan tidak berketul.
6. Paipkan ke atas cupcake dan hias mengikut suka.


Haaa...apalagi...nganga lah... yummy!!

Thursday, November 17, 2011

Apam polka dot strawberi


Pejam celik pejam celik tinggal sehari saje lagi persekolahan 2011 akan berakhir... Hari ini ada jamuan akhir tahun di sekolah eQa... eQa bawa apam dot dot untuk kawan-kawan dan teacher dia... seronok sangat dia...

Yang ini istimewa untuk teacher Fazira, teacher kelas eQa...


Sebenarnya k.gee teruja tengok apam dot dot Norsalemi yang selalu dia tayang akat fb... ada angry bird lah, spongebob lah, ladybird lah... macam-macam design... geram menengoknya... comel sangat... gebus dan montok2... nak tersembul mata merenung si apam tu... jeles betul kat dia... rasa macam nak pinjam jer tangan seni dia tu... boleh tak ?


Ini air tangan k.gee.... cantek tak? heeee...perasan....

Resepi boleh rujuk di sini yer... Apam polka dot

Tuesday, November 15, 2011

Pengat labu


Pengat labu ini juadah pemanis mulut berbuka puasa semalam... 2,3 hari ini asyik makan labu jer... mula2 makan gulai lemak labu, lepas tu buat kuih bakar labu... lepas tu pengat labu pulak... nasib baik perut antarabangsa, kalau tidak... sah kena tidur bilik kecik...hehehehe....


Kali ini k.gee buat pengat labu bersama chacha... saje nak perabihkan stok chacha... sedap tau...!! kak gee memang fav kalau berbuka puasa makan manis-manisan... lebih2 lagi yang dah disimpan dalam peti ais... ermmmm sejuk jer tekak.... tak sedar 2 mangkuk sekali hadap.... heeeeee


Pengat Labu

Bahan-bahan


200g labu (dibersihkan dan potong dadu)
2 cawan santan pekat
10 gram chacha (celor dahulu biar lembut)
1 cawan air
1/2 cawan gula
1/2 cawan gula merah
Sedikit garam
Daun pandan

Cara-cara

Masukkan semua bahan-bahan di atas, tinggalkan sikit santan pekat, kacau selalu supaya santan tidak naik minyak, bila dah mendidih akhir sekali baru masukkan santan pekat dan chacha yg sudah direbus tadi.  Sedia untuk dihidangkan.

Monday, November 14, 2011

Sudah tiba masanya...


SPM 2011 sudah bermula....

Go...go..go...fight...fight...fight...WIN...WIN..WIN...
Bonda iringi dengan doa...
Semoga anakanda berjaya....


Sunday, November 13, 2011

Gulai darat kelate


Sudah lama teringin nak makan gulai kawah ... orang kata rempah gulai kawah orang kelantan sedap... kebetulan adik ipar balik ke Kelantan baru-baru ini, terus kirim... kalau tak silap orang Kelantan panggil gulai darat.... ermmm..... sangat sedap!!!  terima kasih adik ipar....


Gulai darat makan dengan pulut pagi... aci tak? 



GULAI DARAT Kelate (stail kak gee..)

1 kg daging
4 sudu rempah gulai darat
1 mangkuk santan pekat
Garam dan gula secukupnya

Bahan dikisar:
5 ulas bawang merah
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas

Cara-cara:-

Panaskan periuk dan tumis bahan yg dikisar tadi.  Masukkan daging dan gaul sebati.  Masukkan sedikit air dan biarkan sehingga daging empuk.  Masukkan santan, garam dan gula secukupnya. Masak sehingga pekat Kalau suka boleh taburkan daun kunyit.  Siap untuk dihidangkan.


Saturday, November 12, 2011

Da bom...!!


Apa aktiviti di hari cuti ni yer? Sehari dua lagi SPM bermula... kepada ibubapa yang ada anak2 yg akan menduduki peperiksaan tentu sedang resah gelisah... biasanya ibubapa lebih gelabah dan kecut perut berbanding anak yg akan menghadapi kertas soalan... InsyaAllah sama-sama kita doakan kejayaan mereka...


Untuk sarapan hari ini k.gee jamukan kuih bom kacang hijau...


KUIH BOM KACANG HIJAU


Bahan-bahan doh:

2 cawan tepung pulut
2 sudu makan tepung gandum
1 cawan air pandan
Sedikit garam
1 cawan bijan
Pewarna hijau
Minyak utk mengoreng

Bahan-bahan inti:

100 gm kacang hijau
1 cawan kelapa parut
60g gula merah
20g gula pasir
50ml air
1 sudu tepung gandum

Cara-cara

1. Rebus kacang hijau sehingga kembang dan empuk.
2. Masukkan kelapa parut, gula merah dan gula pasir.  kacau rata. 
3. Tambahkan sedikit tepung gandum supaya inti menjadi pekat dan senang dibentuk.
4. Angkat dan sejukkan. Bentukkan bulat2 dan ketepikan.
5. Dalam mangkuk besar, gaul tepung pulut, tepung gandum dan garam
6. Masukkan air pandan sedikit demi sedikit dan uli menjadi doh
7. Ambik sedikit doh, bentukkan bebola dan leperkan sedikit
8. Bubuh inti ditengahnya dan tangkupkan semula
9. Golek bebola dengan bijan supaya elok melekat
10.Masukkan minyak yg banyak dalam kuali dan gorengkanlah kuih bom hingga kekuningan



Jom layan kuih bom ke babom..!!

Friday, November 11, 2011

Countdown...SPM



Buat anakanda Amirul Asyraf dan calon2 yang akan menduduki peperiksaan SPM, semoga diberikan kemudahan dan petunjuk oleh Allah ketika menjawab soalan-soalan.  Insya-Allah.

”Ya Allah Ya Hayyu Ya Qayyum,Ya Rahman,Ya Rahim,Ya Latif,Ya Jabbar,Ya Khaliq,Ya Allah permudahkanlah anak-anak kami di dalam urusan mereka dalam menimba ilmu di atas seruan dan perintah-Mu. Tenangkanlah hati mereka untuk menerima ilmu-Mu, lapangkanlah jiwa mereka untuk mengharungi ujian-Mu dan berkatilah mereka dengan rahmat-Mu.Amin Ya Rabbalalamin..” 

Thursday, November 10, 2011

Sarapan orang malas


Makin hari makin malas nak mengupdate blog... kenapa yer? idea makin pudar agaknya... kalau tengok blog2 memasak sekarang ni...fuhh!! makin hebat... bagai-bagai idea kreatif terpapar... gaya persembahan memang menakjubkan... kadang2 tu cemburu dibuatnya.... makanan yg dihidang nampak sedap...kek pulak gebu sangat... kalau kuih melayu tu siap ada aksesori antik lagi...  ditambah dengan gaya persembahan, hiasan yang cantik2 dan ada pulak celoteh yg menghiburkan... subhanallah..!! beruntung mereka yg dikurniakan  otak kreatif dan tangan berseni tu kan... apapon besyukurlah dengan nikmat yg Allah pinjamkan kepada kita... tangan yg tak seni macam k.gee ni mungkin ada kelebihan di tempat lain kot... heeee


Pagi ini sarapan orang malas nampaknya.... sandwich goreng... buat lebih sikit dan tapaw untuk kawan2 di ofis... seronok makan ramai-ramai ni ganding pulak dengan teh tarik Siti Fatimah yg kaww tu... pergh!! sedappp....

Tak ada idea nk tulis apa... ngap ajelah yer...



Sandwich Goreng
10 keping roti gardenia
5 biji telor ayam
2 ulas cili padi (k.gee memang suka pedas) - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
1 sudu mayonis
Sedikit garam
Serbuk roti secukupnya
Minyak / butter untuk menggoreng

Pecahkan 4 biji telor ke dlm mangkuk dan campurkan bahan2 yg ditumbuk.  Kacau.  Tambahkan mayonis dan garam.  Masukkan ke dlm kuali dengan api perlahan dan kacau2 sehingga menjadi scramble egg.  Angkat.

Roti dibuang kulit tepinya dan potong ikut bentuk kesukaan.  masukkan scramble egg ditengahnya.  Buat sehingga habis.  Celupkan ke dlm telur dan lumur pula dengan serbuk roti.  Goreng sehingga kekuningan dan garing. 

Wednesday, November 9, 2011

Bahulu Pandan Choc Rice ~ thanks DJ


Assalamualaikum.... dah 2,3 hari tak mengupdate blog... balik dari kampung cuti raya haji baru ini gantung periuk kejap... bukan apa... bila semua anak2 balik cuti, rumah dah jadi macam padang jarak padang tekukur.. so kena lah beroperasi mengemas... nak jengah ke dapor kawan2 pon tak sempat... dapor sendiri pon dah berabuk semacam....


Bahulu pandan choc rice ini juadah raya haji baru ni... teruja sangat tengok kegebuannya kat Dapor DJDayang tu... cuma yg k.gee buat ni kurang cute, tak gebu cam yg sifu punya... masa pukul telor tu dah tengok semacam jer... puas dah pukul tp tak kembang2 juga... tak tahu di mana silapnya... masa membakar pulak, oven emak tu tak berapa panas.... dah dekat 30 minit masih tak naik2 jugak... adoiiii..!! terpaksa tambah 20 minit lagi... anyway.... bahulu lembut cuma kering sikit... mungkin lama sangat duduk dalam oven kot.... Tapi rasanya memang sedap... lembut dan wangi bau pandan... best!! Terima kasih DJ... dan k.gee nak share resipnya di sini pulak yer....



Bahulu Pandan Chocolate Rice

Resepi : DJDayang jack
bahan-bahan :

100 gm tepung gandum
4 biji telur A
90 g gula kastor
50 ml minyak jagung
1 sk ovalette
2 sb susu segar
1 sk pandan emulco / pes pandan
2 sb chocolate rice (boleh tambah jika suka)

cara-cara :

Panaskan oven pd suhu 180C. Sediakan loyang yg bersesuaian atau muffin/paper cup. Sapukan mentega dan taburkan dgn sedikit tepung. (Jangan lupa alaskan dgn baking paper jika menggunakan loyang).

Sediakan mangkuk adunan. Satukan telur, gula dan ovalette. Putarkan hingga pucat dan kembang.

Kemudian masukkan tepung, susu dan pandan emulco/pes pandan. Putar lagi hingga sebati.

Masukkan minyak jagung dan kacau sebati (kaup balik) dgn menggunakan rubber spatula.

Akhir sekali, masukkan coklat urai. Kacau perlahan2 sehingga rata. Tak perlu dikacau terlalu lama.

Bakarlah selama 25-30 minit atau sehingga kek masak (DJ guna suhu 180C pd 20 minit pertama dan kemudian diturunkan kpd 160C utk 10 minit terakhir). Suhu bergantung pd jenis oven masing-masing.

Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu. Hiaskan dgn topping kesukaan jika suka. (k.gee tak buat topping pon).

Sunday, November 6, 2011

Salam Eid Adha


Salam Eid Adha buat semua... kepada jemaah haji yang sedang menunaikan ibadah haji di kota Mekah al-Mukarramah semoga dapat menunaikan ibadah yang terbaik dan mendapat haji yg mabrur dan kepada mereka yang berada di tanahair selamat menunaikan ibadah korban... semoga kita mendapat manafaat dari ibadah yang kita laksanakan...


Kepada yang berada di cerok dapor tu... macam biasa lakasanakn tugas kita menyediakan juadah untuk keluarga dengan ikhlas... semoga air tangan kita menyumbang kepada keharmonian dan kasih sayang ahli keluarga...


Hari ini kak gee nak kongsikan kukis yang memang menu wajib dalam famili tiap kali raya... Biskut Pasir...
resepi turun temurun dari emak k.gee... ada juga yang memanggilnya Biskut Kerang... mungkin sebab rupanya menggerutu macam kulit kerang kot... heeeee



BISKUT PASIR


1 cawan shortening (lemak sayur)
1/2 cawan marjerin
1 cawan gula halus
1 1/4 cawan tepung kek (self raising)
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu serbuk koko
Tepung gandum (ikut lembut)
1 biji kuning telur

Cara :

Masukkan shortening, marjerin dan gula ke dalam mangkuk dan kacau rata. Tak perlu kembang sangat cukup sekadar rata dan sebati. Masukkan bahan2 yg lain kecuali serbuk koko. Jika adudnan lembik tambahkn tepung gandum. Uli hingga sebati. Bahagikn kepada 2 dan satu bahagian dicampurkan serbuk koko. Masukkan ke dlm acuan dan..... selamat mencuba ....

Friday, November 4, 2011

Bingka roti berjagung


Salam Jumaat semua... apa jua yang kita lakukan semoga mendapat keberkatan dari Yg Maha Esa... lebih-lebih lagi di bulan Zulhijjah yg sangat banyak fadhilatnya...

"Tiada sesuatu hari yang mana orang beramal soleh di dalamnya yang lebih disukai Allah daripada hari-hari ini (yakni permulaan Zulhijjah dari 1 hingga 10). Sahabat bertanya: Walaupun jihad fisabiliLlah ya Rasulullah? Jawab Rasulullah SAW.; Walaupun jihad fisabiliLlah kecuali seorang keluar dengan membawa semua hartanya dan tidak kembali sama sekali (yakni habis hartanya dan mati)." Tahniah... kepada yg berpuasa...


Jom jengok ke dapur... Pemanis mulut hari ini bingka roti berjagung... (hehehe....alangkah comotnya bingka ku ini.... heee terlembek laaa....).  Sebenarnya dah ramai yg buat kuih ni, nampak sedap dan cantek sekali.  Jom layan resepinya... minta halal yer tuan punya resepi nak share di sini pulak... terima kasih...

BINGKA ROTI JAGUNG
Sumber : Qistina

Bahan-bahannya:


3 biji telur gred A
150gm gula castor
100gm mentega, dicair dan sejukkan (cik mat guna 70gm je)
1/2 camca teh garam
300gm roti putih, didadu kecil
200gm tepung gandum
1 liter santan (hana campur susu segar)
1 camca teh esen vanilla
200gm jagung krim dalam tin

Cara:
Dalam satu bekas, satukan telur, esen vanilla dan gula, kacau hingga larut. Tambah mentega cair dan masukkan tepung dan garam, kacau rata. Tuang santan dan kacau hingga sebati.

Masukkan roti tadi dan biar terendam selama 15-20 minit. Masukkan jagung krim, kacau hingga rata dan tuang dalam acuan kuih bingka yang telah disapu mentega dan alas dasarnya dengan aluminium foil, sapu juga aluminium tadi dengan mentega.

Bakar dalam oven pada suhu 180C, selama 1 jam atau pun hingga masak. Biarkan kuih betul2 sejuk sebelum dikeluarkan dari tin dan dipotong.

Thursday, November 3, 2011

Ayam tomato.... nasi planta


Apa khabar semua? Ramai yg tak sihat rupanya.... batuk2 dan demam selsema... alahai ada pulak yang sakit gigi yer....? kesiannya dia... bawalah berehat dan jangan lupa makan ubat yer... sihat nanti k.gee belanja makan nasi planta ayam tomato.... ok set!!


Semalam hb akak puasa... ada nazar lah tu... akak pon masak la nasi yg lain sikit dr kebiasaan... bukan nak bodek yer... saje layan tekak nih... balik aje dr opis terus gedebak gedebuk kat dapor.... zass!! sharp pukul 7.00 siap!! ayam tomato bersama nasi planta..... khas untuk hb yg berpuasa.... heeeee...


AYAM TOMATO
Sumber : MyResipi

Bahan-bahan


1/2 ekor ayam
sedikit garam kunyit

## Bahan-bahan kisar ##

4-5 biji cili padi (kalau tak suka pedas boleh kurangkan)
1 cm halia
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 biji tomato-potong dadu
1/2 cawan sos tomato

## Bahan Hias ##

1/2 biji bawang besar- potong bulat
kacang hijau secukupnya

Cara-cara 1.Bersih ayam. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam kunyit. Goreng sehingga 2/3 masak 2.Tumis bahan kisar kecuali sos tomato dan tomato sehingga naik bau. Kemudian barulah dimasukkan sos dan buah tomato. Tumis sehingga naik minyak. 3.Masukkan ayam. Biar kuah jadi pekat. Sekali sekala hendaklah digaul balikkan. 4.Bila kuah dah pekat bolehlah masuk bahan-bahan hias. Biar 1-2 minit. Kemudian padamkan api.
 

resepi nasi planta.... n3 esok pulak yer...
HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015