Pages

Thursday, February 23, 2012

Muffin marble choc rice


Salam Khamis dan salam ceria selalu dan salam kaler maler... hehehe... minggu ini mood main kaler maler yer... aura kek arora masih membara di dalam jiwa.... tunggguuuuu.....!!!!

Tak tahulah apa nak jadi dengan k.gee ni, setiap hari terlior dengan menu hidangan chef2 blogger yg enak dan sedap mata memandang... lepas satu satu masuk list...dh bertimbun... semalam tengok muffin ini di dapor Ayu Singapore, terlior juga.... balik2 rumah eQa pulak request muffin coklat untuk bawa bekal ke sekolah... apalagi!! terus godek2 muffin Ayu yg sedap ini... yes!! memang sedap.... Terima kasih sesangat kpd Ayu yg angkut resipi dari Puan Rohaya, terima kasih juga kepada badariahabdrahman dan Kak Am Seroja Kitchen... memang berbaloi!! Mari kita semak resipinya yuk....

MUFFIN MARBLE CHOC RICE
(sumber : Ayu Singapore)

Bahannya

100gm butter
120gm tepung gandum * @ tepung naik sendiri,
(*kalau guna tpg naik sendiri tak perlu ltk b/powder)
80gm gula halus
60ml susu segar
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu teh paste coklat emulco
1 sudu besar serbuk koko

Cara - caranya :

Ayakkan tepung bersama baking powder.
Pukul butter hingga kembang & masukkan gula & pukul sebati.
Masukkan telur & esen pukul (2 minit )
Masukkan tepung berselang seli dengan susu segar (pakai senduk @ whisk bagi sebati )
Bahagian 2 bahagian..1 bahagian warna kuning & 1 bahagian bubuh serbuk koko & paste chocolate(sorry just edited).
Bubuh dalam papercup 3/4 penuh & taburkan coklat chip @ ikut suka.
Bakar 30 minit - 180' @ mengikut oven masing - masing

memang compom sedap dan mulus... kawan2 eQa siap nak order lagi...

cubalah....

6 comments:

  1. salam kak gee...liza pun ada tgk jugak kat dapur kak ayu hari tu..mmg nmpk sedap mapin ni, terliur sudah....hihihihi

    ReplyDelete
  2. Liza >
    memang sedap Liza...tak rugi mencuba... cuma k.gee ubah suai tukar choc rice sbb choc chips takde stok...

    ReplyDelete
  3. Assalam ee,
    hari ni dah nampak 2 blogger yang dah mencuba muffin ni..heheh sukanya..
    terimakasih gee kerana sudi mencuba seperti mana kita cakap dgn naz, kita pun mewakili puan punya recipe dan puan2 yang telah memanjangkan recipe yang sedap ni..

    ReplyDelete
  4. kak geeee.. apa kabor? haa saya pun suke kalau muffin yang butter digebukan ni. mmg lembut gebukan. nanti ada kesempatan nak try jugaakkk. comel muffin akak tuu

    ReplyDelete
  5. Ayu >
    memang sedap dan ngam dgn selera tekak k.gee...terima kasih sesangat Ayu dan penyumbang resipi muffin yg best ni...

    Izah >
    k.gee suka resipi muffin ni Izah...lembut dan moist...

    ReplyDelete
  6. comel mupin tewww...
    mmg pminat mupin pong...
    nk cuba jgak nti...

    ReplyDelete