Pages

Saturday, February 18, 2012

Rissoles roti


Salam Sabtu semua.... mesti ramai yang ambil kesempatan bersantai2 dengan keluarga kan.... elok sangat lah tu... kadang2 kesibukan bekerja membuatkan kita leka dan kurang perhatian kepada keluarga dan anak... Anak adalah amanah Allah yang sangat besar dan berat untuk dipikul oleh kedua ibu bapa. Bukan mudah untuk memastikan anak-anak kita menjadi insan yang berguna dalam zaman serba kecanggihan teknologi ini. Banyak rintangan yang perlu dihadapi.  Semoga kita tergolong di kalangan ibu bapa yg berjaya mendidik anak  menjadi manusia yang mempunyai akhlak yang baik.  InsyaAllah....


Ok mari kita jengok ke dapor k.gee hari ini.  Menu sarapan k.gee resipi ala-ala indonesia iaitu risoles tapi k.gee ubahsuai sikit gunakan roti sebagai kulitnya dan ayam kisar Ayamas sebagai intinya.... ermmmm kira sesuailah dengan citarasa k.gee dan keluarga... resipi yang mudah, ringkas, berkhasiat dan sesuai untuk semua golongan... Mari kita semak resipinya....


RISOLES ROTI
Inspirasi dari : Halal Recipes dan Mawaddah
Ubahsuai ikut citarasa: Gee®

BAHAN KULIT

- 10 keping roti gardenia

BAHAN INTI

100 gm daging ayam kisar (k.gee guna jenama Ayamas)
1 batang karot - hiris nipis
1 cawan mixed vege
1 biji bawang besar, dadu kecil
1 ulas bawang putih, cincang halus
2 sudu besar sos piza  (rempah piza + tomato puri)
2 camca besar minyak menumis
1 sudu cili kisar (cili boh)

BAHAN LAIN

1 biji telur, dipukul sedikit dengan garfu
Serbuk roti secukupnya
Minyak untuk goreng terendam

CARA MEMBUATNYA

1. UNTUK INTI :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan ayam kisar, sos piza dan cili kisar, gaul sebati. Masukkan sayuran karot, mixed vege dan perasakan dengan garam dan gula.  Gaul rata dan angkat. Sejukkan.

2. UNTUK RISOLES :- Ambil sekeping roti, isi inti dan gulung kemas (macam buat kuih gulung). Buat hingga habis. Kemudian, celupkan gulungan kuih tadi ke dalam telur dan kemudian golekkan dengan serbuk roti, goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan atas paper towel, hidangkan bersama sos cili.


 ♥  Jemput makan semua....♥

4 comments:

  1. Assalamualaikum akak ...
    Wah roti tu nampak menarik n sedap ler akak... Anak2 pasti suka kan nya kan akak...

    ReplyDelete
  2. Salam Kak Gee,
    Roti gulung dengan sardin saya biasa tengok. ini idea best jugak gantikan dengan ayam. Menyelerakan :)

    ReplyDelete
  3. Aslmkm Gee. Cantik nya gulungan nya. Anak2 Along suka camni.

    ReplyDelete
  4. salam kenal kak Gee...x penah mkn ni kak Gee..nnti nk cuba la..budak2 suka la kalo stail rangup2 ni

    ReplyDelete