Pages

Sunday, March 11, 2012

Cuti-cuti Malaysia


Selamat berhari minggu dan salam cuti sekolah.... nampaknya sana sini sibuk dengan kenduri kahwin... al maklumlah cuti sekolah memang sinonim dengan musim perkahwinan... kadang-kadang sampai 4,5 jemputan serentak... minta maaf ajelah banyak2 sebab tak dapat hadir yer...


Tak kurang juga yang mengambil peluang cuti-cuti Malaysia bersama keluarga tersayang... seronoknya dapat meluangkan masa riang ria bersama anak-anak kan....  


Oklah, menu k.gee hari ini, kuih bakar kentang... kuih ini kuih orang lama cuma diberi nafas baru.... ramuannya k.gee tambahkan kentang dan roti paun yg sudah menghampiri tarikh luputnya... heee jangan membazir kan.... resipinya hasil olahan dari dua resipi iaitu resepi kuih bakar keledek dari dapor Ita Masam manis dan kuih bakar kentang dari dapor Izah... memang sangat teruja dengan kesedapan kuih Izah dan keayuan kuih bakar Ita... hebat you all berdua....!


KUIH BAKAR KENTANG

Sumber : Izah Muffin Lover dan Masam Manis

Bahan-bahan ( 1 family... )

2 biji ubi kentang-rebus n kisar/lecek
4 biji telur
1/2 cawan gula
2 cawan tepung gandum
3 cawan santan
3 keping roti (carikkan kecil dan rendam sekejap)
pewarna kuning
1/3 sudu besar minyak sapi-cairkan

Cara-cara

Kacau telur dan gula. masukkan tepung dan santan. kacau rata dan tapis. Masukkan kentang lecek dan roti yg direndam tadi.  Masukkan juga minyak sapi cair tadi dan gaul sebati.
Sapu loyang/acuan dengan minyak, panaskan sebentar dan tuang adunan. masak atas api kecil, tabur bijan jika suka.
Bakar 45-50 minit dalam oven 200`c atau sehingga kulitnya garing.

9 comments:

  1. Assalammualaikum, cuti kemana tu? Takkan pegi majlis kawin je? Kuih bakar mcm ni kesukaan akak......tp nk tukar dgn keledek, ok tak? Hehe....saje mengolah resipi, dah tkde keje ni.

    ReplyDelete
  2. zAnAfAhMi >

    mekacih sudi singgah sini... kuih bakar keledek mmg sedap..sy dh buat, cubalah...

    ReplyDelete
  3. salam kenal kak Gee..mintak sepotong kuih tu..nk yg byk bijan..sedap tu

    ReplyDelete
  4. salam kak gee, sedap tu kuih bakar

    ReplyDelete
  5. ummiaisyah >
    Mekacih sudi singgah, alahai...dh abis laa kuihbakar tu... len kali ek k.g poskan..hehe

    Tina Othman >
    Memang sedap Tina, lebih2 lagi yg keraknya hangus tu...garing jer

    ReplyDelete
  6. Best nya dapat cuti2 buat kuih ya.... garing nya nampak.

    ReplyDelete
  7. Salam ziarah kembali,
    Sedapnya kuih bakar kentang tu, favourite saya masa kecik2, arwah ibu selalu buatkan....

    ReplyDelete
  8. bawa kuih bakar ke CH.. bercuti ke CH, singgah di Galeri BiGDee House of Magic Potions Taman Royal Lily, Tanah Rata. satu-satunya galeri nano microfungus aromaterapi di dunia!

    ReplyDelete