Pages

Saturday, March 31, 2012

Si baldu merah... keras tanganku


Salam siaran di hujung minggu semua.... hari cuti hari untuk berehat....  kan kan...

Sambil berehat sambil senaman jari jemari.... cewahhh... boleh gitu!!! alahai... konon2 mencuba bakat mendeko kek.... hahahahaha.... kerasnya tangan ku ini... tengoklah tu... nasib baik gambar blur, taklah malu sangat... hehehe



Kek red velvet kali ini k.gee cuba resipi dari blog cikmin dan cikmin pulak ambil dari blog irmaLondon... kira-kira memang serasilah dengan tekak k.gee yg suka makan yg manis2 ni... sangat lembut, moist dan sedapppp banget.... Jom kita semak resipinya.... minta halal yer k.gee kongsikan resipi kek yg sedap ini di sini pulak yer...

Resepi Red Velvet Cake


Sumber : Cikmin dan Irma
Olahan : kak gee

Bahan A - Untuk diayak bersama.

250 gram tepung gandum (resepi asal guna tepung kek)
1 tsp baking powder
1/2 tsp garam
2 tsp cocoa powder

Bahan B -campur dan kacau sebati.

240 ml buttermilk
2 tbsp pewarna merah

Pilihan kedua - sekiranya korang tak jumpa buttermilk di kedai. Usah bimbang. Campurkan 240ml susu segar dan 1 tsp cuka. Biarkan mereka sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.

Bahan C -

113 gram butter
300 gram gula kastor
2 biji telur gred A
1 tsp esen vanilla

Bahan D -

1 tsp cuka masakan
1 tsp baking soda

Topping - Cream Cheese Frosting.

227 gram cream cheese Philadelphia
227 gram mascarpone (tak ada so k.gee tak bubuh)
1 tsp esen vanilla
1 cawan gula ising
360 ml whipped cream (k.gee guna fresh mik)
Jom buat kek.

Pukul butter selama dua atau tiga minit. Seeloknya biarkan butter berada dalam suhu bilik sebelum dipukul. Seterusnya. Masukkan gula kastor dan pukul lagi selama tiga minit atau lebih.
Masukkan telur satu persatu. Pastikan basuh dan lapkan telur biar kering. Pukul lagi dalam masa tiga minit.

Masukkan esen vanilla. Pukul selama seminit.

Masukkan bahan A dan bahan B secara berselang seli. Mulakan dengan tepung dan diakhiri dengan tepung juga. Campurkan dengan kelajuan perlahan.

Dalam bekas kecil, masukkan bahan D (cuka dan baking soda) bersama. Tunggu sehingga buih cuka dan baking soda berhenti mengeluarkan bunyi seperti berdesir. Tuangkan ke dalam adunan dan kacau sehingga sebati.

Tuangkan ke dalam loyang berukuran 9 inci sebanyak dua bekas. Kalau takda bekas 9 inci pun tak apa.

Masak selama 30 minit dengan suhu 175 darjah celcius. Mula-mula saya gunakan suhu 175' C. Selepas 20 minit, saya rendahkan suhu kepada 165'C.
Cara-cara membuat Topping Cream Cheese.

Pukul cream cheese dengan mascarpone sehingga keduanya kembang. Agak-agak dalam 5 minit.
Kemudian tambahkan esen vanilla dan gula ising. Putar lagi sampai mereka sebati.  Akhir sekali masukkan whipped cream dan putar selama dua minit sehingga adunan kelihatan likat dan pekat untuk dihias.

Sekiranya adunan kelihatan cair. Boleh masukkan sekejap dalam peti ais untuk memudahkan kerja-kerja menghias.



walaupun rupa tak berapa lawa tapi hasil nya amat sedap tau...



7 comments:

  1. assalam Gee
    salam kenal
    terliur tgk kek rcv ni, krim cheese yg lemak2, aduhai sedapnya kan
    ramai kawan2 blog tayang kek rcv hari ni he he
    mana kerasnya tangan tu cantik deco pun , boleh wat kek besday ni.

    ReplyDelete
  2. Gee...meh tuko ngan cup cake RV saya nak?? hehehe....

    ReplyDelete
  3. Sama la kita Gee,soal deko mendeko kek ni eeii...takut sungguh....takut tak cantik macam org lain buat kan???

    ReplyDelete
  4. salam gee...

    Nampak sedap rv hasil tgn gee ni.. deko lapis ngan cheese mmg nampak mengiurkan... saya pun baru je buat red velvet juga tapi versi cup cake sempena besday my girl!!! esok baru dapat postkan entrynya kot sebab hari ni agak sibuk sikit!!! Apa pun mmg sedap kan rv ni kan Gee( ni first time buat..selama ni tengok je rv org lain...hari ni baru dapat merasa.. ) my besday girl pun sukakan rasanya!!!

    ReplyDelete
  5. mama sara nur >
    mekacih sudi singgah sini...hehehe... buat besday kek sdri dan anak2 bolehlah....

    Cendana kasih >
    boleh aje tukar suka sama suka...nyam2x

    Puan Ros >
    soal mendeko kek ni nmpak macam senang kan, tp bila nk buat sdri terketar2 tangan...hehehe...

    Wana Yusuf >
    memang sgt sedap wana, tak rugi mencuba... cuma kalau tak suka manis boleh kurangkn sikit gulanya...

    ReplyDelete
  6. Gee, Cantik gelap warna kek tu... I like!

    ReplyDelete
  7. salam kak gee
    alahaiii rajinya..cantik kak..sy nk buat tp x terbuat2 jgk..he heee nk sepotong kak..:)

    ReplyDelete