"Mak... eqa nak chopstick...!! nak buat apa? eqa lapar laaa.... haaaa.... apa dia? biar betul budak sorang ni... mimpi apa la gamaknya tetiba nakkan chopstick pulak.... alaa mak ni... chopstick yg orang selalu makan dengan pisau tu... yg ada kentang tu... Looorr.. itu bukan chopstick sayang... itu namanya chicken chop... hahahaha... buat lawak pulak budak ni....
Kik kik kik ... orang kampong sesekali nak makan gaya western begitu lah... nak sebut namanya pun kekadang tersyasul.... Sebenarnya k.gee tak pernah buat CC ni, biasa order di kedai jer...tapi bila selongkar2 dapor maya terpikat pulak dengan grilled cc dari dapor Wana... terus godek2...
Dari dapor Wana Potret Kasih
1 ekor ayam ( di belah 4 dan ‘debone’kan ayam – dapat 4 keping )
1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk)
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap manis
1 sudu makan kicap masin
1 sudu makan jus limau
1 sudu besar jus halia ( 1 inci halia di tumbuk dan perah jusnya kedalam ayam)
1 sudu kecil serbuk ayam ( granulled chicken stock)
Cara Penyediaan
1. Satukan semua bahan hingga rata. Kemudian peraplah ayam dalam petisejuk selam beberapa jam. Seelok-eloknya semalaman.
2. Semasa hendak membakar gaulkan dengan sedikit minyak masak dan bolehlah di bakar di atas periuk non stick. Balik-balikkan ayam hingga masak dan bolehlah di angkat. Saya guna pembakar elektrik je lebih mudah!
Untuk Sos Perang ( brown sause ) @ Sos lada hitam (k.gee guna sos segera aje)
1 labu bawang besar ( potong dadu)
1 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum ( ayak dulu takut macam-macam ada dalam tepung)
1 liter air ( lebih kurang dalam 1 jag kecil )
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap (untuk menggelapkan sikit warna sos )
1 sudu makan sos tomato atau sos chili
1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk halus)
1/2 kiub perasa ayam atau daging lembu.
Sedikit garam
Cara membuatnya
1. Panaskan mentega dalam periuk kemudian tumis bawang besar hingga layu.
2. Tepung gandum di larutkan dalam air hingga rata kemudian masukkan dalam periuk tumisan tadi.
3. Masukkan semua bahan lain termasuk sos-sos. Kacau atas api hingga pekat. Boleh di angkat dan dihidangkan.
* jika anda biasa guna kaedah white sos iaitu masak tepung gandum dalam mentega dulu baru masuk bahan-bahan lain boleh juga. Tapi saya lebih suka buat begini je sebab lebih senang.
** Anda boleh juga tambah cendawan dalam tin yang sudah dipotong-potong jika anda mahu.
Hidanglah chicken chop anda dengan kentang goreng, salad mix vege, timun dan tomato segar!!!
Jemputlah...
terima kasih Wana....
^____^ LOL
sedap giler nie.. huhuhu.. terseksa jiwa dan raga.. dh la mmg tgh lapo.. huhuhu..
ReplyDeletesalam kak gee.. ketawa tergelak2 wani ni dengar anak kak gee nak makan chopstick hihi ... alahai x pernah wani buat sendiri chicken chop ni .. selalu beli la jugak ... teringin nak buat sendiri ... boleh la dicuba nanti resepi ni
ReplyDeletehaishhh..mcm dah bertahun x buat ciken cop..sedap plak ler nampak kat umah Gee ni...
ReplyDeleteasslm Kak Gee...nmpk sedap CC tu...teringin pula nk mcuba lg...
ReplyDeleteoooh... ingatkah dia nak makan guna chpstick...rupanya nak makan chicken chop! he he heh
ReplyDeleteAs'alam Gee
ReplyDeletekalau chopstik tu boleh cucuk kat sangggul jer Gee...hihihi. anak2 ni kalau buat lawak memang mencuit hati kita kan Gee..hehehe
CT memang tak pernah buat sendiri, tapi kalau teringin sangat nak makan apalagi...Oderlah dengan En abang kita aje, makan luar..hehehe
salam kak gee
ReplyDeletetgok daging tue ..menggoda btl la..:) i like..
akak.. nak chopstik gak nak jugak... kikiki.. budak2 memang gitu. mcm anak saya, kalau nak sup ayam mesti kabor.. nak ayam air.. hehhee..
ReplyDeletewoo nampak sedap n juicy gitu. mmg like
salam gee..
ReplyDeletesedapnya gee.. nampak juicy je ciken chop gee tu... membuat semua org kat sini terliurrr!!!.akk dah lama tak masak cikenchop!!! teringin sihh!!!
Ohh ya Gee... nak makan chopstik ok lagi... pernah dengar nak tak org nak makan chicken pox!!! bebudak kat umah akak selalu tersebut bende tu....
ReplyDelete