Selamat Hari Pekerja kepada semua pekerja-pekerja di Malaysia.... termasuklah pekerja yang bekerja siang malam di cerok dapor tu... yang tidak bercuti rehat pon... syabas! anda adalah pekerja cemerlang...
Sempena cuti rehat hari ini, k,gee nak sajikan cucur badak yang montok macam k.gee badak untuk sarapan... hehehe... badak pon badak lah janji kewajipan menyediakan makan minum untuk suami dan anak2 ditunaikan... betul gitu cik yah??
CUCUR BADAK
Bahan doh
500 gm ubi keledek- direbus empuk dan lecek
1 cawan tepung gandum
Sedikit garam
Bahan inti
1/2 biji kelapa parut
3 biji bwg merah - kisar
3 biji bwg putih - kisar
2 btg serai - kisar
1/2 sdt serbuk kunyit
100 gm udang kering atau udang hidup
2 sdb cili kisar
Sedikit garam, gula
Minyak masak
Untuk inti:
1) Panaskan minyak. Masukkan semua bahan yang telah dikisar beserta serbuk kunyit dan udang hidup yg dipotong kecil. Biar sehingga naik baunya.
2) Masukkan kelapa, garam & gula. Kacau rata. Tutup api dan ketepikan.
Untuk kuih :
1) Gaul rata semua bahan doh kecuali minyak masak membentuk doh. Tambah
tepung sedikit demi sedikit sekiranya doh lembik dan melekat.
2) Ambil sedikit doh dan buatkn bentuk bebola, leperkn dan isikn inti di tengahnya.
3) Goreng bebola yang telah diisi inti sehingga keemasan. Angkat dan tos.
Satu lagi resipi keledek selepas kuih keria....
senang hati keledek sudah habis....
salam kak gee.. tun suka tgk je cucur badak ni.. sbb tun xsuka makan inti kelapa+udang kering. hehe.. agak2 kalau buat tun letak inti kacang ke, coklat ke.. hehe.. jd cucur badak air sbb xleh bg nama cuucr badak dh kan ;p
ReplyDeletekuih kegemaran akak ni Gee, kalau makan maunya 5 ketoi baru berhenti...pastu dah ngadap lagi..he3..comel2 je cucur badak Gee..
ReplyDeletedapat yg panas2 ni best tau..2 ketul dah tentu..
ReplyDeletebundo ingat nak cuti kerja dapur harini tapi ramai pula sedara yang datang..hiii...
ReplyDeleteSalam Kak Gee...
ReplyDeletecomelnya cucur badak dalam bakul cute tu...nak la..