Warna purple melambangkan kewanitaan dan keibuan... itu kata Dr. Fadzilah Kamsah, pakar motivasi yang terkenal tu... siapa suka warna purple sila angkat tangan... heeee, kita boleh gang lah... apa kata raya tahun ini tema purple nak?
Kuih lapis keladi adalah resipi akibat daripada teruja dengan warna purple... sana sini tengok ada kuih muih dan kek purple... cantik sangat dan menggoda.... K.gee belek2 beberapa resipi dan terus terpaut pada resipi kuih lapis Naz rinn chan... dulu pernah buat kuih lapis tapi guna tepung beras kali ini cuba tepung gandum pulak... ermmm dua-dua pon sedap... walaupun k.gee tak masukkan keladi cuma perisa sahaja tapi rasanya tetap sedap dengan teksturnya yang halus mulus dan lembut... terima kasih kepada empunya resipi dan mohon izin k.gee panjangkan resipinya di sini pulak yer...
KUIH LAPIS KELADI
Sumber : Naz Rinn Chan
Bahan-bahan:
1 1/2 cwn tepung gandum
1/4 cwn tepung beras
1/4 cwn tepung jagung
1/2 cwn gula pasir..boleh tambah jika suka lebih manis
3 cwn santan..tambah jika perlu
1 camca teh garam
Pewarna merah (guna warna purple)
1/2 camca teh esen ros (optional) (k.gee guna perisa keladi)
Cara-cara:
1. Panaskan kukusan. Sapukan loyang (8 inci/20 cm) dgn sedikit minyak. Masuk loyang dlm kukusan.
2. Campurkan kesemua bahan kecuali pewarna merah dan esen ros.
3. Tapis adunan dan bahagikan kepada dua bahagian.
4. Satu bahagian warnakan dengan merah dan campurkan juga esen ros. Satu bahagian lagi tanpa warna.
5. Mulakan lapisan bawah dgn warna putih. Biarkan selama 6min-8min atau hingga masak baru tindih dgn lapisan seterusnya. Ini tip utk membolehkan lapisan dikopek selapis demi selapis. Lakukan hingga habis.
*TIPS utk mendaptkan hasil kukusan yg tidak keras atau tidak terlalu lembik:
(i)Sekiranya sukatan semua tepung adalah 2 cwn, maka adunan yg telah dicampur santan hendaklah menjadi 4 cwn. Maksudnya jumlah adunan cair adalah 2 kali ganda jumlah adunan tepung.
(ii)Gunakan cwn yg sama utk semua sukatan.
(iii)Kalau tak de pewarna merah, rinn kekadang guna Rose Syrup F&N..brand lain pun boleh. Kalau guna yg ini tak payah bubuh esen ros daaaahh
cantiknya kuih lapis pepel ni, kuih kegemaran akak ni..meh bagi akak sepotong, jadilah wat rasa2 je...
ReplyDeleteYatie >
ReplyDeletesilalah Yatie...hehehe kuih gee yg sememeh tu...
kak gee
ReplyDeletei love too purple colour..waaaa nk nangis tgok..cute miut..:)
err saya suka warna pepel...hehehe...angkat tangan gak ni...
ReplyDeletealolo cumilllnya kak gee...mesti wangi je kan bau perisa keladi tu...
canteknya..eksklusif tngokkalerr yg lembut..nyaman rasa hati..sy obses ngan keladi ni kak..mesti sedap punya..
ReplyDeletetun suka!! meh kita geng.. tudung kaler perpel yg sama ada 4helai! hehe... tu x masuk pink n tona lain2 tu ^^ so, kuih ni sungguh cantik menawan.
ReplyDeletebukan angkat tangan jer, dgn kibod pun angkat. yer la.. camna nak angkat tangan aje, kalau dah tangan duk ngetuk kibod kan.. hehe.. mmg suka gak kaler pepel. cantik kuih lapis kaler pepel gitu .. sweet jer :)
ReplyDeleteI love purple colour too.... Lagi suka kalau dapat makan kuih tu.
ReplyDeleteCantek kuih talam purple ni..bak mai 2 3 ketui..
ReplyDeletesaya memang suka colour purple..dulu, kini dan selamanya..hehe
ReplyDeletecantik sgtla kuih akak ni..sedapnya kalau dpt merasa:)