Pages

Wednesday, June 20, 2012

Pasta goreng sempoi


Terkial-kial hari ini k.gee nak menghapdet...  sebabnya lappy kesayangan k.gee tu anak bujang pinjam bawa ke kolej nak buat asssignment katanya.... adusssss... guna lappy baru ni tak familiar lagi so terhegeh2.... cap mohor 'gee-hut' pon tak tempah lagi...    


Sebenarnya bukan ada menu special pon, setakat makan pasta goreng sempoi saja pagi ini... hajat di hati nak buat spagheti meatball... tup tup balik rumah semalam tengok tersalah beli pasta...bukan spagheti tapi fetuchini.... haiya! mata pon dah naik rabun.... terus hilang mood nak makan meatball... pagi ini fetuchini terjun dalam kuali dan goreng biasa-biasa saje lah...

PASTA GORENG SEMPOI

1 paket pasta fetuchini
1/2 paket daging kisar Ramli Burger
1/2 cawan sos piza (rempah piza + tomato puri)
4 butir bawang putih - cincang halus
1 biji bawang besar - didadu
1 sudu cili kisar
1 biji buah tomato
2 biji telor
Garam dan gula secukup rasa

Cara:
Pasta direbus hingga lembut dan toskan.  Ketepikan.
Panaskan kuali dan tumis bawang putih hingga naik baunya.  masukkan bawang dadu dan daging kisar.  gaul sebati.  masukkan sos piza dan buah tomato.  tambahkan sedikit air, garam dan gula dan biar sehingga mendidih dan pekat.  Bila sudah pekat, tuangkan pasta yang direbus tadi dan gaul rata.
Angkat dan hidangkan.  Senangkan...
 




15 comments:

  1. wpun grg biasa2 tp tetap nmpk mengancam....tambah pulak cili api hiris, pergggghhhh....hihihihi

    ReplyDelete
  2. salam Gee, pasta ni goreng biasa2 je pun sedap jugakk... pada saya ia lebih sedap dari mee kuning tu...

    ReplyDelete
  3. salam kak gee

    sedapnya, tina suka goreng simple2 mcm2 =)

    ReplyDelete
  4. As'salam Gee

    pasta ct ada dalam tapeware dah lama rasanya, tak termasak2 juga jangan berkulat sudah hihi
    walaupun simple tapi kalau makan terangkat juga ni Gee :)

    ReplyDelete
  5. Dah lama tak masak pasta, stock pun lama tak simpan.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. salam kak gee.. lama nya x singgah dapo kak gee .susahnya nak komen .. baru je nak komen internet wat hal lak.. apappun pasta tu walau simple namun mesti menjilat jari makan kan ...:)

    ReplyDelete
  10. sempoi2 ..kita cukup berkenan..masuk perut suka hati..hihi!

    ReplyDelete
  11. yg sempoi tu sedap kak...cantik gambar first tue..

    ReplyDelete
  12. lamanya x berjerenggeng kat pondok kak Gee ni..maafkan keterlanjuran hamba yer...dah bersila dah ni..bak sepinggan!

    ReplyDelete
  13. Walaupun sempoi tapi mengenceskan.. bizi ke gee..

    ReplyDelete
  14. Assalam gee,
    menu macam nilah yang senang nak prepare, lagi2 bila kita sibuk mengupdate blog..hehehh pecah rahsia..

    ReplyDelete