Pages

Tuesday, July 31, 2012

Fasa maghfirah


Alhamdulillah kita sudah melangkah ke fasa kedua Ramadhan fasa maghfirah iaitu keampunan dari Allah SWT... Inilah ketikanya untuk meminta ampun dan bertaubat atas dosa-dosa kita dengan memperbanyakkan zikir, solat terawih, solat-solat sunat, qiamullail serta memperbanyakkan bacaan Al-Quran... 

Firman ALLAH Subhanahu wa Ta’ala yang lebih kurang maksudnya:

Katakanlah: “Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah az-Zumar 39:53)



Syukur, k.gee dan famili masih diberi kekuatan untuk meneruskan amalan Ramadhan di samping tanggungjawab menguruskan rumahtangga... setiap titik peluh yg mengalir pasti ada ganjarannya janji kita ikhlas melakukannya... Apa pula juadah untuk berbuka hari ini yer? Kalau weekdays ni k.gee memang tak sempat nak sedia juadah yang pelbagai, setakat yang ringkas dan mudah saje... itupun dah puas bersilat kelentang kelentong di dapor... mujur tak rebah aje... Bila tengok suami dan anak2 makan dengan seleranya, hilang rasa penat lelah... malah hati berbunga2 pulak... tambahan kena puji... lagilah kembangnya bunga tu... heeeee 


Juadah nasi bukhari resipi dari Kak Hanieliza ni k.gee sediakan pada hari minggu baru ni.. kebetulan anak yg duduk di asrama ada balik, so masak yang special sikit untuk dia tapaw dan berjamu bersama rakan2nya...


Kalau ada yang teringin nak buat Nasi Bukhari Kak Hanieliza, bolehlah rujuk resipinya di sini yer... Kak gee memang suka resipi ini.... best giler! Dan resipi ayam berempah pula k.gee hangkut dari dapor K.Ummi.  Minta halal yer saya cnp semuanya...

NASI BUKHARI

Bahan


1 ekor ayam [potong 8 dan bersihkan]
1 kg beras bathmati [basuh dan toskan]
3 s/b rempah kurma + 1 s/b sos tomato [bancuhkan]
2 biji buah tomato [belah 4]
1 liter air
1/2 cawan susu cair/yogurt
1 pokok daun ketumbar [potong pendek]
4 s/b minyak sapi
garam
gula

bahan tumis
10 ulas bawang merah ]
4 ulas bawang putih ] tumbuk
3 cm halia ]
2 kuntum bunga lawang
2 cm kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

Cara

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.

2. Masukkan rempah yg dibancuhkan. Kacau rata dan biarkan sehingga wangi dan garing.

3. Masukkan air, garam dan gula. Biarkan sehingga mendideh.

4. Masukkan ayam dan buah tomato. Biarkan mendideh.

5. Masukkan nasi dan daun ketumbar.Biarkan mendideh dan kering saperti nasi biasa.

6. Bila sudah masak, gemburkan dan hidangkan bersama bawang goreng dan gulai dalca serta acar timun mentah.
 
 
AYAM GORENG BEREMPAH
Oleh : K.Ummi

Bahan:-

4 labu bawang merah
6 batang serai
2 tongkol lengkuas
3 sudu rempah kari ikan
3 sudu kunyit babas
5 sudu cili kering (blend)
5 helai daun kari 5 tangkai cili kering dipotong 3
sedikit serbuk perasa
*saya tambah:1 sudu beso biji ketumbar+jintan manis+jintan putih

Cara Memasak:-

Ayam dipotong 16/atau ikut suka. Bersihkan dan toskan.

Perapkan ayam tadi bersama semua bahan-bahan blend bersama rempah, cili kering...perap lebih satu jam..

Panaskan minyak untuk "deep fry" dan goreng ayam tadi, api biar sederhana. Bila serdak agak kekuningan, tapis dan asingkan agar tidak hitam dan hangus (*akak biarkan jek..ok laa..xda la hangus sangat...sedang sedap makan..hehe)

Bila ayam dah masak, masukkan daun kari dan cili kering potong tadi.

Tabur atas ayam bersama serdak tadi....tentu menyelerakan, lebih banyak serai dan lengkuas lebih banyak serdaknya.

7 comments:

  1. salam kak gie... best ni.. bulih masuk list

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Gee

    waduh sungguh nampak sedap nasi bukhari tu...mmg boleh masuk list...dh terguder ini.

    ReplyDelete
  3. Sedapnya nasi tu kak gee... Kalau duduk sebelah rumah confirm saya hantar mangkuk tingkat...

    ReplyDelete
  4. sedapnya kak gee

    mesti puas tgk keluarga makan bertambah2 kan

    ReplyDelete
  5. sedap seindah namanya....

    bukhari teringat nama arwah adik yg dh meninggal.....

    ReplyDelete
  6. Assalam kak Gee, juadah yang menyelerakan..sedapnya tgk nasi dan lauk tu.nanti boleh cuba:)

    ReplyDelete
  7. kalu kat bazaar dia orang jual RM10sebungkus hehe...tapi Gee nye lagi lazat kot!

    ReplyDelete