Assalamualaikum... masih dalam mood hari raya lagi ke? ermmm... mestilah... esok lusa ni ada 2,3 jemputan rumah terbuka kan... syukur alhamdulillah, bolehlah jimat sikit poket ni... tak payahlah cari kedai makan untuk sarapan dan lunch kan... silap2 dinner pon ada jemputan juga... heeee makan preeeee!!!!
Tapi kalau berkemampuan, jangan lupa puasa sunat Syawal yer... ada ganjaran berganda yg Allah janjikan... umat Islam sangat digalakkan berpuasa sunat Syawal selama enam hari bagi mengimbangi kesihatan yang telah menikmati pelbagai makanan ketika hari raya. Puasa enam hari pada Syawal juga dapat melatih kembali hati dan diri daripada godaan nafsu.
Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
“Barang siapa berpuasa Ramadhan (penuh) lalu diikuti dengan berpuasa enam hari pada Syawal maka dia seperti berpuasa seumur hidup.” (Riwayat Muslim)
Menu berbuka puasa k.gee dengan hb hari ini ~ Tauhu sumbat yang ringkas... Jom !!
TAUHU SUMBAT
3 ketul tauhu putih
Timun dihiris kecil2
Tauhu digoreng hingga kekuningan dan potong dua. Belah ditengahnya dan sumbatkan timun atau sayuran ditengahnya.
Sos :
2 biji cili merah
2 biji cili padi
2 ulas bawang putih
1 biji buah tomato
1/2 cawan air
Garam, gula, cuka secukup rasa
Kisar semua bahan dan masak hingga pekat. Sejukkan dan sedia dimakan bersama tauhu sumbat tadi. Simple kan...!
hehe.. tang makan free tu yang suka dengar tu. Gee.. kita suka tahu sumbat.
ReplyDelete