Assalamualaikum... salam siaran dan salam manis semua... k.gee baru balik dari KL membantu menguruskan para usahawan Pahang yang menyertai HALFEST 2012 di PWTC... Halfest adalah ekspo Halal terbesar di Malaysia untuk membantu pengusaha mempromosi dan memasarkan produk mereka kepada pengguna tempatan di samping pelbagai aktiviti meriah sudah diatur... Jom kita ramai2 menyokong industri halal tempatan... Jom ke HALFEST 2012!
Sambil2 tu apa kata kita layan dulu menu santai k.gee hari ini... Kuih bakar kentang... nak celoteh panjang2 tak ada idea la dik.. hehehe
Sumber : mummyseri
Bahan:-
2 biji ubi kentang sederhana besar - rebus n kisar
1 biji telur
2/3 cawan gula pasir
1 cawan tepung gandum
1 cawan santan
sedikit pewarna kuning/hijau
1/3 sudu besar minyak sapi-cairkan
Bijan hitam dan putih (k.gee tambah)
Cara-Cara:-
1. Dalam bekas, kacau telur n gula hingga gula larut.
2. Masukkan tepung n santan. kacau rata, pastu tapis.
3. Masukkan dalam ubi kentang tadi dan kacau rata.
4. Masukkan minyak sapi cair dan kacau sebati.
5. Sapu loyang/acuan dengan minyak, panaskan sebentar, tuang adunan.
6. Masak atas api kecil, tabur bijan jika suka.
7. K.gee masak dalam oven 180'c selama 1 jam.
Lemak2 jer rasanya... bestttt....!!!
sedapnya nampak....
ReplyDeletebahagian atas tuh yg sangat sedap..
slm Kak G...
ReplyDeletekuih ni mmg lama dh teringin utk dcuba..hb ade juga buat pmintaan...tp QH sbuk buat yg lain pula...hehe
Bulan posa ada buat sekali...sedap...
ReplyDeletex pernah cuba nie kak gee,
ReplyDeletelemak2 kan..wahhh bestnie..zila msk list jgk la:)
Sedapnya kuih bakar ni..nak jugak satu slice..
ReplyDeletekena cuba ni..
ReplyDelete