Assalamualaikum.... petang2 begini teringin nak makan manis2an... tambah2 bila tekak terasa sakit dan pahit semacam... sudah terbayang bubur atau pengat yang enak dan lemak manis rasanya... argghhh!!! alangkah nyamannya tekak....
Huray!! ada pengat labu laa... ada skoteng lagi... sedapnyaaaa..... tak sabar2 k.gee nak hirup kuahnya yang manis dan harum bau gula melaka.... ada yang terlior ke...? jom ikut k.gee nak? k.gee ada di hospital KMC ni... anak k.gee si eQa tu demam dek jangkitan pada tonsilnya.... dah 2 hari tidor berkongsi katil dengan eQa... huuuuu... anak sakit emak pon sakit.... Tapi pagi tadi sempat balik rumah sekejap dan masak pengat labu ni dan tapaw ke hospital.... layan tekak yg pahit ni....
PENGAT LABU
Bahan-bahan:
200g labu (dibersihkan dan potong dadu)
2 cawan santan pekat
10 gram skoteng (direbus sehingga lembut)
1 cawan air
1/2 cawan gula
1/2 cawan gula melaka/gula merah
Sedikit garam
2 helai daun pandan
Cara-cara
Masukkan semua bahan-bahan di atas, tinggalkan sikit santan pekat, kacau selalu supaya santan tidak naik minyak, bila dah mendidih akhir sekali baru masukkan santan pekat dan skoteng yg sudah direbus tadi. Sedia untuk dihidangkan.
Jemput semua....
Lama tak makan pengat... Sedapnya bila tengok pengat kak Gee ni.. :)
ReplyDeleteAsslmkum k.gee
ReplyDeletelahhh siannya. . Berkampung kat hospital lah ni ya. Hope eqa cepat sihat.
Mmg sedap pengat labu nih. Sue suka mkn sejuk2. Best sgt. Hr ni tumpang jamu mata ja lah kat sini. Heeee
Salam Gee,
ReplyDeletenyaman makan pengat labu kat spital yerk...
salam Gee..
ReplyDeleteakak jenjalan pagi ni nampak labu ni bekenan lah pulak kalau dpt makan best jugak ni heee
salam Gee..
ReplyDeleteakak jenjalan pagi ni nampak labu ni bekenan lah pulak kalau dpt makan best jugak ni heee
labu ni mmg sesuai buat pelbagai juadah kan, dr manisan smpi ke sayur mayur..ehe...tapi kira o.k juga kan kalau beli sebiji besar, sbb dia tahan dalam peti ais lama2, asalkan dibalut plastik elok2..sedapp makan manisan ni, lebih2 kalau sejuk2 sikt.
ReplyDeletePengat labu memang sedap...teringat zaman kanak2 dulu..emak selalu buat pengat labu...maklumlah..ada pokok labu tepi rumah...hehe
ReplyDeletesedapnya kak gee,last zila mkn pgat labu time bulan pose aritu..mak buat..tp x der skoteng..tgk kat sini kecurr la pulak,
ReplyDeletesmoga ank kak gee cpat sembuh ok:)