Selamat pagi Isnin dan selamat menjalankan tugas... Apa pun tanggungjawab yang diberikan kepada kita semoga segalanya dapat dijalankan dengan baik, sempurna dan mendapat keredhaan Ilahi... InsyaAllah...
Pagi ini mari kita bersarapan kuih apam gula merah... pada k.gee kuih apam gula merah sangat nostalgia... meninggalkan seribu kenangan bersama arwah nenda... tetiba k.gee terkenangkan arwah nenda yang memang pakar mengapam dan menjadi kuih fav dia... apamnya memang bersarang dan gebu sangat... biasanya nenda akan simpan sedkit ibunya (ibu roti yer...) untuk menggodek apam lagi di hari esok... asal ada anak cucu balik bersusah payah lah orang tua tu menggodek apam... Lepas apam... apam... dan apam lagi... kadang kadang naik jemu bila kerap sangat makan apam... tapi sumbat jugak bimbang kecil pulak hati nenda nanti... kalau teringin makan kuih muih lain biasanya kami akan membelinya di kedai berhampiran... begitulah nenda dan apamnya... hehehe
Apam Gula Merah
Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 cawan air gula merah
1 sk yis kering
1/2 cawan gula pasir
secubit garam
Cara-cara
Masak gula merah dgn air, daun pandan, gula pasir dan sejukkan. Gaulkan tepung gandum dengan yis ke dalam mangkuk bancuhan. Masukkan air gula ke dalam campuran tepung, sedikit demi sedikit hingga sebati. Rehatkan adunan selama sejam atau bancuhan naik dua kali ganda. Masukkan ke dalam loyang dan kukus apam selama 30 minit atau apam masak. Hidangkan apam dengan kelapa yang telah digaulkan dengan sedikit garam.
Semoga roh nenda dicucuri rahmat olehNya...
al fatihah...
Memang apam gula merah penuh nostalgia... inilah salah satu hidangan sarapan kami sekeluarga masa kecik2 dulu!
ReplyDeleteye la, lama jugak tak ngunyah apam gula merah..enak dimakan petang yg dingin..aduh..
ReplyDelete