Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Ya Allah, sampaikan selawat kepada Rasulullah dan keluarganya
Ya Allah
Teguhkanlah kami pada agama-Mu
Kurniakan lah rahmat dari sisi-Mu
Bimbinglah kami untuk melaksanakan kewajiban yang Kau wajibkan untuk kami taati dan
Kau berikan lah kurniaan pada hari pembalasan kepada orang yang layak menerimanya.
Sungguh, Engkaulah Yang Maha Gagah dan Maha Bijaksana.. Aminnn
Salam Jumaat semua... n3 ringkas dan cepat hari Jumaat ini sebab tuan tanah ada urusan penting di luar daerah... Ini menu makan malam semalam... Ikan patin goreng daun kesum... sudah ramai yg sudah mencuba resepi ini... memang sedap dan terima kasih kepada empunya resepi... K.gee olah sikit resepinya mengikut citarasa keluarga...
IKAN PATIN GORENG KESUM
Rujukan : My Kuali
Resepi: Chef Kamarul @ Majalah Saji
Dicuba rasa : Ummi @ Home Sweet Home
Bahan:-
500 gm udang (sederhana besar) - k.gee guna ikan patin
Minyak masak untuk menggoreng
Bahan Perap:-
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil serbuk kari
1/2 sudu kecil lada hitam kisar
1 sudu besar tepung jagung
sedikit garam
Bahan Cincang:-
6 ulas bawang putih
3 cm halia
1 tangkai besar daun kesum
1 tangkai kecil daun selasih (*akak xda ni) (kak rose pun x dak!) (k.gee tak letak)
1 tangkai kecil daun kari (k.gee tak letak)
1 tangkai cili merah
5 biji cili padi (k.gee tambah)
Cara Memasak:-
Kelar bahagian belakang udang dan bersihkannya. (K.gee bersihkan ikan dan lumur garam kunyit)
Gaul udang bersama bahan perapan. (*akak perap 20 minit).
Panaskan minyak dan goreng udang sehingga benar-benar garing. Angkat dan toskan.
Keluarkan sebahagian minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar sahaja. Tumiskan bawang putih dan halia sehingga agak garing.
Masukkan pula cili merah dan diikuti daun kesum dan daun selasih. Sentiasa kacau supaya tidak hangus.
Masukkan semula udang tadi dan gaul rata sebentar. Tutup api dan hidangkan bersama nasi panas....Memang enak seehhh! ^___^
Ta ta.. jumpa lagi nanti yer...
Sedap ni Gee..
ReplyDeleteEnak! Harum lagi...sungguh menyelerakan buat lauk tengahartikan Gee...
ReplyDeletekalau ada daun kesum ni kak..mmg power diapunya rasa...
ReplyDeleteWoooo... ngences tengok lauk camni... sure selera makan nasi!
ReplyDeletewah nmpk betul2 sedap lauk ni kak G..tliur tgk
ReplyDeletetgk je dh berselera kalu dpt rasa lg la kan... hehe... lauk mcm tu kalo dpt kt mas memang licin sepinggan hihii
ReplyDeletewak tengok pon mcm sedap .., tp wak X makan ikan patin jugakkk.. UHhuuu, salamm
ReplyDelete