Selamat pagi semua... Senyum senyum senyum Kalau saya senyum Awak mesti senyum sekali Kalau kita senyum Semua orang berjangkit Bila semua orang senyum Dunia tiada penyakit Senyum Tak perlu kata apa-apa... Hehehe... idea terbenam di pagi yang sejuk ini... jangan marah arrrr.....
Jom kita sarapan pagi dengan kuih bakar keledek oren... wangi tau aroma keledek dan bijan bila kena bakar... kena pulak cuaca sejuk begini... dapat makan kuih bakar dengan kopi-o panas.... pergh!! Terima kasih Yatiememories kerana kongsikan resepi kuih yang sedap nih... dan happy belated birthday Yatie...
KUIH BAKAR KELEDEK OREN
Sumber : Yatiememories
BAHAN-BAHAN
4 biji telur
3 cwn santan
2 cwn tepung gandum
1 cwn gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar butter
2 cwn keledek (rebus dan lecek)
CARA-CARA
Panaskan oven pada suhu 200C, lenser loyang dengan mentega, (kalau nak kuih kelihatan tinggi, boleh guna tin (7 x7 x 3) inci. Ketepikan...
Satukan bahan2 diatas kecuali keledek lecek, dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu. Tapis adunan tadi dan masukkan keledek lecek, kacau hingga rata.
Tuang dalam tin yang telah disiapkan tadi. Bakar selama 1 jam atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran.
Keluarkan dari oven setelah kuih masak. Biar sejuk sebelum dikeluarkan dari tin.
Jom sarapan sama-sama....
Selamat pagi Kak Gee...
ReplyDeleteSenang hati bila ngadap kuih bakar pepagi mcm ni...hehe
sedapnya makan ni lepas makan nasi lemak he he
ReplyDeletenampak lain dan sedap ni...
ReplyDeletesalam syg kak gee
ReplyDeleteamboii siap ada lagu senyum lg kan..h ehehe..senyum sokmo nie kak..alahai kasi la kita 3 ketul x sarapan lagi nie kak:)
Asslmkm Kak Gee.
ReplyDeleteSedap tu kuih bako. Sue suka part2 yg garing/ hangit tu. Yg tengah2 tu last2 baru makan.