Saturday, March 31, 2012

Si baldu merah... keras tanganku


Salam siaran di hujung minggu semua.... hari cuti hari untuk berehat....  kan kan...

Sambil berehat sambil senaman jari jemari.... cewahhh... boleh gitu!!! alahai... konon2 mencuba bakat mendeko kek.... hahahahaha.... kerasnya tangan ku ini... tengoklah tu... nasib baik gambar blur, taklah malu sangat... hehehe



Kek red velvet kali ini k.gee cuba resipi dari blog cikmin dan cikmin pulak ambil dari blog irmaLondon... kira-kira memang serasilah dengan tekak k.gee yg suka makan yg manis2 ni... sangat lembut, moist dan sedapppp banget.... Jom kita semak resipinya.... minta halal yer k.gee kongsikan resipi kek yg sedap ini di sini pulak yer...

Resepi Red Velvet Cake


Sumber : Cikmin dan Irma
Olahan : kak gee

Bahan A - Untuk diayak bersama.

250 gram tepung gandum (resepi asal guna tepung kek)
1 tsp baking powder
1/2 tsp garam
2 tsp cocoa powder

Bahan B -campur dan kacau sebati.

240 ml buttermilk
2 tbsp pewarna merah

Pilihan kedua - sekiranya korang tak jumpa buttermilk di kedai. Usah bimbang. Campurkan 240ml susu segar dan 1 tsp cuka. Biarkan mereka sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.

Bahan C -

113 gram butter
300 gram gula kastor
2 biji telur gred A
1 tsp esen vanilla

Bahan D -

1 tsp cuka masakan
1 tsp baking soda

Topping - Cream Cheese Frosting.

227 gram cream cheese Philadelphia
227 gram mascarpone (tak ada so k.gee tak bubuh)
1 tsp esen vanilla
1 cawan gula ising
360 ml whipped cream (k.gee guna fresh mik)
Jom buat kek.

Pukul butter selama dua atau tiga minit. Seeloknya biarkan butter berada dalam suhu bilik sebelum dipukul. Seterusnya. Masukkan gula kastor dan pukul lagi selama tiga minit atau lebih.
Masukkan telur satu persatu. Pastikan basuh dan lapkan telur biar kering. Pukul lagi dalam masa tiga minit.

Masukkan esen vanilla. Pukul selama seminit.

Masukkan bahan A dan bahan B secara berselang seli. Mulakan dengan tepung dan diakhiri dengan tepung juga. Campurkan dengan kelajuan perlahan.

Dalam bekas kecil, masukkan bahan D (cuka dan baking soda) bersama. Tunggu sehingga buih cuka dan baking soda berhenti mengeluarkan bunyi seperti berdesir. Tuangkan ke dalam adunan dan kacau sehingga sebati.

Tuangkan ke dalam loyang berukuran 9 inci sebanyak dua bekas. Kalau takda bekas 9 inci pun tak apa.

Masak selama 30 minit dengan suhu 175 darjah celcius. Mula-mula saya gunakan suhu 175' C. Selepas 20 minit, saya rendahkan suhu kepada 165'C.
Cara-cara membuat Topping Cream Cheese.

Pukul cream cheese dengan mascarpone sehingga keduanya kembang. Agak-agak dalam 5 minit.
Kemudian tambahkan esen vanilla dan gula ising. Putar lagi sampai mereka sebati.  Akhir sekali masukkan whipped cream dan putar selama dua minit sehingga adunan kelihatan likat dan pekat untuk dihias.

Sekiranya adunan kelihatan cair. Boleh masukkan sekejap dalam peti ais untuk memudahkan kerja-kerja menghias.



walaupun rupa tak berapa lawa tapi hasil nya amat sedap tau...



Thursday, March 29, 2012

ala famous amos cookies


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang... Assalamualaikum...salam ceria buat semua... semoga hari ini memberi seribu kebahagiaan buat kita... Pepagi begini kalau makan kukis aci tak?  Kalau di kampong kak gee, sarapan pagi mesti makanan 'berat'... tapi bukanlah makan besi dik oii!!  makan nasik...!!! macam2 nasi ada; nasi lemak, nasi minyak, nasi kerabu, nasi berlauk, nasi dagang.... hish terkejut la org KL kalau datang sini... ini sarapan ke kenduri...? hehehe... sudah budayanya begitu... nak buat macamana, ye tak?


Sarapan hari ini k.gee tak makan nasi tapi makan roti sapu kaya saje... bukan apa... simpan perut sebab tengahari ini di ofis k.gee ada jamuan.... horay!!! Sebelum jamuan tu, jom kita santai2 tengok kukis yg k.gee buat untuk anak dara k.gee yang duduk di asrama... jnagan mintak pulak yer dah habis semuanya... jamu mata sudah lah yer...ekeke....

FAMOUS AMOS CHOC CHIPS COOKIES
Sumber : Hanamemories

Bahan-bahan

1 cawan gula- hana tak buh!
1 cawan padat gula perang * - tapi hana lbhkan sedikit gula perang
1 cawan mentega
1 cawan minyak
1 telor
1 sb susu segar
4 cawan tepung gandum
1 sk garam *
1 sk cream of tartar- hana gune emplex
1 sk baking soda
½ cawan walnut cincang - hana gune badam cincang
2 cawan semisweet chocolate chips
1 sk vanilla extract

Cara-cara

Pukul gula, mentega, minyak, telor, susu and vanilla hingga sebati.

Masukkan bahan2 kering, walnut dan chocolate chips

Adunan nampak lembik, sudukan satu sudu kecil ke atas dulang pembakar, tak perlu di gris.

Bakar pada suhu 350 ‘F (175’ C) dlm 10-15 minit (bergantung pada jenis oven)

Nota * Rasa agak manis, boleh kurangkan gula perang kepada ½ atau ¾ cawan. Jika mentega dah masin kurangkan garam kepada ½ sk.

Cookies ini agak peroi, jika suka keras sedikit, lebihkan tepung ikut kesukaan.

Walnut boleh diganti dengan kacang jenis lain
 

sedap kukis ni... terima kasih penyumbang resipi....

Wednesday, March 28, 2012

Lempeng kelapa


Assalamualaikum...selamat pagi Rabu semua... apa kata pagi ini kita makan lempeng kelapa nak? ada pulak belen lauk semalam daging masak lemak kerisik, boleh cicah dengan lempeng kan.... sarapan ala kampong jer....


Sebenarnya lauk daging jarang masuk ke dapor k.gee... bukan apa, anak2 kurang suka... ayam saje yg menjadi kesukaan mereka... Lempeng kelapa ini pon bukan pev mereka, jadi k.gee dengan hb jer yg makan... kalau sudi jemputlah sarapan sama k.gee... hehehe



LEMPENG KELAPA

BAHAN-BAHANNYA :-)


1 1/2 cawan kelapa parut putih, pilih kelapa berkulit basah
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)

Satukan semua bahan2, kacau hingga rata dan jika kelihatan terlalu pekat boleh tambah 1 - 2 camca besar air. Kacau rata.

Panaskan non-stick pan saiz 4 inci, lensger dengan sedikit minyak masak. Sendukkan kurang lebih 1/3 cawan adunan dan ratakan, masak dengan api sederhana hingga permukaan lempeng kekuningan.

Terbalikkan dan masak lagi hingga sedikit garing, angkat. Hidangkan bersama sambal tumis atau kuah kesukaan anda... sedappppp.....



Sedap makan lempeng kelapa dengan kopi-o panas kan....


Tuesday, March 27, 2012

Jom melapis...


Hari ini tak sempat nak bersiaran awal... ada tugas yang perlu didahulukan... Sambil2 cari idea tu sempat juga meronda dapor maya rakan2.... Wah! tahniah buat CT Delima yg resepinya tersiar di majalah Aroma April 2012... Tahniah CT!! gee tumpang berbangga dan doakan yg terbaik untuk CT dan tidak lupa rakan2 blogger semua... semoga CT dan blogger masak2 terus sukses dgn paparan resepi2 baru dan persembahan yg cukup menarik dan fantastic semua... bravo CT!! bravo blogger masak!!


Kuih lapis ini kak gee buat untuk sarapan pagi Ahad lepas... sedap kuih lapis tepung beras ini yg k.gee angkut dari dapor chef tersohor CMG... memang sah sedapnya... kak gee sangat suka dan akan buat lagi nanti...  terima kasih yer CMG dan izinkan k.gee cnp di sini pulak yer... senang nanti kalau nk buat lagi...heeee  



KUIH LAPIS TEPUNG BERAS
Sumber : CMG

BAHAN A :-)

250 gram tepung beras
30 gram tepung ubi
1 liter santan
1/2 camca teh garam

BAHAN B :-)

250 gram gula pasir
200 ml air
2 helai daun pandan, disimpul

BAHAN C :-)

Pewarna makanan violet (k.gee biarkn warna putih asal)
Pewarna makanan meraj jambu
Pewarna makanan hijau

CARA MEMBUATNYA :-)

1.Satukan bahan B, kacau dan jerang hingga mendidih dan gula larut. Sejukkan dan tapis. Ketepikan.

2.Satukan bahan A dalam satu bekas, kacau rata dan tuang no. 1 tadi, kacau rata dan tapis. Bahagi kepada 3 bahagian sama banyak. Setiap bahagian diletak warna2 makanan kegemaran. Ketepikan.

3.Panaskan kukusan, balut tutup kukus dengan kitchen towel bersih, alas tin 9 inci x 9 inci x 3 inci dengan plastik bersih, sapu sedikit minyak pada permukaan plastik tadi. Kukus tin tadi sekejap. Ambik satu bahagian (terpulang warna apa yang anda suka), bagi lagi kepada 2 bahagian sama banyak. Tuang dalam tin dan kukus 6 - 7 minit hingga lapisan masak.

4.Tuang pula lagi 1/2 bahagian dari bancuhan warna lain, kukus lagi 6-7 minit hingga permukaan mengeras. Dan akhir sekali tuang 1/2 dari bahagian warna lain. Kukus lagi hingga masak.

5.Ulangi proses yang sama sehingga selesai, Untuk yang lapisan terakhir, kukus selama 15 minit, maka terhasillah lapisan merah jambu + violet + hijau dan mempunyai 6 lapisan berselang seli. Sejukkan kueh sebelum dipotong...




Ini kuih rumah flat, kata eQa... heeeee

Saturday, March 24, 2012

Vadai


Ini juadah minum petang tadi... vadai versi kak gee... masa kemas2 kabinet dapor terjumpa sebungkus kacang dhal... entah bila k.gee beli pon tak pasti... tengok elok lagi terus rendam dan buat vadai.... tak sempat pon nak belek2 resipi.... godek2 main hantam aje...


Nak resepi? kak gee buat yg simple saje, ala2 cekodok...

VADAI

1 mangkuk kacang dhal (rendam hingga kembang dan blend separuh lumat)
1 biji bawang besar (hiris)
1 biji cili merah (hiris)
Segenggan ikan bilis (tumbuk lumat)
Sedikit jintan manis (tumbuk)
Daun kari
Garam
Minyak untuk menggoreng

Cara :
Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul sebati.  Kepal2kan bentuk bulat leper dan goreng sehingga kekuningan.  Angkat dan hidang.  Senang kan!


Sila lah.... 


Friday, March 23, 2012

Jemput-jemput labu hot & spicy


Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani... Syukur alhamdulillah atas segala kurniaan nikmat yg telah Allah berikan. Selawat dan salam buat junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w dan kaum kerabat Baginda. Tidak lupa jua buat para sahabat dan tabi’in sekalian.


Sarapan apa yer pagi Jumaat ni? Jemputlah makan jemput-jemput labu hot & spicy... jemput2 ni pedas sebab k.gee campurkan 3 biji cili padi... sengaja olah2 sikit menu, biasanya buat jemput manis...  bila labu sudah digaul dengan bilis, bawang, cili dan segala bagai tu, yg tak suka makan labu pun tak sedar sudah ngap labu dekat sekilo... padan muka! hehehe... lain kali jangan sombong.. kata labu tak sedap la hapa laaa kan.... sedangkan sebenarnya banyak sangat khasiat labu... kaya dengan vitamin A, C, mineral serta karbohidrat.  Isi labu kuning mengandungi antioksida sebagi penghalang pelbagai jenis kanser, air buahnya berguna sebagai penawar racun jika digigit haiwan berbisa, bijinya pula menjadi ubat cacing pita kepada orang dewasa.  Lebih dari itu, labu kuning juga mampu menjadikan kulit selalu kenyal dan lembut.  Haaa... bagus kan makan labu....


 
Resepi biasa2 saje... sama macam buat cucur atau cekodok bilis cuma tambahkan labu yg dilecek... goreng dan makan dengan sos cili... sedapppp


Jemputlah....


Thursday, March 22, 2012

Kuih tepung bunga...selera kampong daa


Tahniah buat anak2 yang beroleh keputusan cemerlang dalam SPM... dan tahniah juga buat guru2 dan ibubapa yg sama2 bertungkus lumus memastikan kejayaan cemerlang itu... kepada yang kurang cemerlang jangan berputus asa... teruskan usaha demi kehidupan di masa akan datang... buat anakanda Amirul Asyraf, tahniah anakanda...ayah & bonda bersyukur dan bangga dengan kejayaan anakanda...! 


Ok, kita tinggalkan dulu soal anak2 dan spmnya dan mari kita jengok ke dapor sekejap yuk...! Kuih tepung bunga? apa tu? ada yang pelik ke? memang pelik sebab kuih ini kuih orang dulu-dulu, anak muda zaman sekarang jarang jumpa kuih ini... kalau ada pon diorang tak suka makan... anak2 k.gee pon tak suka... tak mengapalah, biar orang tua2 macam k.gee ni saje yang makan kan... heeee


Sebenarnya k.gee pon tak tahu asal usul kuih tepung bunga ni... yg k.gee tahu emak selalu buat waktu minum petang di kampong dulu... kata emak senang saje kuih ni main gentel2 aje sudah siap... tapi kenalah berhati-hati sebab kuih ini meletup waktu menggorengnya... macam kuih bom! k.gee suka kuih ini sebab rasanya yang liat dan lemak2 manis gitu.... Jom kita tengok resepinya...

KUIH TEPUNG BUNGA


Bahan- Bahan

2 cawan tepung pulut
3 sudu tepung gandum
1/2 cawan kelapa parut (yg agak muda)
1/2 st garam halus
minyak utk goreng
gula (utk sira)

Cara- cara

  1. Gaul tepung pulut, tepung gandum, garam dan kelapa hingga sebati. 
  2. Bentukkan bulat dan leperkan.  Buat sehingga habis. 
  3. Panaskan minyak dan goreng sampai kuih warna keemasan. Angkat dan toskan.
  4. Kemudian masak gula dgn air dalam kuali lain sehingga mendidih dan pekat.
  5. Masukkan kuih tadi dan kacau hingga rata. 
  6. Kacau hingga gula nampak bertali baru boleh tutup api.
  7. Dah tutup api , kacau lagi hingga gula kering dan kuih dan tidak melekat.
  8. Sedia untuk dimakan.

Jemput makan tepung bunga....

Wednesday, March 21, 2012

Keciwanyaaaa aku....


Huuuuuu.... sedih... pepagi lagi mood sudah merudum... rasa keciwa tahap gaban.... rasa nak menjerit pon ada... nak menangis pon ada tapi air mata tak keluar.... air lior yg keluar.... huwaaaaaa!!!!!! nak tahu kenapa?

Heeee....sebenarnya bukanlah serius sangat cuma sengaja buat gempak.... heeee jangan marah yer... Semalam kak gee buat kek karamel, teringin sangat nak makan kek yg ada puding tu... k.gee pernah buat sekali tapi keknya satu kaler saje... kali ini konon2 nak buat kek pelangi yg cantik.... bukan main lagi semangat berkobar2... balik opis semalam terus prepare bahan2 dan malamnya terus godek2...siap baked pukul 10 malam.... pagi ni dah plan nak bangun awal sikit... maklumlah nak ambil gambar kek yg cantik tu.... tapi........... argggghhhh!!! bila terbalik aje karamel nya cair.... habis meleleh2 tumpah semua....  hancussss!!!


Aduhai... jadi pagi ini k.gee n3 yang biasa2 sajelah yer... asam pedas ayam


terima kasih Ibundo... resipi yg sangat sedap...


Tuesday, March 20, 2012

Donut mayo bercoklat


Bersua kembali selepas berehat beberapa hari di hujung kampong... Harap-harap semuanya sihat, ceria dan murah rezeki hendaknya... Terima kasih kepada semua rakan taulan, sahabat handai dan saudara mara dan kenalan yg mengucapkan selamat hari lahir dan doa buat k.gee tempohari... hanya Allah yg membalasnya... sayang semua.... 

Sejak  terpandang donut mayo yg mungil n gebu di dapor Rahel ituhari, k.gee terus gila bayang.... tambah-tambah lagi anak2 memang suka makan donut... makin membuak2 nak menggodeknya... Terima ksih bebanyak kepada tuan punya resepi donut yg sangat sedap ini... dah ramai yg mencubanya dan semuanya beri puji2an... memang tak rugi mencubanya.... sekali hadap jer dek kami sekeluarga... weeee... Jom layan resepinya...


DONUT MAYO

Sumber : Rahel
Resepi asal : Ros jintanmanis

Bahan-bahannya:

330 gram tepung gandum
1 1\2 sudu besar mayonis
1 sudu besar susu tepung/skim milk
1 biji telur ( dipukul sedikit mengunakan garpu)
140ml air suam
1 1\2 sudu besar marjerin
3 sudu besar gula
4 gram yis ( 1 1/2 sudu kecil)
sedikit serbuk gula sebagai salutan pada donut mayo ni nanti.

CARA-CARA :

1. Buat doh, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin
 
4.Bahagi doh pd bebola kecil & rehatkan selama 6-8 minit,kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnya, biar naik 2x ganda & goreng sehingga keemasan, gunakan api sederhana,angkat & salutkan dengan serbuk gula, sedia untuk dihidang.

 

Donut mayo bercoklat.... cubalah...

Friday, March 16, 2012

Doa di harilahirku

Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan. Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku..dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.

Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu..Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang. Aku tidak pernak menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.
Ampunkan aku Ya Allah apabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah..namun aku hanyalah hambaMu yang dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engakau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.

Dalam usia begini..aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang semakin jauh ini..aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahiim. Dalam usia semakin meningkat ini aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Malik. Yang aku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti mneghulu kasih pada yang sudi..

Ya Muhaimin..pimpinlah tangan hambaMu ini..pimpinlah hati hambaMu ini..pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas kebenaran. Ya Al Quddus...sebagai hambaMu yang hina ini, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku..bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustaqimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela..

Ya Al-Hakim..berikanlah ilham kepadaku agar aku mampu terus berkarya, agar aku terus mampu memberikan sedikit iktibar dan dakwah walaupun hanya menggunakan tinta nuraniku. Hulurkan kepadaku kebijaksanaan agar aku mampu terus memacu kalam keinsanan sehingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.

Terima kasih Ya Tuhan, atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkau Yang Maha Besar lagi Maha Mengetahui segalanya..peliharalah aku agar terus berpegang teguh pada taliMu..Terimalah permohonan hambaMU yang serba kekurangan ini Ya Tuhanku..

Amin Ya Rabbul 'Alamin....
 
* Meminjam kata-kata nan indah ini dari Tintanuraniku dan mohon halalkan  doa yang menyentuh hati ini diabadikan ke laman blog k.gee...

Thursday, March 15, 2012

Kisah di sebalik buah melaka


Asalnya bukan nak buat buah melaka tapi kuih putri dua sebilik...dek ada kesilapan teknikal langsung cancel 2 sebilik segala mende tu... onde-onde buah melaka pulak jadinya... jadi paham2 ajelah intinya berbeza kan.... nasib baik boleh kitar semula... eheee 



Tak menjadi putri 2 sebilk pon tak mengapa asalkan buah melaka ni anak2 makan dengan seleranya... ok la tu ....


ONDE-ONDE BUAH MELAKA

2 cawan tepung pulut
Inti kelapa (resepi sebenar guna gula melaka)
kelapa parut yg putih di gaul garam
air pandan atau pewarna yg digemari
garam
air

Cara penyediaan

1. Gaul tepung dgn air dan tambah garam sikit.. jgn terlebih air.. biar smpi boleh bentukkan jer..
2. Bentukkan bulat muat2 mulut..  isikan inti ditengahnya.. buat bulat2
3. Kemudian rebus sehingga timbul.. angkat, toskan airnya dan gaulkan dlm kelapa parut tadi..
4. Siap untuk dihidangkan.


Selamat mencuba… resepi yang paling mudah.... cepat.dimasak sedap dimakan

Wednesday, March 14, 2012

Karipap pusing rangup


Semalam anak dara k.gee merengek minta wan dia buatkan karipap... maklumlah cuti sekolah duduk di rumah perut diorang asyik lapar saje... ada2 saje menu yang mereka request... karipap la, donut la, nasi lemak ayam la, pulut rendang la.... hish.... pandai pulak tu mengatur menu yg sedap2...


Kalau bab karipap pusing ni memang emak k.gee expert... kami sekeluarga memang sangat2 suka karipap pusing air tangan emak... garing, rangup dan inti kentangnya lemak2 pedas gitu.... pergh!! memang kelasss...


Karipap ni k.gee sudah beberapa kali masukkan n3, so kalau ada yg berminat, boleh rujuk resipinya di SINI yer... selamat mencuba....


Mari kita makan karipap pusing....

Tuesday, March 13, 2012

Muffin strawberi marble


Ini kali kedua k.gee buat muffin ini... Mula-mula dulu k.gee buat marble kuning dan coklat dan taburkan coklat rice sahaja, kali ini k.gee marblekan strawberi dan coklat bersama coklat chips pula.... terima kasih Ayu yg memperkenalkan muffin yg sangat digemari anak2 dan keluarga k.gee.... terima kasih juga kepada penyumbang resipinya yer... Puan Ruhaya,  Diah–badariah abd rahman.blogspot.com dan Kak Am@Seroja Kitchen... terima kasih for sharing... saaaayang semua



Muffin ini k.gee buat dua adunan sebab satu adunan dapat 14 biji sahaja...  anak2 suka dan kebetulan k.gee bawa bekal ke Jerantut masa kenduri kahwin anak saudara hb baru2 ini... al maklumlah bertolak dari Kuantan awal pagi jadi tak sempat nak sarapan... Inipun berebut2 makan dengan anak2 saudara... teksturnya yg lembut, moist dan aroma strawberi yg k.gee adunkan membuatkan muffin ini bertambah enak dimakan... tapi sayangnya dapat makan sorang sikit aje.... ok nanti untie buat lagi yer...


MUFFIN STRAWBERI MARBLE
Rujukan : Ayu

Bahannya:

100gm butter
120gm tepung gandum * atau tepung naik sendiri,
(*kalau guna tpg naik sendiri tak perlu ltk b/powder)
80gm gula halus
60ml susu segar (k.gee gantikan dengan aiskrim strawberi)
1 biji telur
1sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu teh paste coklat emulco
1 sudu besar serbuk koko

Cara - caranya :

Ayakkan tepung bersama baking powder.
Pukul butter hingga kembang & masukkan gula & pukul sebati.
Masukkan telur & esen pukul (2 minit )
Masukkan tepung berselang seli dengan susu segar (pakai senduk @ whisk bagi sebati )
Bahagian 2 bahagian.. 1 bahagian warna kuning (k.gee buat warna pink) & 1 bahagian bubuh serbuk koko & chocolate emulco.
Bubuh dalam papercup 3/4 penuh & taburkan coklat chip @ ikut suka.
Bakar 30 minit - 180' @ mengikut oven masing - masing


Cuti-cuti sekolah ni sesuai lah buat muffin layan selera anak2...