Thursday, May 31, 2012

Nasi impit sambal ikan


Selamat pagi dan salam ceria buat semua pengunjung dapor maya k.gee ini... 2,3 hari k.gee tak bersiaran, agak sibuk dengan urusan di pejabat dan anak2... Bila sudah melangkah ke pertengahan tahun, selalunya aktiviti tersangat banyak, baik yang dianjurkan di pejabat sendiri mahupun peringkat negeri.... tambahan pula tahun ini Pahang menjadi tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA) yg dijadual berlangsung dari 7 hingga 16 Julai.  Berbagai-bagai aktiviti sampingan sedang diatur sempena sukan ini berlangsung terutama kepada para peniaga yang diberi peluang menjalankan aktiviti perniagaan mereka di setiap venue sukan berlangsung dan di tempat2 penginapan para  atlet.... ermmm inilah masanya menambah pendapatan kan....



Kontinjen negeri Pahang meletakkan harapan besar dalam lima acara pilihan iaitu tinju, bola sepak, golf, ekuestrian dan petanque.  Waaa.... k.gee tumpang sama meletakkan harapan buat atlet kesayangan si anak teruna k.gee Amirul yg menjadi atlet ekuestrian mewakili negeri Pahang... semoga dapat mengharumkan nama negeri Pahang.... chaiyok Along...!!


Oklah berbalik ke menu hari ini, nasi impit sambal ikan... Takmo cerita banyak, jom terus ke resepinya yer... terima kasih buat rakan k.gee Kak Dah yg memberi resepi sambal ikan ini... sedapppp

Sambal/serunding Ikan

1 kg ikan selayang/ kembong -  rebus, buang tulang dan tumbuk
1 biji kelapa parut - goreng kekuningan dan tumbuk

Bahan dikisar

10 ulas bwg merah
1 sudu cili kisar
1 inci halia
2 ulas bawang putih
5 batang serai
gula melaka/ gula nisan
garam dan gula

Cara2

1. Tumis bahan2 kisar dan masukkan kesemua bahan ikan dan kelapa goreng. 
2. Tambahkan garam dan gula secukupnya.  kacau rata sehingga kering.  Gunakan api perlahan.
3. Boleh hidangkan bersama nasi impit.

jom sarapan....

Monday, May 28, 2012

Apam snow white


Salam Isnin.... huh!! letihnya badan 2 hari berkursus di Janda Baik... tapi seronok dan menghiburkan.... pengalaman yang sungguh manis dan tidak mungkin dilupakan.... selain dapat mempelajarai sesuatu yang baru, dapat pula kenalan baru dan dapat menikmati kesejukan air sungai dan keindahan alam yang sungguh mendamaikan..... Subhanallah....


Apam snow white ini k.gee buat sehari sebelum bertolak ke Janda Baik... k.gee bawa bekal balik ke kampong... sedap dan lembut gebus apam ni.... anak2 suka makan begitu sahaja tak cicah kelapa pon... k.gee pulak suka rasa lemak2 kelapa tu... apapon kuih apam resepi dari My Resepi. oleh qnq0910 ni k.gee ambil dari dapor Ita Masam manis... memang sah lembut, gebus dan sedappppp.....


APAM SNOW WHITE

From : Masam manis
By: qnq0910

3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir
1 packet mauripan@ibu roti
2 cawan nasi
3 cawan air

"DO IT YOURSELF"

masukkan semua bahan ke dalam mangkuk yg sederhana besar kecuali nasi dan air
gaul bahan tersebut dan ketepikan sementara waktu

kisar/blend nasi dengan air sampai betul2 hancur

campurkan nasi yg telah diblend dengan bahan yg telah digaul tadi dan sebatikan adunan

biarkan adunan mesra selama satu jam..adunan akan mengembang selepas tu...

selepas satu jam, isikan adunan ke dalam acuan jeli/agar2 dan kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu dalam 10-15minit

note: sapukan acuan dengan sedikit minyak sebelum mengukus supaya hasilnya mengikut bentuk acuan bila dikeluarkan



sedap nyaa.....

Sunday, May 27, 2012

Piza instant cuti sekolah


Cuti sekolah pertengahan tahun sudah bermula... riuh rendah rumah dengan hiruk pikuk suara anak2... macam2 watak ada... macam2 drama ada... sang ibu seperti biasa menjadi pelakon utama aka heroin di pentas dapor... setiap hari pon memang itulah watak yang selalu ibu mainkan...diva dapor kan...kann !! hehehe.....


Sajian pertama cuti sekolah dari dapor k.gee adalah piza instant... hisyyy bukan piza-hut yer tapi piza gee-hut tau... 


K.gee beli roti pita dan godek2 toppingnya ikut citarasa anak2... buat yg simple janji anak2 suka makan... sempat juga k.gee tapaw ke ofis 4 keping untuk kengkawan... sebenarnya dah selalu k.gee buat piza guna roti pita ni, senang dan cepat siap... rasanya pon lebih kurang crust piza yg ori juga... kalau tak percaya, cubalah.... !!



Anak k.gee siap pesan... pastikan parutan cheese yg banyak yer mak... baru yummy!!


PIZA (gee-hut)

10 keping roti pita
Bahan sos :

25gm campuran rempah piza } boleh beli di kedai barang2 kek
200 gm paste tomato (k.gee guna jenama Leggos)
30 gm gula } campur, gaul sebati & perap 4-5 jam

- kalau tak ada rempah piza boleh buat sendiri sos seperti di bawah...

1 1/2 sudu minyak zaiton
1 biji bwg putih
1 biji bwg besar
200 gm tomato paste
1/2 sudu gula
garam secukunya
1 sudu kecil oregano
3 helai daun bay

Bahn topping:)

1 sudu minyak zaiton
1 ulas bwg putih - cincng
5 ekor isi udang
sedikit lada sulah

~ panaskn minyak tumis bwg putih, udang, lada sulah

2 batang sosej - potong kecil
100 gm nenas kiub
5 biji cendawan butang - ptg nipis
Lada benggala hijau & merah - potong memanjang
2 btg crab stick - potong nipis
100 gm keju mozarella - parut

  1. Susun roti pita.  Sapu kan permukaan dgn sos piza tadi.
  2.  Letakkan topping pilihan.
  3.  Akhir sekali baru taburkan cheese sebanyak yg anda suka.
  4. Bakar dalam oven dengan suhu 180C selama 10-12 minit atau sehingga piza garing dan cheese telah cair.


silakan....


Friday, May 25, 2012

Menu cincai


Salam Jumaat semua.... hari ini k.gee tak sempat nak sediakan menu sarapan yg cantik2... menu makan malam semalam yg simple2 saje lah yg sempat ditayangkan.... sorry la yer...


 tempe goreng berlada, petola masak air dan bilis goreng budu...


sampai jumpa lagi yer.... tata!!

Thursday, May 24, 2012

Kroket kentang


Masa merayau2 di dapor maya k.gee teruja dengan menu kroket kentang yang nampak rupanya sangat menarik dan menggamit selera... teringin nak mencuba... ubi kentang memang selalu ada dalam stok dapor k.gee... kadang2 buat lauk kadang2 buat kuih.... tambahan pulak hb dan anak2 memang sukakan menu berasaskan kentang...


Kali ini k.gee mencuba resepi dari seberang... menarik resepi dan persembahannya... cuma kena rujuk kamus beberapa perkataan yg k.gee tak pasti tu... nasib baik di ofis ada e-kamus... apapon resipinya memang sedap.... sesuai untuk hidangan sarapan pagi dan minum petang...



KROKET KENTANG
Resepi  : Cerita Bunda

Bahan


1. Air putih = 100 cc
2. Tepung terigu (t.gandum)= 100 gr
3. Margarin = 4 sendok makan / sdm
4. Kuning telur ayam = 2 buah
5. Minyak goreng = secukupnya
6. Kentang kukus yang dilumatkan = 500 gram

Bahan Isi Kue

1. Wortel (karot) dipotong dadu kecil-kecil = 4 buah
2. Daun bawang yang diiris halus = 2 tangkai
3. Daun seledri yang diiris halus = 2 tangkai
4. Daging yang dicincang = 150 gr (k.gee gunakan isi ayam dan potong dadu)
5. Merica (serbuk lada sulah) halus = 1 sendok teh / sdt
6. Tepung roti = 100 gram
7. Bawang merah yang sudah dihaluskan = 6 siung
8. Bawang putih yang sudah dihaluskan = 3 siung
9. Telur ayam = 2 butir
10. Garam = secukupnya

Cara Memasak

1. Bumbu yang telah halus ditumis.
2. Masukkan daging cincang, masukkan air sampai kering
3. Kemudian masukkan wortel sampai rata
4. Masukkan daun bawang dan daun seledri diaduk-aduk sampai tercampur rata, lalu biarkan di api kecil sebentar
5. Air dan margarin dididihkan kemudian masukkan tepung terigu dan aduk sampai kalis atau tidak lengket di panci.
6. Masukkan garam serta merica, angkat, aduk-aduk sampai dingin
7. Masukkan kentang yang telah lumat, lalu kuning telur, kemudian aduk sampai rata.
8. Adonan yang telah tercampur rata di bentuk bulat-bulat dan di tengahnya dimasukkan adonan isi.
9. Masukkan ke kocokan telur dan diguling-gulingkan di tepung roti atau tepung roti.
10. Goreng di minyak goreng panas sampai matang.


ayuh makan kroket dong...


Wednesday, May 23, 2012

Muffin choc chips


Syukur alhamdulillah...tanpa disedari kita sudah melangkah ke gerbang bulan Rejab.... bulan yang penuh kelebihan, keberkatan dan Allah SWT sediakan ganjaran bagi mereka yang berpuasa dan beramal ibadat...  Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat. Jangan lepaskan peluang keemasan ini... ayuh! sama-sama kita pertingkatkan amal ibadah di bulan mulia ini.... InsyaAllah...



Ini muffin choc chips yang k.gee buat untuk bekalan anak dara k.gee di asrama...
4 minggu tak dapat balik ke rumah kerana banyak aktiviti sekolah dan asrama... bila dengar suara di hujung talian... tersentuh hati kecil seorang ibu.... sedih la pulak...  weekend baru ini sempat k.gee pergi menziarah untuk lepaskan rindu sambil bawakan muffin choc yang menjadi kesukaan anak dara k.gee tu...



Resepi dari dapor cupcakekasih.... sedap resepinya, terima kasih Jun... sesuai dengan selera tekak k.gee dan anak2 yg sukakan coklat... izinkan k.gee kongsikan resepi di sini pula yer....


Muffin Chocolate Chips
Sumber : Jun cupcakekasih

Bahan-bahannya:

Bahan A
1 cawan mentega (cairkan) (k.gee gantikan dgn minyak jagung)
2 cawan susu
2 biji telur (dipukul sedikit)
1 tsp kecil essence vanilla

Bahan B
3 cawan tepung
1/2 cawan serbuk koko
2 tsp baking powder
1/2 tsp soda bikarbonate
2 cawan gula perang
Coklat chip secukupnya.

Cara Membuatnya

1. Satukan bahan A.
2. Ayak bahan B kecuali gula perang.
3. Satukan bahan A dengan bahan B. Adun sebati.
4. Masukkan adunan ke dalam cawan muffin dan taburkan coklat chip di atasnya.
5. Bakar 20 minit, 180 darjah selsius atau sampai masak.


mari...mari..mari... 

Monday, May 21, 2012

Jom layan lempeng pisang


Petang2 begini kalau dapat jamu selera dengan lempeng pisang panas-panas sedap juga yer... lebih2 lagi kalau dapat yg hangus dan berkerak tu... ermmmm garing jer kan....wangi pulak tu ada aroma daun pisang....sambil tu hirup pulak teh-o panas ke kopi panas ke... aduhhhh berkeping2 makan sampai tak sedar diri.... k.gee la tuuuu

Ada orang hidangkan lempeng pisang dicicah dengan kelapa parut tapi k.gee campurkan kelapa parut ke dalam adunannya dan godek2 semua bahannya sekali gus... rasanya sama saje... kalau nak wangi lagi alaskan kuali dengan daun pisang... bertambah2 aromanya....



LEMPENG PISANG

4 biji pisang berangan
1 cawan kelapa parut
1/2 cawan tepung gandum + 2 sudu tepung self raising
2 sudu gula
Secubit garam
Sedikit minyak

cara membuat :

1. lenyet pisang hingga halus dan masukkan smua bahan
2. gaul sebati dan ketepi kan.
3.ambil sikit adunan td dan tuang di atas kuali.
   ratakan dan biarkn garing.





Sunday, May 20, 2012

Bubur 3 in 1


Aummm...cak!! salam siaran semua kakak2 dan adik2 yg sudi singgah ke blog k.gee ni... weekend baru ini k.gee kesibukan yang teramat... bila hb tiada beginilah selalunya... tugas2 menghantar dan menjemput anak kenalah dipikul pula... letih memang letih tapi apa yang penting.... k e r j a s a m a..! betul betul betul... kerjasama dan tolak ansur amat penting dalam kerukunan dan keharmonian rumahtangga....barulah hidup bahagia dan sejahtera... betul gitu?? 


Macam bubur k.gee hari ini...  kerjsama 3 beradik dalam 1 mangkok... yang sulung namanya keledek, yang tengah namanya jagung dan yang bongsu namanya sekoteng.... heeeee mereka hidup aman bahagia...


BUBUR CHACA MERBA

Bahan-bahan


1 tongkol jagung manis mentah - dihiris
2 ketul keledek oren - potong dadu
1 cawan sekoteng - rebus hingga lembut dan tos
1 cawan gula
1 mangkuk santan (+-500 ml)
2 sudu gula merah
Secubit garam
Sehelai daun pandan

Cara-cara


Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak hingga mendidih. Pastikan api sederhana da sentiasa dikacau.
Siap untuk dihidangkan. Sesuai untuk hidangan minum petang.




sedap juga kalau didinginkan dalam peti sejuk dahulu sebelum dihidangkan...
mmmmm... nyaman....

Friday, May 18, 2012

Puding jagung coklat...al kisah


Al-kisahnya....  puding jagung bercoklat ini lahir dari kegagalan membuat kuih jagung hati pari... tahu tak hati pari? kalau tak silap k.gee kuih hati pari adalah kuih tradisional zaman dulu-dulu...  ia dibuat daripada jagung yang diparut kemudian ditapis dan dimasak bersama santan dan gula... kaedah memasaknya sama macam kaedah membuat kuih lompat tikam atau bubur sum-sum.... kacau2 di atas api perlahan sehingga pekat dan tuang ke dalam loyang... bila sudah beku bolehlah dipotong dan hidangkan.... rasanya sangat sedap dan lemak2 manis gitu... sedap tau...


Menu k.gee hari ini bukan hati pari tapi puding jagung.... k.gee kitar semula hati pari jadi puding jagung sebab hati pari k.gee tersangat lembek dan tersangat manis.... hehehe... silap bancuh kot.... semalam k.gee olah dan godek2 semula jadikan puding jagung campur coklat.... coklat tu belen k.gee buat topping kek minggu lepas.... ermmmm... sedap jugak jadikan dessert... nasib baik tak membazer kan.... hehehe


PUDING JAGUNG BERCOKLAT

2 tongkol jagung - parut dan blender halus
1 bungkus agar-agar serbuk
1 tin susu cair/santan
2 sudu tepung jagung
Gula dan sedikit garam
Air

Masak agar-agar bersama air hingga hancur.  Masukkan gula, susu/santan, dan jagung parut tadi.  Tambahkn secubit garam. Biarkan mendidih.  Angkat dan tuang dalam acuan.  Sebelum itu, k.gee ambil 1 cawan adunan dan tambahkan coklat belen buat kek kelmarin.  Godek2 dan tuang dalam acuan puding jagung tadi. Sejukkan.



yummy!!


Thursday, May 17, 2012

Cucur udang kuah kacang


Ermmm... cukup mewah dengan sambutan perayaan di bulan Mei ini yer... sambutan hari pekerja, hari wesak, rakyat Pahang dengan hari hol nya, hari ibu, hari nurse dan semalam hari guru.... ...bertuahnya kita rakyat Malaysia...


Itu bab perayaan... kalau cerita bab makan pulak... pergh!! lagilah bertuahnya... macam-macam ada kan... rambang mata dibuatnya... kalau nak bercerita pon 3 hari 3 malam tak habis...  so kita tutup mulut buka mata ajelah yek.... jom layan cucur udang k.gee ni yuk ... sedap u.... cicah kuah kacang lagi....



CUCUR UDANG

Udang hidup
Bawang besar~ mayang halus
Tepung Gandum
sebiji telur
taugeh
daun kucai
garam secukup rasa
Serbuk kunyit sikit.
Air
Minyak masak untuk menggoreng

Campurkan semua bahan dan gaul rata.  Panaskan kuali dan minyak.  Ambil sesenduk adunan dan letakkan udang di atasnya. Goreng hingga kekuningan dan garing.

Kuah Kacang

Sumber dan cnp: My Resipi

2 cawan kacang (goreng dengan minyak tanpa buang kulit hingga masak)
6 sudu besar cili boh (boleh lebih atau kurangkan)
1 biji bawang merah
1 biji bawang putih
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air asam jawa
Air secukupnya
  1. Masukkan semua bahan kuah dalam pengisar dan kisar kasar bahan ini.Jangan sampai halus.
  2. Masak di atas api sederhana hingga pekat.Angkat dan hidangkan dengan cucur udang.


fantastic... !!