Tuesday, October 30, 2012

Daging korban lagi...


Malam ini santapan yang simple2 saje... maklumlah tuan tanah dalam mode keletihan dan kemalasan... nasib baik ada seketul daging korban dalam fridge tu.... rebus dan jadikan sup yang ringkas... celur mee kuning dan terus slrupppp.... hehehe mee sup ala koboi... sedappp!!



MEE SUP KOBOI

1 bungkus mee kuning

100 gm daging segar - hiris nipis
4 ulas bawang putih
1 biji cili besar
2 batang sawi
Garam

Mula2 celur mee kuning seketika. Ketepikan. Tumis bawang putih dan masukkan daging, tambahkan air biar mendidih.  Masukkan garam, sayur dan cili merah.  Curah ke atas mee tadi dan gaul rata.  Siap dan sedap dimakan bersama sambal kicap.

 

Jemput makan....

Selapis demi selapis....


As-salam semua... tuan tanah nak cepat ni.... bimbang kena tinggal dek bas pulak nanti... sebelum bertolak nak tinggalkan bingkisan dulu buat teman2.... hehehe.... Kuih lapis dari dapor gee-hut... sudi-sudikan lah yer... 


Resipi dari dapor Alice Singapore yang telah membuat k.gee tangkap leleh dibuatnya... bukan sahaja kuihnya nampak sedap tapi warna dan persembahan dari Alice telah membuat k.gee tak lena tidur... terbayang2... termimpi2.... sehinggalah berjaya membuatnya malam kelmarin... yes!! compom sedap...!!




KUIH LAPIS BERAS
Source: Alice S'pore
Recipe is from NCC


What you need:

100g sago flour
275g rice flour
300g sugar
1 tsp salt
1.5 l coconut milk (900ml Kara +600ml water)
3 pandan leaves, torn
pink food coloring, pandan paste, chocolate paste


Prepare 18x18x8cm square pan, brush lightly with cooking oil, lay a heatproof plastic and brush again with cooking oil

Wrap the steamer cover with clean cloth

Bring to boil coconut milk mixture and pandan leaves while stirring continuously, off heat, let cool

Mix together in a bowl sago flour, rice flour, salt and sugar

Pour in coconut milk gradually while kneading the mixture til forms runny batter (I use balloon whisk)

Divide the batter into three, one mixed with a few drops of pink coloring, another one mixed with a few drops of pandan paste, and the last one mixed with 2 tsp chocolate paste

Put the pan in the steamer, let the steamer hot and start with pouring 100ml of pink batter, steam for 10minutes, followed by 100ml of green batter, steam for 10minutes, the next one is 100ml chocolate batter, steam for 10minutes

Continue til batter finished, the last layer is to steam for 20minutes

I spent 2 hours for the steaming process.   p/s : Sorry yer tak sempat nak translate... lagipun tuan tanah sekolah pondok jer... keh..keh..keh


Sambil2 melayan kuih lapis tu, tolonglah doakan agar segala urusan k.gee di sini dipermudahkan serta diberi petunjuk dan hidayah dariNya... Jika berjaya bolehlah k.gee buat kenduri besar2an yer... Terima kasih...

Monday, October 29, 2012

Singgang daging


Assalamualaikum... masih ada yang cuti raya lagi ke...? ehem... Ini mesti tak puas 3 hari beraya di kampung kan... nak bangun dari tilam empuk pagi ini pon malas sangat... menggeliat sana menggeliat sini... huh! kenapalah hari ini hari Isnin... kalau lah hari Ahad kan best!

Haaaaaa...!!. itulah banyak sangat makan daging.... kan dah bertimbun2 lemak dalam badan tu... nak angkat tangan pon dah tak larat lagi... hehehe.... jangan marah ar.... jom kita sama2 mencantas lemak yuk!! kurangkan manis, kurangkan masin, kurangkan lemak dan insya'Allah kesihatan terjamin...


Habis... daging korban yang banyak dalam peti ais tu nak buat apa yer? hehehe... masak yang rebus2 saje ok kot...  

SINGGANG DAGING 

Bahan-Bahan:


¼ kilo daging lembu
10 ulas bawang merah
7 ulas bawang putih
1 besar ibu jari kunyit
1 ½ besar lengkuas
5 tangkai cili kering - di potong2

1 camca besar ketumbar
4 keping asam keping
garam secukup rasa
cara:

Bersih daging, kemudian masukkan ke dalam periuk bersama air. Tumbuk kasar semua bahan-bahan di atas dan masukkan ke dalam periuk tadi. masukkan asam keping dan garam.  Rebus sehingga daging empuk. 


Sedap dimakan dengan nasi panas dan sambal belacan...
cubalah... kot2 boleh cairkan lemak di badan.... hehehe


Friday, October 26, 2012

Salam Aidiladha


Allaahu akbar.. Allaahu akbar.. Allaahu akbar …..
Laa – ilaaha – illallaahu wallaahu akbar.
Allaahu akbar walillaahil – hamd.

Selamat Hari Raya AidilAdha.... bertuah kita pada tahun ini dapat menyambut hari raya korban di hari Jumaat yang penuh baraqah... kepada semua para tetamu Allah di Tanah Suci Mekah, semoga dapat menunaikan rukun islam ini dengan sempurna dan semoga mendapat haji yang mabrur, insya'allah....


Ampun dan maaf dipinta andai ada tutur kata atau bicara yang terkasar bahasa dan menyinggung perasaan anda sekalian... dan ribuan terima kasih jua di atas kunjungan dan perkongsian ilmu serta resipi yang begitu bermakna buat diri ini... terima kasih sahabat... terima kasih pengunjung...terima kasih chef... terima kasih semua....!! Semoga ukhwah yang terjalin ini mendapat keredhaan dan keberkatan dariNya....



Labbaikallahumma labbaik,
Labbaikala sharikala kalabbaik,
Innalhamda wanni'mata laka walmulk,
La sharikalak

Salam Aidiladha semua....
 

Wednesday, October 24, 2012

Kek batik Hari Keputeraan


Hari ini 24 Oktober 2012 merupakan Hari Keputeraan Tuanku Sultan Haji Ahmad Shah ibni Sultan Abu Bakar Riayatuddin yang ke-82. Seluruh rakyat negeri Pahang Darul Makmur mendoakan agar baginda Tuanku sentiasa dirahmati Allah dan diberi kekuatan dalam mentadbir Negeri Pahang agar kekal aman dan damai.

DAULAT TUANKU !!!
 
 

Apa agaknya aktiviti di hari cuti ini yer...? Hoooo... balik kampung ... ohoohooo balik kampung.... hamboiii...!!. riang gembira nampaknya orang di sana dapat balik kampung yer... maklumlah 2 hari lagi kita akan menyambut hari raya korban.... berhati2 di jalan raya dan semoga meriah beraya di kampung halaman.... k.gee beraya di rumah saje bersama hb dan anak2... tak balik kampung pon... 


Untuk juadah hari ini k.gee sediakan kek batik atas permintaan anak2... kek coklat begini memang kegemaran mereka... sekali hadap saje habis satu pinggan.... tak mengapa asalkan mereka bahagia kan... bukan selalu dapat masakkan untuk anak2 yg tinggal di asrama... Ok lah, kalau nak hidangkan kek batik untuk hari raya haji nanti pon boleh juga.... jom kita intai2 resipinya...  

KEK BATIK
Sumber rujukan : Dapor Hanamemories
resepi asal : wendyink

Bahan-bahan


250g@satu peket biskut marie
200g@satu peket milo
397g @ 1 tin susu pekat - hana buh 3/4tin
5 biji telur
1sk esen vanilla
150g butter @ 2/3 cawan
2 sudu besar serbuk koko
1sk nescafe - optional
2 sudu besar air panas - optional (utk kek yg agak moist)

Cara-cara

Sediakan loyang 7 inci yang di alas dengan kertas minyak bawah dan juga kelilingnya. Pastikan kertas minyak melebihi paras loyang. Ketepikan.

Satukan semua bahan kecuali butter dan kacau sebentar. Masukkan ke dalam kuali. Buka api kecil untuk mengelakkan hangit bahagian bawah. Kacau sehingga semua bahan sebati. Kemudian masukkan butter dan kacau lagi sampai pekat dan kasar berbintil-bintil. Matikan api.

Cedokkan satu senduk adunan ke dalam loyang dan ratakan. Susun biskut di atasnya. Ulang proses melapis sehingga habis.

Lapisan yang terakhir tekan sedikit lebihan kertas minyak tadi supaya permukaan rata dan tutup. Dan biarkan sejuk beberapa jam di dalam peti ais.

Keluarkan dan potong. Hidangkan.



Salam Aidil Adha...

Monday, October 22, 2012

Laksa penang


Salam pagi Isnin dan salam kesayuan dari k.gee... Sabtu lalu kami dikejutkan dengan berita kemalangan anak jiran yang mati lemas di Sg. Bekelah, Maran.  19 jam berendam di dalam air sungai sebelum mayatnya ditemui pada pagi Ahad semalam.  Paling menyedihkan arwah akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini... Hujan renyai yang turun bagaikan sayu mengiringi kesedihan dan simpati kami... Doa kami agar keluarganya tabah menghadapi ujian ini dan semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.  Al fatihah...



Oklah... mari kita ke dapor gee-hut pulak... hari ini k.gee sajikan laksa penang untuk para pengunjung... Tahu tak? menurut survey CNN laksa penang dikategorikan sebagai salah satu daripada 50 makanan tersedap di dunia... wow! tentu ramai yang gemarkan laksa kan... tahniah orang utara..!! Kami sekelurga pon memang menggemari laksa penang.. kalau pergi ke pasar malam, selalu laksa penang menjadi pilihan utama.... So, apa kata hari ini pekena laksa penang orang Pahang... yuk!

LAKSA PENANG

Bahan :

1 bungkus laksa beras - rendam dan rebus sehingga lembut
1/2 kg ikan selayang
3-4 ulas bawang merah
sedikit belacan
5 sudu besar cili kering (rebus dan blend)

2 kuntum bunga kantan - dibelah
Segenggam daun kesum
Asam keping
Air secukupnya
Garam

Cara-cara

Ikan dibersihkan dan direbus bersama sedikit garam dan asam keping.

Kemudian, ambik isi ikan yg telah direbus td, kisar bersama bawang besar dan belacan. Masukkan ke dalam periuk bersama air rebusan ikan tadi.

Masukkan juga cili kering yg telah siap dikisar. Tambah air sekiranya air rebusan tidak tidak mencukupi. Masak atas api sederhana.

Masukkan bunga kantan yg telah dibelah 2 atau 4 dan asam keping mengikut masam yg anda kehendaki.

Apabila kuah mendidih, masukkan daun kesum dan garam secukupnya.

Makan bersama ulam seperti daun salad, timun, bawang besar, cili padi dan telur.



Sedap nooooo...
 

Friday, October 19, 2012

Kuih bakar mini... yg comel


Assalamualaikum... apa khabar orang di sana? Sihat walafiat hendaknya.... Sudah sarapan ke? Kalau sudi marilah sarap bersama k.gee.... makan kuih kampung jer... kuih yg selalu dan berulang2 kali k.gee buat... memang k.gee sangat gemarkan kuih ini... cer belek2 bawah tudung saji... kuih apa tu yer!? 



Ooww.... kuih bakar bas mini... comel kan...? nah! untuk kawan2 k.gee yg sudi berkunjung ke sini.... heeee sudikan lah... jangan berebut pulak yer, InsyaAllah cukup sorang seketul tu... kalau tak cukup boleh bancuh lagi, mood tengah rajin ni walaupun hari hujan kat luar sana.... hujan2 memang perut lapar kannn.... jom kita bancuh lagi kuih bakar....  



KUIH BAKAR MINI


Bahan2

3 helai daun pandan
1 cawan gula
2 cawan tepung gandum
2 biji telur
3 cawan santan
1 cawan air

Cara2

1.Kisar daun pandan dengan sedikit santan dan tapis kan
2.Kemudian satukan semua bahan dan kacau sebati jangan sampai beketul2
3.Tapis.
4. Panaskan acuan mini dan tuang bancuhan tadi.  bakar sampai masak dan berkerak.



 cepat... cepat... !!
semantara stok masih ada....


Wednesday, October 17, 2012

Ayam masak hitam manis...


Hitam manis... hitam manis...
yang hitam manis... pandang tak jemu...

Di waktu bulan terang cuaca...
Ku pejam mata tapi tak lena
Yang hitam manis datang menjelma



Taraaaa...... ayam hitam manis sudah datang... jangan salah faham pulak yer lagu retro hitam manis kat atas tu k.gee maksudkan menu ayam ini lah.... Ayam Hitam Manis... bukannya k.gee diserang demam retro macam dalam Radio Sinar tu... hehehe... kadang2 pusing juga kepala nak fikirkan menu setiap hari... so masak yang simple2 saje janji sedap dan perut kenyang.... dan yang penting boleh n3 kat dapor gee-hut... kan...



AYAM HITAM MANIS


Bahan2

*250grm ayam - potong kecil dan goreng separuh masak
Bahan kisar :

* 3ulas bawang kecil
* 3ulas bawang putih
* 1 inci halia
* 3 sudu cili kering yg telah dikisar

Bahan B

* 2 btg serai dititik
*  3 biji cili padi - potong kecil
* 1 labu bawang besar.. dimayang
* Kicap
* Sos Tiram
* garam n gula


Cara2

* Panaskan minyak, goreng bahan kisar hingga naik baunya dan masukkan serai.
* Masukkan Ayam yang telah digoreng 1/2 masak tadi dan gaul sebati
* Kemudian masukkan  kicap, sos tiram, garam dan gula.
* Akhir sekali masukkan bawang besar dan cili padi yang dipotong kecil tadi. Gaul rata.
* Siap untuk dihidangkan.  Senang kan...

Tuesday, October 16, 2012

Manisnya...


Selamat pagi sayang
Apa khabar engkau di sana
Kan ku tunggu kau datang
Walau di dalam mimpi
Hatiku kan bernyanyi....


Lagu retro ini ditujukan khas buat yang tersayang yang berada nun jauh di sinun, di hujung tanah air... dengan ucapan semoga yang di sinun dipermudahkan segala urusan, dikurniakan kesejahteraan dan dimurahkan rezeki oleh Allah swt... aminnnn


He he he... jangan jeles you... i miss my sayang... ahai! ok ok... nah.. nah! ambil lah sorang semangkuk pengat pisang bersagu k.gee ni... buat dessert selepas sarapan pagi ataupun untuk minum petang nanti... musim2 cuaca tak menentu ini selera tekak pon tak keruan... siang malam nak makan yang manis2... jangan diserang diabetes sudah ler....



PENGAT PISANG BERSAGU

4 biji pisang nangka (dipotong-potong)

1 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
1 keping gula melaka/ gula merah
1 cawan sagu biji
sehelai daun pandan
1/2 cawan gula
secubit garam

Cara :

1. Mula-mula k.gee buatkan puding sagunya dulu.  Bilas sagu dengan air, lepas tu rebus... masukkan gula sikit ( tak payah manis sangat, sebab nanti makan dengan air gula ).  Masa rebus sagu tu, kacau selalu supaya tak begentel dan biarkan sehingga sagu kembang dan berkilat.  Masukkan dalam acuan dan sejukkan.

2. Kemudian masak pengat pisang pula.  Dalam periuk masukkan gula melaka, santan cair dan daun pandan.  Masak sekejap dan kemudian maasukkan pisang nangka yang telah dipotong tadi... masukkan pula gula dan secubit garam.  Sentiasa kacau perlahan2 supaya santan tidak pecah minyak... bila sudah mendidih tambahkan santan pekat dan masukkan puding sagu tadi ke dalamnya.  Kacau sekejap dan tutup api.  Sedia untuk dihidangkan panas ataupun sejuk.

Monday, October 15, 2012

Apam nasi a.k.a apam snow


Assalamualaikum... bertemu lagi di pagi Isnin yang cerah lagi ceria... seceria wajah teman2 yang sedang menatap apam nasi k.gee yang ada snow kat atas dia.... gebu kan...? heeee.... sedap tau... lepas seketul seketul masuk mulut walaupun sesekali terbatuk dek kerana snow dia tu kasar sikit... kelapa tua you...!


Mulanya nak buat apam pisang... dah belek2 resipi kat dapor Bang Mat Gebu... cantek molek jer apam pisang mat tu tapi alahai... soda pulak dah kehabisan stok, bimbang apam tak naik nanti... terus aje buat apam nasi ni resipi Ita Masam Manis dan kaler hijau tu idea dari Wana Potret Kasih... hehehe..... jangan marah yer, menyelongkar dapor orang... Terima kasih semua.... sharing is caring!


APAM NASI

Resipi : apam snow white Ita masam manis
Idea : apam beras Potret kasih
Inspirasi : apam pisang Mat Gebu


3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir
1 packet mauripan@ibu roti
2 cawan nasi
3 cawan air

Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk yg sederhana besar kecuali nasi dan air.
Gaul bahan tersebut dan ketepikan sementara waktu
Kisar/blend nasi dengan air sampai betul2 hancur
Campurkan nasi yg telah diblend dengan bahan yg telah digaul tadi dan sebatikan adunan
Biarkan adunan mesra selama satu jam..adunan akan mengembang selepas tu...
Selepas satu jam, isikan adunan ke dalam acuan jeli/agar2 dan kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu dalam 10-15minit

note: sapukan acuan dengan sedikit minyak sebelum mengukus supaya hasilnya mengikut bentuk acuan bila dikeluarkan. 

 


hmmmm...senyum selalu....


HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015