Monday, December 31, 2012

Nasi lemak penghujung tahun


Selamat pagi Isnin dan salam ceria semua.... Nampaknya kita sudah sampai ke hari terakhir tahun 2012... seperti tak terasa masa berlari begitu pantas sekali... maju setapak lagi usia kita... semoga hari hari yang kita lalui di tahun lalu menjadi pengajaran dan pengalaman yang dapat mendidik dan mendewasakan kita... dan diharapkan tahun baru 2013 melimpahkan seribu nikmat dan rahmat kepada kita semua...aminnnn



Baiklah, mari kita ke dapor melihat juadah penutup tirai 2012 k.gee... ops! tak ada yang istimewa cuma menu sepanjang zaman... nasi lemak daun pisang... pokok pisang di belakang rumah k.gee tu makin subur pulak di musim hujan begini... bila tengok daunnya melambai-lambai jer geram pulak dibuatnya... itu pasal buat nasi lemak daun pisang... aroma daun pisang menambah selera lagi makan nasi lemak... tambah pulak ada ayam goreng, telur dadar dan sambal tumis ikan bilis yang kaw pedasnya... pergh!! bertimbun2 k.gee makan... hehehe  


Jemputlah menjamu selera...


SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2013...


Friday, December 28, 2012

Kuey teow sempoi jer..


Terang benderang panahan sang suria di pagi Jumaat ini... syukur alhamdulillah.... musim tengkujuh di Kuantan sudah berakhir barangkali... mudah2an yer...


Pagi ini tayangan menu campak2 aje... kueteow goreng... menu sempoi kata anak2... Masih teringat2 char kueteow 'kaw' yang kami makan di food court pasaraya Mydin di Trengganu baru2 ini... pergh!! memang terbaek!! mulanya ingat nak tumpang duduk jer sebab kaki dah lenguh menjelajah setiap ceruk di pasaraya Mydin tu, last2 bila hb oder char kueteow sedap tu terus slrup slrup slrup sampai kena order dua pinggan... dua pinggan??!! heeeeee.. kongsi dengan eQa laaa..... 


KUEY TEOW GORENG

BAHAN-BAHAN :

1 peket kue teow
200 gm udang , dibersihkan
1 cekak kucai - cuci bersih
100grm taugeh
3 ulas bawang putih - tumbuk lumat
2 biji telur
2 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kicap cair

CARA :-

Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih dengan cili kisar hingga garing dan cukup masak. Kemudian masukkan udang, sos tiram, sos cili, kicap cair dan kicap manis dan gaul rata. Pecahkan telur dan masukkan kue teow, kucai dan taugeh dan kacau lagi hingga masak.  Angkat dan hidangkan.



Selamat menjamu selera...!


Tuesday, December 25, 2012

Tomyam banjir...


Katak oh katak...
Kenapa panggil hujan....


Ooops.... memang sudah musim hujan dan musim tengkujuh sekarang ini... hehehe jangan marah yer katak... semalam Kuantan dilanda banjir kilat yang agak dahsyat... semasa dapat panggilan dari jiran  mengatakan air hampir masuk ke rumah, kelam kabut k.gee dibuatnya... terus rush balik... kawasan perumahan k.gee sudah dipenuhi air... k.gee terpaksa park kereta di tempat yang agak tinggi dan berjalan kaki mengharung air yang sudah naik ke paras lutut.... huuuuuh.... mujurlah keadaan masih selamat... rumah k.gee tidak dinaiki air... syukurlah....


Inilah keadaan banjir di kawasan rumah k.gee semalam...




Hari ini hujan masih lagi turun walaupun tidak selebat semalam... Kami anak beranak lepak di rumah sahaja dan masak apa yang ada dlm stok... malas nak keluar meredah hujan... Lunch kami tomyam campur dan telur dadar sahaja... kira ok lah tuuu.... jemputlah....

TOMYAM

4 ketul ayam - dipotong kecil
5 ekor udang hidup
2 biji bawang besar - potong bulat
3 biji cili padi - ditumbuk kasar
1 batang serai - diketuk
1 inci lengkuas - diketuk
2 biji tomato - potong kecil
1 ketul kiub tomyam
Sehelai daun limau purut
Air secukupnya
Sebiji limau nipis
Garam

Cara Penyediaan

Masukkan semua bahan kecuali udang ke dalam periuk  dan biar mendidih.  Bila mendidih baru masukkan udang dan perah limau nipis. Angkat dan hidangkan.



Monday, December 24, 2012

Kek span coklat


Assalamualaikum... hari ini hujan turun dengan lebatnya sejak tengah malam semalam... banyak tempat yang sudah dilanda banjir... halaman rumah k.gee pun sudah dipenuhi dengan air... Nak ke pejabat hari ini terpaksa minta hb tolong hantarkan... rasa tak yakin nak memandu dalam keadaan hujan dan angin yang kuat ini... Apapun berhati-hati yer baik semasa memandu atau semasa bermain air di halaman... pastikan anak-anak tidak bermian di tepi longkang... banjir boleh membahayakan sesiapa sahaja.... 



Mujurlah majlis pernikahan anak saudara hb di Kuala Berang, Trengganu sudah selamat semalam... bimbang juga terkandas dek banjir di Pantai Timur... nasib baik semuanya selamat... syukur alhamdulillah...



Kek coklat ini k.gee buat untuk bekalan ke Trengganu kelmarin... asalnya nak make-up sikit dengan krim dan ganache tapi malas lah pulak... akhirnya makan kek bogel aje lah... hehehhe




KEK SPAN COKLAT

Bahan-bahan :-
340g Tepung Spongemix choc
5 biji Telor
80 ml air / fresh milk
80 ml minyak jagung


Cara-cara 1.Putar tepung dengan air/ fresh milk sekejap.  2. Masukkan telur satu persatu hingga kembang pada kelajuan tinggi selama lebih kurang 10 minit. 3. Masukkan minyak dan kaup balik sehingga rata. 4.Tuang kedalam loyang dan bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 40 minit. 5.Kek ini mudah, cepat, murah, lembut, gebu dan sedap....cuba la.....



Berhati-hati di musim banjir....


Friday, December 21, 2012

Teh berangin...


Kalau menebang si pohon jati,
Papan di Jawa dibelah-belah;
Kalaulah hidup tidak berbudi,
Umpama pokok tidak berbuah.



Bunga selasih si bunga padi,
Kembanglah mekar di dalam taman;
Pertama kasih kedua budi,
Yang mana satu nak didulukan?


           
Sambil kita berhibur irama zapin bersama Tan Sri S.M.Salim... sambil kita menikmati teh berkhasiat yang berangin-angin dalam tekak ni... Teh lemon pudina... teh berangin dan menyegarkan mulut... memang peberet... 

Daun pudina memang banyak khasiatnya terutama untuk mengubati penyakit gastrik.. cuma rendamkan 2,3 helai daun pudina ke dalam air teh tanpa gula dan minum setiap petang.... InsyaAllah sembuhlah gastrik tu... di samping itu pudina juga baik untuk kulit, boleh melegakan batuk, meredakan demam selsema dan ia juga boleh dijadikan ulam-ulaman... haaaa! apa lagi jom pudina.....



Ini pokok pudina k.gee baru beli masa makan angin ke Cameron Highlands kelmarin... selepas ini nak buat aiskrim pudina, nasi pudina, puding pudina dan macam2 lagi....tungguuuuu

Wednesday, December 19, 2012

Mee udang


Aaaaarggh...!!!! malasnya nak ke pejabat.... apa tidaknya, hampir seminggu berdondang sayang cuti-cuti Malaysia di puncak gunung Brinchang, Cameron Highlands... balik ke rumah semalam bersambung pulak kemalasan dek hujan yang mencurah curah membanjiri bumi... Beku semua mood dan mode nak bekerja... kalau ikutkan hati mahu berselimut saje di atas katil sambil menghirup kopi o panas... best kan...


Tapi... pelik juga kan... mood makan tak pernah pulak pudar... lapar memanjang... tambah2 hujan begini perut asyik dengan lagu keroncongnya... lagi lebat hujan turun lagi deras iramanya... hisssyy.... Kalau boleh nak masak yang mudah2 dan cepat... Senang kan? Mai laaa kita terus saje ke menu lunch k.gee semalam.... tak ada ilham nak celoteh panjang2 noooooo.....  


 


MEE UDANG

BAHAN-BAHANNYA

1/2 kilo udang sederhana besar
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
2 sudu cili kisar
1 senduk udang kering
2 sudu sos tomato

1 paket mee kuning
Sedikit kacang tanah yang ditumbuk
2 keping tauhu 2 digoreng dan dipotong
1 biji keledek direbus dan lenyek
Garam dan gula secukupnya
Air asam jawa

Hiasan
Taugeh, sawi, tauhu goreng, telur rebus, bawang goreng, limau kasturi, cili merah


CARA MEMBUATNYA.

Rebus udang hingga masak dn asingkan airnya.  Simpan air rebusan.   

Bawang merah, putih dan halia diblender bersama udang kering. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan2 kisar tadi sehingga wangi dan garing.  Masukkan sos tomato, kacang dan keledek yang dilenyek.  Tambahkan air rebusan udang, air asam jawa dan kacau biar sebati dan kuah mendidih  Masukkan udang diikuti dengan garam dan gula secukupnya.  Biarkan kuah meredeh lam sikit.

Hidangkan mee bersama bahan2 hiasan dan curahkan kuah di atasnya. 


Sesuai untuk hidangan seisi keluarga. Selamat mencuba...  


p/s.. hujan2 ni pic pon berkabus... heeeee

Monday, December 17, 2012

Kek marble strawberi


Assalamualaikum...
Salam Isnin semua... hari ini k.gee bersiaran nun jauh di atas bukit... bukan Bukit Pelindung tapi bukit tempat memetik buah strawberi dan daun teh.... ahaaaa... pastinya sudah boleh meneka kan dimana lokasinya... K.gee dan famili bercuti-cuti Pahang di Cameron Highlands...


Cuaca di sini sangat sejuk... ditambah pula dengan hujan gerimis yang tak henti2 turunnya... terasa menggigit2 hingga ke tulang sum sum...  Anak anak bukan setakat berbaju bulu malah siap berstokin kaki, tangan dan telinga... Paling tak tahan bila nak ke bilik air... macam air batu sejuknya... nak menaip ini pon tangan grrrr terketar2 kesejukan... 


Sejuk sejuk pon tayangan amal tetap kena on jugak kann... Baiklah, sajian menu k,gee hari ini.. kek marble strawberi... kek ini k.gee buat beberapa hari sebelum ke Cameron Highlands...sejak plan nak ke Cameron ni asyik termimpi2 kan buah stawberi... ini yg buat kek strawberi walaupun tiada buahnya... hehehe... K.gee gunakan tepung kek span segera dan ditambah dengan perisa strawberi dan coklat... sengaja k.gee marblekan untuk kelihatan lebih menarik dan menyelerakan... Sebenarnya sudah banyak kali k.gee buat kek ini dengan rupa dan perisa yang berlainan... kalau sudi boleh lihat di SINI dan SINI yer... Layannnn


Kek MARBLE STRAWBERI 

Bahan-bahan :

400 gm sponge cake mix
5 biji telur gred A
80 ml susu segar / air
1 sudu kecil esen strawberi
80 ml minyak jagung
1 sudu kecil coklat emulco


Cara-cara :

1. Sediakan acuan bulat 9 inci yang digris butter dan dialas dengan kertas minyak. Ketepikan.

2. Masukkan tepung adunan pek segera yang diayak dalam mangkuk adunan. Tambahkan susu dan masukkan telur satu persatu dalam adunan tepung sambil diputar dengan kelajuan sederhana selama 4 minit hingga kembang dan gebu.

3. Telur dimasukkan sebiji-sebiji. Setiap sebiji telur diputar dalam 20 saat baru dimasukkan lagi sebiji.

4. Bila adunan dah kembang dan gebu masukkan minyak perlahan-lahan sambil diputar dengan kelajuan rendah selama 1 minit sehingga ringan dan kembang.

5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian, satu dimasukkan coklat emulco, satu lagi esen strawberi dan pewarna merah jambu dan satu lagi dibiarkan warna plain.
6. Masukkan adunan plain berselang seli dengan adunan coklat dan strawberi. Ambil pisau plastik atau lidi sate dan corakkan bentuk marble.

7. Bakar pada suhu 180C selama 45 - 50 minit atau sehingga masak. Suhu bergantung pada oven masing-masing. Uji kek dengan mencucuk lidi sate bila lidi keluar bersih kek dah masak. Sejukkan kek atas redai kek dahulu baru dipotong.



Selamat menikmati kek strawberi yer... hehehe


Friday, December 14, 2012

Sambal cumi-cumi?


"Mak... ini apa? Inilah cumi-cumi... Cumi-cumi tu apa? macam raksasa dalam cerita Ultraman jer... Ye lah... memang raksasa tu datang sini nak makan budak yang malas bangun pagi... Alaaa... sebelum dia makan eQa, eQa makan dia dulu... buat lauk..." hahahaha...


Ini lawak manja antara ibu dan anak daranya yang selalu bangun lewat semenjak cuti sekolah ini... hehehe... pagi2 Jumaat ini jangan tension2 yer... jom kita ceriakan suasana seceria dan secerah mentari pagi... kalau nak diikutkan tuan rumah sedang blurrr.... kepala toing! toing! kerja banyak... komitmen pun banyak... aduhh!!! kadang2 rasa nak menjerit jer.... tapi apakan daya.... Apa-apa pun kita layan dulu juadah raksasa k.gee pagi ini... he he he


SAMBAL TUMIS SOTONG

Bahan-bahan

10 ekor sotong saiz sederhana
10-15 tangkai cili kering
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar (hiris bulat)
1/2 cawan air asam jawa
garam dan gula secukup rasa
Sedikit belacan

Cara-cara

Sotong dibersihkan dan ketepikan.
Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih dan belacan.  Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan kisar. Biarkan sehingga masak dan bangkit baunya. Masukkan air asam jawa dan biarkan lagi sehingga kering sedikit. Masukkan garam dan gula secukup rasa.  Masukkan sotong, gaul sesekali. Biarkan sehingga sotong masak.  Tapi jangan biar lama-lama, sotong boleh jadi keras dan liat untuk dikunyah. 



Semoga Allah berikan ketenangan dan kesabaran dalam menghadapi apa jua kesulitan... aminnn


Thursday, December 13, 2012

Bubur som-som


Assalamualaikum... Lewat k.gee bersiaran hari ini... alasan yang biasa biasa didengari... bizi bizi bizi! hehehe... di rumah pun bizi di pejabat pun sama... bila sudah sampai hujung tahun aktiviti menghabiskan bajet tersangat aktif... berbagai2 program perlu dilaksanakan... macam lipas kudung kite ni... terkejar sana terkejar sini... nak bercuti pun tak sempat lagi ni... adoyaiiii...!!!!


Bizi bizi juga... penat penat juga... masak tetap masak, kan... walaupun menunya yang simple dan biasa2... yang penting sedap dan menambat hati suami dan anak2... tak gitu kakak2 sekalian.... ?? 



 Menu simple k.gee hari ini, bubur som-som... Jom layan...


BUBUR SOM-SOM

Bahan2:-

1 cawan tepung beras
2 cawan santan
1 cawan air
daun pandan disimpul
sedikit garam

caranya:

Masukkan kesemua bahan dalam periuk dan kacau di atas api perlahan.  Sentiasa kacau bagi memastikan adunan tidak bergentel.  Masak hingga pekat dan licin.  Tuang ke dalam loyang atau acuan yang disukai.  Sejukkan dan makan bersama air gula merah.  Sesuai sebagai dessert.  Cubalah...


Wednesday, December 12, 2012

Ikan goreng cukup rasa


12~12~12... cantik kan tarikh hari ini... mesti ada orang yang pilih tarikh ini untuk hari hari yang istimewa... kepada yang menyambut hari lahir k.gee ucapkan Selamat Ulang tahun dan semoga berbahagia selalu...


Menu k.gee hari ini sangatlah ringkas sekali... ikan goreng biasa biasa cuma make-up sikit dengan beberapa ramuan untuk menambahkan perisa dan menyedapkan rasa... Terima kasih kepada MAGGI® CukupRasa™... sedappppp





IKAN GORENG CUKUP RASA


1 ekor ikan patin atau apa2 ikan kegemaran
(bersihkan, potong kecil dan gaul garam kunyit)

1 paket perencah MaggiCukup Rasa
Sebiji bawang besar (hiris bulat)
1 biji capsicum merah (potong dadu)
1 biji capsicum hijau (potong dadu)
1 batang carrot (potong memanjang)
4-5 biji cili padi (ketuk sedikit)
1 sudu besar sos tiram
garam dan gula secukup nya

Bahan2 untuk dikisar:-
3 ulas bawang putih (hiris)
1 inci halia
1 inci lengkuas


Cara memasak:

Panaskan mnyak dan goreng ikan hingga garing.  Ketepikan.  Keluarkan sedikit minyak dan tumis bahan2 yang dikisar tadi.  Masukkan juga cili padi, sos tiram, perencah cukup rasa, garam dan gula.  Bila sudah bangkit baunya, masukkan capsicum, carrot dan bawang hiris. Gaul rata. Curah ke atas ikan goreng tadi.  Sedia dihidangkan bersama nasi panas... Selamat mencuba!



Jom makan ikan....



Tuesday, December 11, 2012

Pankek vs crepe...


Assalamualaikum....
Pagi Selasa ini menu k.gee yang mudah2 saje... menu ala kampung yang diberi nafas baru... pankek pedas namanya atau nama aslinya lepeng bawang... k.gee gandingkan bersama sambal tumis telur... sedap dimakan bersama nescafe panas...



Resepi ini k.gee skodeng dari dapor CMG...  tapi k.gee derhaka sikit ikut citarasa sendiri... Izinkan yer k.gee kongsikan resepinya di sini... Terima kasih Che Mat...




PANKEK PEDAS
Resepi : CMG
Idea Asal : MamaFami

BAHAN-BAHANNYA :-)

2 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan air
1 camca besar penuh mentega, cair dan sejukkan (k.gee tak letak)
Garam secukup rasa
1 biji telur, dipukul sedikit
1 biji bawang besar saiz sederhana, dadu halus
5 pokok kucai, hiris halus (k.gee letak daun bawang)
1 biji cili merah (k.gee tambah)Sedikit pewarna kuning (k.gee tambah)

CARA MEMBUATNYA :-)

1.Satukan tepung dan semua bahan2 diatas kecuali mentega dan garam, kacau hingga rata, tuang mentega cair dan masukkan garam secukup rasa, kacau hingga rata dan tidak berbintil2. Rehatkan 5 minit.

2.Panaskan non-stick pan saiz 10 inci (atau ikut saiz mana yang anda ada), lenser dengan sedikit minyak, biar panas sekejap, letak 1 1/2 senduk adunan dan lenser kan hingga memenuhi dasar pan tadi (kalau guna pan kecik, kurang kan adunan). Biar masak dengan api sederhana hingga kelihatan kelilingnya sedikit renggang.

3.Berhati2 terbalikkan lempeng tadi dan masak lagi hingga kuning keemasan, angkat dan buat kaedah sama pada baki adunan hingga siap. Hidangkan bersama kuah yang anda suka atau sambal tumis..



 SAMBAL TUMIS TELUR

Bahan-bahan:


2 biji telur
1 biji bawang besar – di potong bulat
3  biji bawang merah
3 biji ulas bawang putih
5-6 sudu besar cili kisar
Sedikit belacan
1 tbsp air asam jawa
sedikit garam dan minyak

Cara:
Panaskan kuali dan tumis cili kisar, bawang putih, bawang merah dan belacan sehingga naik bau dan pecah minyak.  Masukkan gula, garam dan air asam jawa.  Kacau dan masukkan bawang besar yang dipotong bulat.  Kemudian pecahkan telur ke dalam kuali, biar sekejap agar telur beku sedikit, baru dikacau telur tadi hingga hancur.  Kacau dan tutup api.  Hidangkan besama pankek yer...



ada gaya crepe durian tak? hehehe...