Pages

Friday, January 11, 2013

Cucur badak


Salam Jumaat dan salam bahagia buat pengunjung sekalian... K.gee kongsikan doa kebahagiaan keluarga untuk amalan kita bersama... Semoga kita semua diberkati Allah swt sentiasa...

"Wahai Tuhan kami, Berikanlah kepada kami, isteri (atau suami) kami dan anak cucu kami pendingin mata (kegembiraan) dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa." Amin..




N3 hari ini kuih Melayu ... kuih badak atau cucur badak untuk sajian sarapan pagi... juga sesuai untuk sajian minum petang atau jamuan kenduri kendara... Famili k.gee memang gemarkan kuih2 Melayu lama.... baik yang manis, masin atau yang pedas2 begini... lagipon tak susah menyediakan kuih2 begini... cuma kena ada vitamin R sikit dan masak with iman... kata che Amar, kan...?!  Jom...


KUIH CUCUR BADAK

Sumber : myresepi


2 biji keledek saiz besar - rebus dan lecek 1 cawan tepung gandum
Sedikit garam

Inti

1/2 biji kelapa parut
1 cawan udang kering
5 ekor udang hidup - potong kecil
2 biji bawang besar
5 batang serai
1 sudu kecil kunyit serbuk
5 tangkai cili kering (ikut kepedasan masing2)
1 sudu besar minyak masak
Sedikit kunyit serbuk
Garam dan gula

Cara-cara

1.untuk inti: blender cili kering+serai+udang kering dan bawang dgn sedikit air. Setelah halus masukkan kelapa parut, blender sekali. Blend sekejap jer. Setelah itu masukkan semua ke dalam kuali. Masukkan juga udang hidup + kunyit + minyak + garam dan gula. Kacau sehingga inti tu masak, ia akan kelihatan kering sedikit.

2.utk kulit: rebus keledek dengan air dan sedikit garam sehingga lembut. Setelah masak , buang air tinggalkan sedikit dan campurkan dgn tepung. Buat masa panas panas, senang nak lenyek. Jika adunan lembik lagi tambahkan sedikit demi sedikit tepung. Jgn terlalu byk nanti tak sedap.

3.Selepas itu buat doh kecil2 . Ambil satu buat melengung. tip: semasa hendak membuat doh ni guna sedikit minyak masak di tangan agar tepung tak melekat , keje pun cepat dan senang.

4.letakkan inti dan tutup kembali.

5.Goreng dengan api yang sederhana. Siap untuk di santap.
 

10 comments:

  1. Nak cucur badak ngan teh lemon...

    ReplyDelete
  2. 2 ketul deleivery to spore ya..hehe

    ReplyDelete
  3. Sodap akak tengok cucur badak tu Geee....

    Potang karang nak boli kat pasar malam... hahaha bukan akak buat sendiri kan :D

    ReplyDelete
  4. suka3x...makan time panas2 sedapnya

    ReplyDelete
  5. Rajinya kak gee ni...bila umi nak rajin macam kak gee..nak 2 ketul..hehe

    ReplyDelete
  6. salam wbt kak gee..
    bestnya cucur badak..kalau dapat makan tetiap ari pun saya tak kisah.

    ReplyDelete
  7. Walllaaaa sedapnya! Cucur badak ni kita suka sangat! Tak cukup inti di dalam, cicah lagi dengan inti lebihan.... msedappp!

    ReplyDelete
  8. bestnye...fav QH kuih cucur badak ni..tp bkn fav nk buat la..hihi...nak mtk 2-3 ketui bleh kak...nmpk sedap sgt tu..lg klau dpt yg garing dluar tu...pyh nk benti kunyah jdinya..hehe

    ReplyDelete
  9. Salam kak gee.. tun xpenah wat sendiri cucur badak nii... beli je. hihi

    ReplyDelete