Assalamualaikum dan salam kasih sayang buat semua tetamu gee-hut... Moga hari Jumaat yang mulia ini memberi keberkatan buat kita semua... Banyak2 kan doa dan selawat kepada Junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.
Terus saje ke juadah minum petang semalam... Kuih Talam Labu resepi dari Yatiememories... tapi yatie buat 3 tingkat dan diberi nama talam sinar pesona... k.gee buat 2 tingkat saje... Mula2 tengok terus terpikat... Tabiklah pada Yatie yang memang pakar kuih muih tradisional... rupa dan kejadian kuihnya sungguh memikat dan menambat selera... cantik2 belaka... beruntunglah suami dan anak2 Yatie dapat mama yang rajin buat kuih muih...
KUIH TALAM LABU
Resepi : Talam Sinar Pesona Yatiememories
Lapisan Tengah - Guna Loyang 10x10x2 @3
1 cawan labu manis- yg sudah di parut/sagat halus (k.gee rebus dan lecek)
1 1/2 cawan tepung beras*
2 sudu besar rata tepung jagung*
1 cawan santan pekat*
2 cawan air*
1/2 cawan gula castor*
1/2 sudu kecil garam*
Cara- Caranya
Bancuh semua bahan yg bertanda (*) tapis dan masak hingga naik wap, Sentiasalah di kacau guna whisk dan guna api sederhana je dlm 5 minit - tutup api.
Masukkan labu yg di parut tadi dan kacau rata. Ketepikan dulu.
Lapisan Atas dan Bawah.
1 1/4 cawan tepung gandum
2 sudu besar rata tepung jagung
1 cawan gula halus
3 biji telur
1 cawan santan pekat
2 cawan air
1/2 sudu kecil garam
pewarna hijau dan perisa pandan
pewarna coklat dan coklat emulco (k.gee tak guna)
Cara- Caranya
Bancuh semua bahan, kecuali perisa dan pewarna. Tapis semua bahan ke dlm periuk & masak hingga naik wap. Hendaklah sentiasa di kacau guna whisk dan guna api sederhana je dlm 5 minit.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian sama banyak. Satu bahagian letak pewarna hijau dan perisa pandan, manakala satu bahagian lagi letak pewarna coklat/ coklat emulco. Gaul sebati. Ketepikan.
Cara Melapis dan Memasak Kuih.
Panaskan kukusan. Alaskan loyang dngn plastik dan sapu rata sekeliling loyang dngn sedikit minyak.
Tuangkan adunan hijau dan kukus dlm 10 minit.
Cakar2kan sedikit permukaannya dan tuangkan adunan tengah dan kukus selama 15 minit.
Tuangkan pula adunan coklat dan kukus selama 20 minit.
Setelah siap, angkat dan biarkan kuih betul2 sejuk barulah di potong dngn menggunakan pisau plastik supaya kuih kelihatan cantik.
** Pastikan setiap lapisan tidak terdapat air di permukaannya. Sekiranya ada, sengetkan loyang dan buangkan airnya guna sudu/ kitchen towel, barulah tuang adunan seterusnya dan kukus spt masa yg di kehendaki. Ini bagi mengelakkan kuih lembik dan tak cantik setiap lapisan.
Selamat menjamu selera...
emm sedapnyer kak
ReplyDeletecntiknyaa kuih tu kak....nmpk menyelerakan........:)
ReplyDeleteCantek sungguh kejadian kuih talam itu... rasanya pun mesti sedapkan kak gee :D
ReplyDeleteMemang cantek jer kejadiannya kuih talam labu ni....teringin lak nak ambik dua ketul...hehehe
ReplyDeleterajin betul menalam hihi...sedapnya kalau dpt rasa...
ReplyDeletelabu klu buat apa jew mmg sedap kan kak gee,zila suka jugak makan talam labu..tp x pernah lg buat sendiri kak..
ReplyDeletesalam gee.. wah kebetulan kita nie..guna resepi yatie..talam sinar pesona..kak ilah guna nangka...hehe
ReplyDeleteAssalamualaikum Gee,
ReplyDeletewaduhhhh ada kuih kegemaranku kat sini, nmpk menarik kuih Gee tu...tak kisahlah janji menjadi kuih tu..tapi kan, kalau labu di rebus/kukus dngn labu parut yg tak di masak, mmng lain sikit rasanya....kalau nak tau perbezaannya, kenalah cuba..harum je bau labu yg di parut tu..tapi apa yg berkaitan dngn labu mmng sedap..terasa lemak manisnya kan..btw tq sudi mencuba..
salam kak gee.. rajinnyer menalam.. tun pandai makan je, mmg x serasi ngan talam ni, selalu fail bila buat.
ReplyDeleteSalam.. Lama tak singgah blog Kak Gee.. Rajinnya akak buat kuih talam.
ReplyDeleteCantiknya kuih talam kak gee...mieza mmg suka mkn kuih tradisional...cuma nak mengukus tak syok sbb pengukus mieza kecil sgt...bak nak kenen sefotong kak gee
ReplyDelete