Pages

Saturday, April 6, 2013

Bila malas-malasan...


Assalamualaikum... rindunya k.gee pada dapor gee-hut yang sudah berdebu hampir seminggu senyap sunyi tak berasap... maklumlah tuan rumah sibuk bertugas ke kota metropolitan menyertai Pameran Halal Antarabangsa (MIHAS) di KL Convention Centre yang bermula dari 3 hingga 6 April 2013... Hari ini merupakan hari terakhir pameran MIHAS... kepada sesiapa yang berminat bolehlah berkunjung ke MIHAS untuk melihat dan mendapatkan produk2 halal antarabansa yang dipamerkan... Negeri Pahang mewakilkan 6 orang usahawan yang terdiri daripada pelbagai produk makanan seperti madu asli, sos, rempah ratus, strawberi, teh herba dan serunding... Kalau berminat bolehlah berkunjung ke Pavillion Pahang di Hall 5, KLCC... sudi-sudikanlah... 



Menu k.gee hari ini nasi goreng serunding bersama ayam masak merah... menu kitar semula aje.... hehehe... badan masih letih dan mood memasak entah ke mana... jadi godek-godek juadah  yang mudah dan senang aje...


Ayam masak merah tu pemberian dari jiran selepas kenduri di rumahnya.... k.gee cuma perangat dan join kan dengan nasi goreng... sedap juga asalkan perut kenyang... tak gitu cik kiah oii...!!! alasan orang malas la tuuuu...... hahahaha...

 

Selamat berhujung minggu
dan selamat menjamu selera semua....
daaaa..!!


3 comments:

  1. Asslmkm kak gee.
    Tak sempat la pg ke pameran tu nmpknya. Hr ni pulak hb keja jg.
    Masak bodo2 mcm tu pun tetap menyelerakan :-)

    ReplyDelete
  2. ye...bodo bodo pun nampak menarik...salam kenal

    ReplyDelete