Assalamualaikum dan salam pagi Isnin... semoga semuanya sihat sejahtera dan ceria selalu... alhamdulillah hari ini kesihatan k.gee semakin baik dan sudah boleh bekerja semula setelah 4 hari bercuti... Hari ini kena buat entri xpress sebab kerja berlambak sedang menunggu... hehehe
Enti kali ini bubur jagung bersama keledek oren... Bubur ini k.gee buat petang semalam... kebetulan ada baki sebiji keledek oren selepas buat pengat pancawarna untuk penggambaran dengan majalah Saji hari Jumaat kelmarin... Biasanya jagung manis kurang berkanji jadi k.gee kahwinkan jagung dengan keledek dan sagu mata ikan supaya kuahnya lebih pekat dan lemak berkrim... ermmm.... sedap dapat slrup bubur di petang hari... kena pulak tekak tengah rasa payau ni dapat makan yang manis-manis memang ngam lah...
BUBUR JAGUNG KELEDEK OREN
Bahan-bahan
2 tongkol jagung manis - dihiris
1 biji keledek oren - dipotong dadu
250ml santan pekat
1 senduk gula pasir
air secukupnya
1 sudu besar sagu - cuci dan toskan
Secubit garam
sehelai daun pandan
Cara-cara
Masukkan semua bahan ke dalam periuk kecuali sagu dan masak sehingga mendidih. Kacau sentiasa supaya tidak pecahminyak. Masukkan sagu dan rasakan manisnya. Tutup api. Siap utk dhidang.
Dikesempatan ini k.gee nak mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Zana dari majalah Saji yang sudi berkunjung ke dapor gee-hut yang baru setahun jagung usianya dan masakan pun biasa-biasa sahaja.... dan tidak lupa jutaan terima kasih juga buat Kak Ummi cayang (HSH) yang membuka peluang kepada k.gee bertemu mereka... sayang you all... muah muah...
sedapnya Gee,dah lama saya tak makan bubur jagung ni.terliur pula!
ReplyDeletetahniah kak! bln berapa akan keluar tu?
ReplyDeletedh lama xmkn bubur2 n pengat nih. MIL tun suka wat nih.
tahniah kak...menu yang nyaman..lagi2 kalau masuk peti ais..
ReplyDeleteAssalam Gee,cantik gambar2 yang gee ambil sekarang semuanya mantop2 belaka..itu sebablah boleh masuk majalah..:)
ReplyDeletesedap nampaknya dessert gee ni..:)
Assalam Gee..
ReplyDeleteKita nak bubur jagung ....
Mulalah nak gi cari keledek merah ni... ish... cuaca panas cam ni, malas nak keluar rumah...huhuhu
ReplyDelete